CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11363|Reply: 32

[Jenayah] "Tergugat Dengan Sedekah" - Dah Tak Boleh Bagi Air, Diminta Agar Berhenti Sediakan Teh Ais!

[Copy link]
Post time 27-1-2024 05:19 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan teh ais.

PENYATUAN antara komuniti penjaja terutama yang mengusahakan perniagaan secara berkelompok di tapak perniagaan khas sememangnya dituntut.

Namun dalam keghairahan peniaga untuk mengaut keuntungan, ia juga boleh menjadi persaingan yang tidak sihat.

Melalui satu luahan di laman Facebook, seorang wanita berkongsi rasa kurang senang apabila dia dihalang pihak pengurusan daripada menyediakan air percuma kepada pengunjung gerainya.

Menurut wanita yang menjual juadah manisan (dessert) itu, dia bersama rakan peniaga yang lain mencari rezeki di sebuah venue perniagaan yang diselia oleh pihak pengurusan.

"Minta maaf semua, selepas ni kami dah tak boleh bagi air. Kejadian hari ni, kami dah siap bancuh teh ais untuk diberikan secara percuma kepada tetamu, kemudiannya diminta agar dihentikan oleh pihak pengurusan.

"Katanya kerana takut mengganggu kedai menjual air dekat depan yang merupakan sebahagian daripada bisnes pihak pengurusan. Sungguh mereka begitu tergugat dengan sedikit sedekah kecil kami.

"Kami di bawah satu bumbung, bersusah senang bersama buat sekian lamanya, sekarang apa yang dilihat adalah keuntungan semata-mata," ujarnya terkilan.

Tambah wanita itu lagi, dia mengakui dalam terma dan syarat menyewa tapak perniagaan di situ, ada disebut tentang larangan menjual minuman tetapi tidak menyangka ia seketat itu tanpa sebarang ruang untuk bertolak ansur.

"Memang betul peniaga diharamkan menjual air di sini, hanya pihak pengurusan je yang boleh jual. Kami terima dengan hati terbuka kerana kami memang tak menjual air, hanya desserts.

"Teh ais yang kami sediakan tu adalah untuk pengunjung basahkan tekak ketika menjamah hidangan manisan kami. Boleh tengok sendiri, teh ais yang dibancuh tu sikit je dan hanya diberikan one-time kepada setiap pelanggan.

"Rata-rata pelanggan yang berhenti di gerai kami akan tetap membeli minuman daripada gerai air di depan kerana sudah tentunya tidak cukup secawan kecil teh ais yang diberikan secara percuma.

"Oleh itu, kami tak rasa apa yang kami buat ni sebagai menutup 'periuk nasi' sesiapa," kata wanita itu.

Walaupun menerima nasib sedemikian, wanita itu akhirnya akur dan akan meneruskan perniagaan dalam batas yang ditetapkan.

"Kami faham dan akan ikut apa yang diminta. Selepas ni kami akan bekerja dengan lebih keras. Semoga rezeki kami dimurahkan dan perniagaan kami dapat terbang tinggi," kata wanita itu menutup bicara.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya memberikan pandangan masin-masing dalam hal itu.

"Faham dengan kemurahan hati akak dalam berniaga, tapi kalau kita dah guna tempat orang untuk menjual, maka ikut sahaja apa yang orang tu minta.

"Tabahkan diri akak, teruskan kumpul duit dan buka restoran sendiri nanti, lebih senang untuk uruskan. Menumpang berniaga dekat tempat orang ni memang banyak kerenah sikit.

"Hiraukan je apa yang pihak pengurusan tu nak nampak sisi buruk kita, kita teruskan berniaga dan buat hal kita sendiri," ujar warga maya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-1-2024 05:19 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2024 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak macam ko berbuat baik. Tapi bak ebit lew jugak yg baik tapi tak berakal... Akibatnya menyusahkan orang lain.

