CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15297|Reply: 106

Suliza Salam tak fikir suami tergamak aniaya seniwati Sarimah Ahmad.

  [Copy link]
Post time 2-3-2024 10:22 AM | Show all posts |Read mode
Suliza Salam tak fikir suami tergamak aniaya Sarimah

https://www.malaysiakini.com/hiburan/697696

Nadia Azam
Diterbitkan:  Feb 29, 2024 11:39 AM⋅
Dikemaskini: Mar 2, 2024 9:58 AM



NOTA EDITOR: Berlaku sedikit ralat pada perenggan pertama berhubung nama Sarimah Ahmad. Ia sudah diperbetulkan. Namun terdapat kelewatan transition pada perubahan perkataan (klik melalui link FB).

Penyanyi popular era 80an, Suliza Salam menafikan suaminya, Zainal Nazeri Zainuddin tergamak menganiaya seniwati seperti Sarimah Ahmad.

Suliza berkata, ini kerana Zainal yang juga seorang penerbit mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Sarimah, justeru tidak mungkin sanggup mencuri empat pita asal filem terbitan syarikat produksi pelakon veteran itu.

“Saya rasa bukan dia (suami). Dia bukan jenis menganiaya orang.

“Saya pun tak boleh nak ulas lanjut kerana kejadian itu berlaku puluhan tahun sebelum saya hadir dalam kehidupan suami, jadi saya pun tak tahu kisah yang sebenar,” kata ibu kepada penyanyi sensasi, Ismail Izzani itu.

Namun, Suliza, 59, tidak menolak kemungkinan timbul salah faham hingga ada pihak sanggup menuduh Zainal memungkiri janjinya untuk memulangkan semula salinan asal filem tersebut kepada Sarimah.

Bahkan, penyanyi Renungkanlah itu menyerahkan isu terbabit kepada pihak berwajib selain berharap Sarimah menemui jalan penyelesaian terbaik yang akan berpihak kepadanya.

“Saya rasa pasti ada salah faham. Malah saya tidak rasa dia (suami) ada simpan pita-pita itu.

“Kalaupun ada salah faham, saya pasti ia akan diselesaikan secara baik. Negara kita pun ada undang-undang,” katanya.

Suliza berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Glam Lebaran Nona yang dibawakan oleh Minaz dan diserikan dengan Sabihah Gold di Glam Hall, Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya malam tadi.



Baru-baru ini, Sarimah, bintang filem era hitam putih itu berkata, dia mahu haknya ke atas empat filem terbitan Sarimah Production Filem dipulangkan sebelum dia menutup usia.

Pelakon Tuah Badan itu mendakwa Kabus Tengahari, Detik 12 Malam, Dia Ibuku dan Jejak Bertapak - "dicuri" kira-kira 36 tahun lalu dan sejak itu individu terbabit yang juga seorang penerbit terus menghilangkan diri.

Seniwati terbabit berkata, paling menghibakan, kejadian itu berlaku sewaktu majlis pengebumian suaminya, Yusof Majid.

Individu terbabit bersama seorang lagi rakan menghampirinya dan meminta agar satu dokumen ditandatangani.

Disebabkan masalah itu juga katanya, dia pernah jatuh muflis kerana mendapatkan pinjaman bank bagi menyiapkan karya berkenaan.

Ditanya berhubung pihak yang gemar menuduh-nuduh, Suliza menjawab dia sentiasa berlapang dada dengan setiap perkara yang berlaku.

Katanya, ia langsung tidak menimbulkan sebarang masalah selagi tuduhan itu belum dibuktikan sahih.

“Kalau orang petik (mengaitkan) nama suami itu suka hati dialah. Itu biasa, kalau dah petik nama suami, pasti petik nama isteri dan anak-anak pula.

“Pada saya, selagi ia bukan begitu (terjadi), ia tak jadi masalah (nak petik),” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2024 12:56 PM | Show all posts
lydiawati berlakon dalam kabus tengahari, dan tok jenal ni pernah kawen dgn lydiawati kan?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2024 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Masih suaminya ke tok nazri tu, sebab aritu ada tgk pic nikah dgn J
So maknanya bermadu la ye
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2024 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke dah serai keluar dari rumah kelamin?


Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2024 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
asamfish replied at 2-3-2024 12:56 PM
lydiawati berlakon dalam kabus tengahari, dan tok jenal ni pernah kawen dgn lydiawati kan?

Katanya gosip dedulu, acik ni penyondol marriage lydiawati tu
Sebab tu bila angin bertiup dia dah kena madu, org padankan muka aje
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2024 04:04 PM | Show all posts
edoraixora replied at 2-3-2024 03:56 PM
Katanya gosip dedulu, acik ni penyondol marriage lydiawati tu
Sebab tu bila angin bertiup dia dah  ...

oh....dah bermadu ye?  patut la dah jadi ex-somi.  

