CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21436|Reply: 152

Adira nekad cerai, Datuk Red anggap balasan angkara sendiri

  [Copy link]
Post time 5-3-2024 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Olumis at 5-3-2024 01:52 PM

GOMBAK – Penyanyi Adira Suhaimi tetap bulat hati mahu meneruskan perceraian dengan suaminya, Datuk Seri Adnan atau Datuk Red.

Adira atau nama lengkapnya Siti Adira Suhaimi, 32, berharap segala kemelut rumah tangganya segera berakhir seperti yang dimahukan.

“Semoga yang baik-baik saja, dan dapat selesai dengan cepat,” katanya kepada Kosmo! Online, hari ini.

Adira yang berbaju putih ditemani peguam syarie mewakili Adira, Nor Saidah Zakaria hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Rawang, Selangor sekitar pukul 9.05 pagi bagi mendengar keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Sementara itu, Datuk Red yang hadir selang beberapa minit kemudian berharap rumah tangganya masih boleh dipertahankan, selain enggan bercerai demi anak-anak.

“Saya kahwin lapan tahun lalu bukan untuk cerai, anak pun dah empat. Orang lain boleh cakap apa nak cakap, sebab mereka tak lalui. Saya fikir pengorbanan ini bukan untuk saya tapi untuk anak-anak.

“Bila mereka tonton video ini, saya berkorban semua ini untuk mereka. Pujuk-memujuk itu biasa la memang ada. Tapi perempuan ini kalau marah macam itu. Saya dah cuba tapi bila dah sampai tahap begini, sudah habis berusaha,” katanya.

Begitupun, Datuk Red yang ditemani peguam syarie, Muhammad Akmal Amzan berlapang dada menerima apa jua keputusan dengan reda. “Mungkin ini bukan dugaan saya tapi balasan terhadap apa yang saya lakukan dahulu. Sebab itu sekarang saya tak ada sosial media dan hanya fokus kepada keluarga. Dah ditakdirkan begitu, saya terima saja. Tapi selagi saya bernafas, saya akan berjuang untuk keluarga,” katanya.

Hari ini merupakan keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik Adira dan suaminya berhubung proses perceraian mereka.

Datuk Red melantik sahabat baik sendiri sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) manakala Adira selaku plaintif telah melantik kakaknya Emma Suhaimi untuk prosiding berkenaan. Dalam proses tersebut, wakil pihak masing-masing akan memberi nasihat bagi mencari penyelesaian kemelut yang dihadapi.

Sebelum ini, madu Adira juga dilaporkan turut memfailkan cerai. Beliau enggan mengulas mengenai tindakan serupa yang dilakukan Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim atau Datin Red terhadap suami mereka, Datuk Red.

Mengunci mulut serapatnya, pemilik nama lengkap Siti Adira Suhaimi, 32, hanya memaklumkan hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang mendengar laporan keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Ibu kepada empat cahaya mata itu sekadar menyatakan menyerahkan keputusan proses tersebut kepada mahkamah.

“Maaf, tiada komen untuk itu, saya serahkan pada mahkamah sepenuhnya, ” katanya kepada Kosmo! Online, pagi tadi

Hari ini, hasil laporan JKP, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat memutuskan untuk melanjutkan sesi kepada proses Hakam yang dijadualkan pada 24 April 2024.

Disoal sama ada bakal menyambut Ramadan dan Syawal bersama suami, pelantun lagu Ilusi itu menegaskan dia tidak memikirkan dirinya sendiri sebaliknya anak-anak.

“Perkara ini rumit sebab dia masih berstatus suami saya.

“Namun saya tidak akan mengetepikan perasaan anak saya untuk beraya dengan bapa mereka.

“Walaupun nanti masih berpuasa dan beraya bersama, tetapi saya tidak akan menjalankan tanggungjawab saya sebagai isteri sepenuhnya sepanjang proses perceraian,” tuturnya tegas.