Ko akan lebih faham & empati dgn isu ni kalau ko pulak terkesan apabila orang jual air bagi desert free dari jenis yg lebih kurang sama dengan produk desert engko.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2024 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat owner tomyam ipoh tu, dia kata apa slhnya bg air free sebulan sekali ke apa entah sempena hari dessert . Ko ingat sehari tu x terkesan ke org yg jual air??? Nk sedekah bg la kupon ke, cash ke, ko fikir 1 hari je xpe. Tp org yg terkesan tu 1 hari dia mgkin efek untung smggu jd xbalance
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2024 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 27-1-2024 05:35 PM
Teringat owner tomyam ipoh tu, dia kata apa slhnya bg air free sebulan sekali ke apa entah sempena h ...

I setuju kalau dia bagi free dessert dia tu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2024 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 27-1-2024 05:44 PM
I setuju kalau dia bagi free dessert dia tu.

Dessert xde org jual kan kt situ? Tp air ada
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2024 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
dessert.. teh ais lagi.. omo omo omo
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2024 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Cam x sesuai je. Jual desert pastu bancuh teh ais. Cam x kena combination. Manis dgn manis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2024 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau bg air lemon ke..teh o ke..sirap ke ok skit..sb dessertkan dah manis
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2024 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 27-1-2024 04:26 PM
Nampak macam ko berbuat baik. Tapi bak ebit lew jugak yg baik tapi tak berakal... Akibatnya menyusah ...

Kan? Kalau benar, apa pulak bagi teh ais? Bagilah air kosong.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2024 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi botol mineral ais dah cukup.

Baru ngam makan dessert. Lawan rasa manis.



Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2024 11:26 AM | Show all posts
Perwira2022 replied at 27-1-2024 05:26 PM
Nampak macam ko berbuat baik. Tapi bak ebit lew jugak yg baik tapi tak berakal... Akibatnya menyusah ...

yessss akhirnya ada komen bernas mcm ni.


ni tak, asal atas nama sedekah je ehhh langgar semua peraturan yg dipersetujui sblm ni lps tu acah2 tersakiti. pdhal dah tau x boleh kan jual air, gatal nk bg jugak even free sekalipun mmg x boleh kan ape yg susah sgt paham? lps tu sibuk explain bg air sikit la, x jejas pniagaan org lain bla bla bla.

pahtu kalau aku komen mcm ni kat ig/tiktok nt dtg pendakwah kata aku x percaya konsep rezeki dah tertulis, dan konsep sedekeh bla bla bla. eh benci btl aku dgn org penunggang agama.

looks like komen u tadi, kalau org jual air tu bg percuma dessert ats niat sedekah, agak2 mengganggu tak jualan di penjual dessert? pahtu penjual air kata dia bg potongan kecik dessert je, tak ganggu jualan dessert kedai dpn dia pun sb dia bg sedekah kuantiti kecil jah. agak2 apa reaksi penjual dessert ek
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2024 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
lama xmnm ni..dlu i pgil ni air sungai kelate
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2024 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko jgn sembang paria kak, kalo org jual air dia buat bagi manisan free ko rasa bisnes ko ok tak?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2024 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
over nya play victim dengan menunggang agama pulak

betul la tu pihak pengurusan buat..dia nak bagi adil pada semua la..dah kalau kau duk bagi air free, yang meniaga air tu kompom la tak laku..apa kata kedai niaga air tu bg dessert macam kau jual, kompem kau pulak play victim acah teraniaya kan
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2024 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringin pulak teh ais ni tapi teh ais yg sedap guna condensed milk pulak. Kalau guna fresh milk tak sedap sgt.  Kopi ais yg sedap guna fresh milk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2024 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik Ni saje je kan nak bagi orang DPT border Gula dalam darah
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2024 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Jual dessert ape?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2024 01:16 PM | Show all posts
overnya meroyan play victim.  sendiri yang tahu peraturan, sendiri yang langgar, sendiri yang meroyan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2024 01:17 PM | Show all posts
Perwira2022 replied at 27-1-2024 05:26 PM
Nampak macam ko berbuat baik. Tapi bak ebit lew jugak yg baik tapi tak berakal... Akibatnya menyusah ...

sangat betul!  agaknya apa yg dia rasa kalau penjual air bagi dessert free kepada pembeli air...

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.074793 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list