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2024 04:05 PM | Show all posts
sukacactus replied at 2-3-2024 02:34 PM
Masih suaminya ke tok nazri tu, sebab aritu ada tgk pic nikah dgn J
So maknanya bermadu la ye

J as janda, or J as nama org -jamilah, jemah,juriah....?

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2024 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
asamfish replied at 2-3-2024 04:05 PM
J as janda, or J as nama org -jamilah, jemah,juriah....?

Janda
Ada pernah someone share fb bini baru tok nazri ni dl kat forum ni la (jgn tya, aku dah lupa namanya)
Bila skodeng fb tu, bini baru dok umah fam mail so aku igt dah cerai la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2024 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
edoraixora replied at 2-3-2024 03:56 PM
Katanya gosip dedulu, acik ni penyondol marriage lydiawati tu
Sebab tu bila angin bertiup dia dah  ...

Dan lydiawati tu ke yg jd org ke 3 nk sondol azlee?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2024 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 2-3-2024 05:45 PM
Dan lydiawati tu ke yg jd org ke 3 nk sondol azlee?

Lydia ni dulu iols baca kt sini pernah jadi commercial ambassador utk loreal, iklan meriah gak turun heli gituh tapi x pernah pon tgk, kt utube pon xde.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2024 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu nk tuduh lydiawai tu muda sgt lg..rasanya blm ada affair lg dgn dato zainal kot..klu skandal dgn laki juita tu caya lah jgk time tu!tp sheols muda sgt..suka tgk kejelitaan sheols.sheols jumpa dato zainal dulu ke kerabat phg dulu eh?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2024 07:11 PM | Show all posts
rosmahisham replied at 2-3-2024 06:15 PM
Klu nk tuduh lydiawai tu muda sgt lg..rasanya blm ada affair lg dgn dato zainal kot..klu skandal dgn ...

tok jenal dulu...sbb dgn tok jenal kalau tak silap dlm tahun2 pertengahan 80an....dgn kerabat tu dalam tahun2 90an...

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2024 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
asamfish replied at 2-3-2024 12:56 PM
lydiawati berlakon dalam kabus tengahari, dan tok jenal ni pernah kawen dgn lydiawati kan?

Ye kena sondol dengan acik juling..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2024 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
“Saya pun tak boleh nak ulas lanjut kerana kejadian itu berlaku puluhan tahun sebelum saya hadir dalam kehidupan suami, jadi saya pun tak tahu kisah yang sebenar,”

Then STFU already

Tp X meriah plk gosip khennn
See, bnyk plk background die dgn tok laki diselak2

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 09:42 AM | Show all posts
ada terbaca kat tt, dorang dh cerai, SS sendiri dah kawin baru.
informer tu kata, dia kenal sgt ngan tok jenal, sbb bff ngan uncle dia. dia kenal tok jenal pun sejak dari kecik lagi.
siap additional info, acik lydia tu pun dulu sondol tok jenal dari 1st wife.

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Jawapan selamat. Kesian gak kat acik nieyh, tok laki (or ex laki) buat hal, sheols kena jawab. Anak buat hal, sheols kena jugeks.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2024 12:43 PM | Show all posts
Acik lydia tu maso mudo2, lawo. Suka tengok dia berlakon darah satria dengan arwah aman shah. Sepadan sangat. Tapi tak sangka sheol jatuh chenta dengan adik ipo azmee. Padahal jantan tu nak puks dia je. Memang diketahu ramai, heol suka apam balik retis, dulu2 la
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
reddots replied at 3-3-2024 09:42 AM
ada terbaca kat tt, dorang dh cerai, SS sendiri dah kawin baru.
informer tu kata, dia kenal sgt ngan ...

Tokjenal tu dah lima nam kali kawin kot.


Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 02:13 PM | Show all posts
reddots replied at 3-3-2024 09:42 AM
ada terbaca kat tt, dorang dh cerai, SS sendiri dah kawin baru.
informer tu kata, dia kenal sgt ngan ...

uihhhh...suliza pun dah kawen lain?  terer...dah tahap2 menopause pun boleh berlaki baru...ye la...jodoh kan...

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
lucky_peace replied at 2-3-2024 05:57 PM
Lydia ni dulu iols baca kt sini pernah jadi commercial ambassador utk loreal, iklan meriah gak tur ...

Ya betul dia pernah jadi model rambut ke krim
loreal, memang cantik masa tue slim dgn rambut panjang  masa tue muka dia kaalu tgk ada iras dian sastro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.069973 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list