Sebelum ini, peguam mewakili Datuk Red iaitu Muhammad Akmal Azman memaklumkan anak guamnya turut berdepan dengan permohonan perceraian yang difailkan Datin Red di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor pada 18 Mac.

Terdahulu, pada 25 Oktober tahun lalu, Adira telah memfailkan penceraian ke atas suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Rawang, Selangor kerana tiada persefahaman.

Untuk rekod, Adira pernah memfailkan penceraian pada tahun 2019 namun menarik semula permohonan itu demi anak-anak.

Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob yang kini berusia setahun.

Sumber: KOSMO! ONLINE
  
[url][/url]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2024 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tok red ni dr awal dah npk red flag nya
Dia la kan yg nak ank 10 org tu
Lps ni kalau xcukup ank lg, boleh kawin baru
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2024 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Dua2 bini minta cerai. Sesuai la dengan namanya tok red @red flag
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak sgt berbini ramai. Last2 bini-bini pakat cabut lari. Dah mesekin ke dato red ni psal nya madu Adira pon mintak serai.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
sekali dua2 minta cerai
ada bertambah bini lagi ke red flag ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
makita replied at 5-3-2024 02:14 PM
Nak sgt berbini ramai. Last2 bini-bini pakat cabut lari. Dah mesekin ke dato red ni psal nya madu Ad ...

Rasanye mmg dah misekin si tok red ni dah xde job..Tgk ofis company die pun dah totop..Bisnes haram menipu duit org tua kmpung mmg x kn kemana..Tgk aje la boy iman tu skrang..Mujur tok red x kena masuk dlm je..Tok red selevel laki si heliza helmi tu la..Scammer..Sape je org sg buloh x kenal tok red..abis tanah org kmpung kena scam..skrang x berani balik kmpung..kifarah la utk ko skrg dah xde ape2,  binik2 pun lari semua..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2024 02:30 PM | Show all posts
dato bured ni kemain ye anak setahun sorg
nasib baik yg bongsu tu jauh sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 5-3-2024 02:35 PM


Mengekek iols gelak tgk tok red ni selamba je bawak motor sambil layan corner

Btw lain ya muka adira berbanding dlm content
Nampak berumur dah dia maybe selama ni mekap tebal kot yg jd nampak putih pucat tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2024 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Halaaa cerita je la perangai si bured tu
Sedap sikit acik porem melahar
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
kerani_je replied at 5-3-2024 02:25 PM
Rasanye mmg dah misekin si tok red ni dah xde job..Tgk ofis company die pun dah totop..Bisnes hara ...

Patut la gigih adira dok menjual sambal
Berkawah2 dia masak
Elok la cerai dari tanggung biawak
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
kerani_je replied at 5-3-2024 02:25 PM
Rasanye mmg dah misekin si tok red ni dah xde job..Tgk ofis company die pun dah totop..Bisnes hara ...

Iols pun rasa gitu
Ekceli selalu je ada penampakkan dia dlm vtt adira tu tp dorang nampak mcm hosmet je kan
Tok red tu pun mcm dh takda aura datuk2 kaya dh skrg ni.
Ank dia yg bongsu tu penah je masuk wad hosp sg buloh tu masa demam adira gakla menjaga

Sat gi kang ada la lelaki2 komen bila laki susah semua bini2 nak tinggalkan dia haa gituu
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Adira pun sanggup nak jadi bini ke2,sampai ke songkla nikah nye. Tp dimaafkan sbb berbaik dgn bini 1st. Hakikatnya balasan tetap ada. Cepat atau lambat ajer.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
kerani_je replied at 5-3-2024 02:25 PM
Rasanye mmg dah misekin si tok red ni dah xde job..Tgk ofis company die pun dah totop..Bisnes hara ...

