CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2385|Reply: 7

[Tempatan] Harga kelengkapan sekolah mahal, ibu bapa perlu berjimat, beli hanya yang perlu

[Copy link]
Post time 26-2-2024 05:48 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Ercy Gracella Ajos - Februari 26, 2024 @ 4:13pmbhnews@bh.com.my


KUALA LUMPUR: Kenaikan kos barangan keperluan persekolahan seperti beg, kasut, baju beruniform, buku latihan dan lain-lain keperluan kali ini amat membebankan ibu bapa terutama bagi mereka yang memiliki ramai anak yang bersekolah.


Kebanyakan mereka terpaksa memperuntukkan kos lebih RM500 untuk seorang anak bagi menyediakan kelengkapan persekolahan bagi memasuki sesi baharu pendidikan mereka tahun ini yang bermula pada bulan depan.

Penjawat awam dikenali sebagai Tom, berkata bagi tahun ini, beliau memperuntukkan antara RM600 hingga RM700 bagi setiap anaknya yang masing-masing bakal memasuki Tahun Tiga dan pendidikan pra-sekolah.

Katanya, kos itu meningkat hampir RM100 seorang susulan kenaikan harga barangan persekolahan berbanding tahun sebelumnya.

"Saya akui harga barang keperluan persekolahan anak meningkat kali ini berbanding sebelum ini, contohnya beg sekolah yang dulu berharga RM25, sekarang sudah jadi RM50. Harga kasut sekolah anak pula naik sekali ganda, manakala harga baju seragam dilihat masih kekal," katanya kepada BH.

Beliau berkata, bayaran insentif RM2,000 yang diberi kerajaan kepada semua penjawat awam pada Jumaat lalu, banyak membantu mengurangkan beban perbelanjaan persediaan persekolahan anak-anaknya.

Juruteknik makmal, Mohd Nasrul Mohamad Jafri pula berkata, beliau sudah membeli sebahagian keperluan persediaan persekolahan anak pada Isnin lalu dan mendapati kebanyakannya meningkat berbanding tahun lalu.

Katanya, jumlah keseluruhan dikeluarkan bagi pembelian keperluan itu setakat ini mencecah RM600 bagi tiga anaknya yang berumur empat, lapan dan 13 tahun.

"Saya sudah membeli dua pasang baju sekolah menengah, masing-masing sepasang bagi baju sekolah rendah, agama dan tadika Kemas, sepasang baju sukan serta tiga pasang kasut," katanya.

Eksekutif bank, Muhammad Amir Hakim Mohd Amin, 37, berkata peningkatan kos bagi kelengkapan persekolahan menyebabkan beliau hanya akan membeli keperluan persekolahan anaknya bagi menggantikan barangan yang rosak atau menambah apa yang perlu saja.

"Rakan yang sudah membeli barang kelengkapan persekolahan anak termasuk buku latihan memaklumkan peningkatan harga sangat ketara kali ini. Jadi, kita perlu bijak berbelanja dan berjimat cermat membeli barangan persekolahan anak.

"Bagaimanapun, harga yuran taska dan tambang bas masih kekal seperti tahun lalu," katanya yang mempunyai dua anak masing-masing berusia empat dan lapan tahun.

Sementara itu, Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Bangsar, Mohd Yazid Mohd Yasin, berkata ahli jawatankuasa (AJK) PIBG sekolah itu tidak berhasrat menaikkan sumbangan atau yuran pada tahun ini, susulan keadaan semasa ekonomi negara.

"Kita akan kekal dengan jumlah sumbangan atau yuran lama iaitu RM105 untuk satu keluarga," katanya.

Bagi YDP PIBG Sekolah Rendah Agama Saujana Utama (SRASU), Norman Naim Muhamad Rani, yuran PIBG sekolah itu masih kekal RM40 bagi setiap keluarga.

Beliau yang memiliki tiga anak berusia enam, 10 dan 12 tahun, berkata perlu menyediakan peruntukan lebih besar kali ini kerana anaknya mengikuti ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) Tahun Enam, selain membayar yuran lain bagi kelas tambahan dan kursus sekolah.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-2-2024 05:50 PM | Show all posts
Berbelanja lah dengan cermat adik kakok.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Harga kelengkapan sekolah mahal, ibu bapa perlu berjimak, beli hanya yang perlu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2024 05:56 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 26-2-2024 05:54 PM
Harga kelengkapan sekolah mahal, ibu bapa perlu berjimak, beli hanya yang perlu

Ya tepat sekali, pakai je selagi boleh sampai lunyai.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 06:05 PM | Show all posts
Harga kelengkapan satu hal. Harga tambang bas/van sekolah pun naik jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 06:36 PM | Show all posts
Aku rasa barang sekolah tak naik mana pun. Maybe sebab anak2 aku masih sekolah rendah. Yg naik harga tambang van/bas, harga buku2 rujukan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2024 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes replied at 26-2-2024 06:36 PM
Aku rasa barang sekolah tak naik mana pun. Maybe sebab anak2 aku masih sekolah rendah. Yg naik harga ...


buku yes naik harga...baru tadi pergi kedai buku cari ref books mencanak harga. mujur la cikgu anak iols byk guna pelangi, kat bangi ni ada galeri pelangi murah+ada diskon member
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tadi gi beli buku..semua kena bayar pakai kad...
Pastu gi skola.anak sulung plak sjkc senang n lancar gitchuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.088941 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list