Herm patut lah. Meols pon ada kenal kakak ni bini first. Laki kaya sket kwen lain. Last2 melingkup bini seken dah lari awal2. Bini first kene serai. Yg laki tu dari kaya jadi warden asrama. Anak2 nak dtg lepak ngn bapaknya, bapaknya pesan jgn lupa bwk koleh air sorg satu wakakak. Dulu2 bdk tu kecik sambut besday kat Hilton lagi jamuan besar.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 02:58 PM | Show all posts
Short and simple je nama anak2 dia
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 5-3-2024 02:34 PM
Mengekek iols gelak tgk tok red ni selamba je bawak motor sambil layan corner

Btw lain ya muka adi ...

Aku dok gelak part ni lah haha hareyy btui
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Dua2 salah. Sorang menyondol, sorang lg gatal kote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2024 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
kerani_je replied at 5-3-2024 02:25 PM
Rasanye mmg dah misekin si tok red ni dah xde job..Tgk ofis company die pun dah totop..Bisnes hara ...

Kiranya masa senang berduit adira nak, dah miskin dia xnk tp ank tokred lahir kt sg buloh u. Dkt rahman putra.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
amyza replied at 5-3-2024 02:46 PM
Adira pun sanggup nak jadi bini ke2,sampai ke songkla nikah nye. Tp dimaafkan sbb berbaik dgn bini 1 ...

Tu la mcm suci bebenor adira tu. pdhal sama je menyondol tanpa kebenaran bini no 1. Sikit i xkesian
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 03:17 PM | Show all posts
ohh dah kurang duitnya patut semua lari
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2024 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
GOMBAK – Bagai jatuh ditimpa tangga, suami kepada penyanyi Adira, Datuk Seri Adnan atau Datuk Red bukan sahaja bakal kehilangan isteri keduanya, bahkan isteri pertamanya iaitu Datin Seri Sharifah Norshafika Hassim turut menuntut cerai.

Percaya tiada pakatan antara mereka berdua, Adnan menegaskan, keputusan Adira dan Sharifah Norshafika atau Datin Red memfailkan perceraian bukan komplot dirancang, sebaliknya hanya kebetulan.

“Keputusan cerai mereka tidak ada pakatan. Cuma kebetulan, masing-masing ada hak sendiri dan itu permohonan mereka sendiri. Jadi saya tetap mahu mencuba mempertahankan.

“Lepas ini, saya nak ke Kuala Selangor pula. Mungkin orang lihat saya luaran masih boleh gelak ketawa tapi dalaman lelaki ini jenis lemah tapi tak nampak.

“Bayangkan tiba-tiba ada dua tapi boleh hilang sekelip mata. Kalau kenangkan dulu, mungkin boleh cari perempuan lain tapi sekarang tidak, lebih-lebih lagi anak pun sudah ramai,” katanya kepada HibGlam.

Paling penting kata Adnan, dia hanya mahu pertahankan apa yang ada dan sebagai manusia, dirinya hanya manusia biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.

Adnan berkata demikian ketika ditemui selepas selesai prosiding hasil keputusan laporan Jawatakuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, hari ini.

Bagaimanapun proses tersebut gagal menemui jalan penyelesaian dan mahkamah melanjutkan kepada proses Hakam yang akan berlangsung pada 24 April depan.

Penguam mewakili Datuk Red iaitu Muhammad Akmal Azman memaklumkan anak guamnya turut berdepan dengan permohonan perceraian yang difailkan Datin Red di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor pada 18 Mac.

Pada 3 Disember 2015, Adira berkahwin dengan Datuk Red atau nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu yang merupakan seorang ahli perniagaan di Songkhla, Thailand.

Mereka dikurniakan empat cahaya mata.

Perkahwinan Adnan bersama isteri pertamanya iaitu Datin Red mempunyai lima orang cahaya mata.

Sebelum perkahwinan itu, Adnan pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun dan berpisah lima tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu Datuk Red dikurniakan dua cahaya mata dan secara keseluruhan, dia mempunyai 11 orang anak bagi semua perkahwinannya. – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.085645 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list