CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 15217|Reply: 48

[Tempatan] Tangguh daftar PADU: Pegawai Persekutuan bertemu wakil kerajaan Sarawak

[Copy link]
Post time 23-3-2024 04:14 PM | Show all posts |Read mode
Tangguh daftar PADU: Pegawai Persekutuan bertemu wakil kerajaan Sarawak

https://www.bharian.com.my/berit ... temu-wakil-kerajaan

Oleh Norzamira Che Noh - Mac 23, 2024 @ 2:31pm
bhnews@bh.com.my


Rafizi pada sidang media selepas di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam, hari ini. - Foto BH/FAIZ ANUAR

SHAH ALAM: Pegawai Kementerian Ekonomi akan bertemu dengan wakil kerajaan Sarawak bagi membincangkan isu pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Menterinya, Rafizi Ramli, berkata ini susulan arahan agar pendaftaran PADU untuk kakitangan kerajaan negeri itu ditangguhkan.

"Sarawak antara negeri yang paling tinggi pendaftaran. Saya ingat ada beberapa pandangan daripada anggota Kabinet Sarawak yang menyebabkan arahan itu (penangguhan). Kita telah menghubungi kerajaan Sarawak, dan minggu depan kita akan duduk bersama untuk berbincang.

"Bagaimanapun, ia tidak menjejaskan pendaftaran PADU bagi penduduk. Pendaftaran boleh diteruskan melalui portal PADU seperti biasa," katanya selepas Sesi Libat Urus Bersama Menteri Ekonomi berkaitan PADU di sini, hari ini.

Media hari ini melaporkan, Sarawak meminta beberapa perubahan dibuat berkait maklumat peribadi yang diminta sistem PADU kerana mendaftar dengan PADU ibarat 'menelanjangkan diri' apabila mendedahkan semua butiran peribadi individu termasuk akaun bank, hartanah dan pelaburan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet negeri baru-baru ini, berikutan timbul keraguan berhubung maklumat peribadi individu.

Dalam pada itu, Rafizi menafikan khabar angin subsidi petrol akan ditarik balik sebelum Hari Raya Aidilfitri.

"Tidak betul. Kalau tarikh tutup (pendaftaran PADU) pada 31 Mac, mustahil akan ada sebarang keputusan mengenai subsidi petrol dan diesel kerana terlalu dekat.

"Kerajaan juga mengumumkan sebelum ini pelaksanaan subsidi bersasar akan berlangsung pada suku kedua ke atas kerana bila kita lihat garis masa, kita memang perlukan suku pertama kira-kira empat ke lima bulan pertama untuk menyelesaikan sistem sokongan untuk bantuan kepada orang ramai," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2024 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Deme nak bg sabsidi bersasar ikut padu ni camne yachh?? Nnt nak bayaq petrol pun pakai IC ka apa?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Subsidi bersasar = tiada subsidi di petrol pump/ kaunter. Subsidi diberi terus kepada rakyat secara tunai bagi yang dikatakan layak. Semua barangan bersubsidi kini tiada subsidi, ikut harga pasaran. Agaknya lah
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengan kaedah subsidi bersasar maka harga ikut harga pasaran. Jadinya tiada lagi ketirisan melalui penyeludupan keluar negara, pembelian subsidi oleh warga asing dan golongan kaya yang tak layak diberi subsidi dan kewangan negara kini stabil.  Agaknya lah
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
xy_daen replied at 23-3-2024 11:39 PM
Subsidi bersasar = tiada subsidi di petrol pump/ kaunter. Subsidi diberi terus kepada rakyat secara  ...

Dah tu orang yg tak guna petrol..i.e acik warga emas yg tak blh drive pun dpt subsidi masuk dlm account ke? Kalau cenggitu punya la bodo sistem padu ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Cemane sabsidi petrol dikira nanti?

Org duduk somban keje kl dpt lebih dari org dok beranang keje kl?

Abis tu agihan sabsidi tu bagi reward ke arah carbon footprint tinggi Dan penalise yg mengamalkan hidup lestari dgn naik mrt?

Ke acaner?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2024 04:33 AM From the mobile phone | Show all posts
xy_daen replied at 23-3-2024 11:41 PM
Dengan kaedah subsidi bersasar maka harga ikut harga pasaran. Jadinya tiada lagi ketirisan melalui p ...

Nnti yg dpt subsidi ni dia beli byk2 jual kt warga asing
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 05:40 AM From the mobile phone | Show all posts
nw111 replied at 24-3-2024 12:12 AM
Dah tu orang yg tak guna petrol..i.e acik warga emas yg tak blh drive pun dpt subsidi masuk dlm ac ...

Dah kat PADU tu kan ada tanya pemilikan kereta,motorsikal..kalau takde,makanya tak dapatla subsidi tersasau tu.
...agaknya lah( jugak)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2024 06:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Musti srawak kata...nonsense semua ni piji...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 06:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 24-3-2024 05:40 AM
Dah kat PADU tu kan ada tanya pemilikan kereta,motorsikal..kalau takde,makanya tak dapatla subsidi ...

Ada je yg ada kereta tapi tak drive..eg arwah ayah i dulu..kereta 2 biji..tapi dah tak larat nak drive... anak2 je kadang2 bawak kereta dia...lepas dia meninggal, sebiji kereta jual..sebiji lagi my mom keep... tapi my mom pun x larat nk drive dah...last2 kereta biar gitu je... after a few years baru jual the second car tu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 06:10 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 24-3-2024 04:33 AM
Nnti yg dpt subsidi ni dia beli byk2 jual kt warga asing

Possible jugak jadi gini..otak dia org ni pikir duit je kan...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Korang semua dah register ke Padu tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
padu ni entah lah agak suspicious utk ramai org. they have the mean utk semua maklumat .kenapa nk suh org register padu ni lagi. zaman skrg sbnrnya byk ketirisan berlaku. so, if nk paksa semua register kena la yakinkan rakyat n telus dlm penerangan tujuan
utama ia dilaksanakan. dan dari segi keselamatan apa contigency plan is ada data breach yg berlaku.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 06:56 PM | Show all posts
Edited by antikorok at 24-3-2024 06:58 PM

Muntri Sarawak terharmoni kata, daftar PADU ibarat ko vogelkan dirik sendirik, mesti sebab isu keselamatan data khennn



https://www.facebook.com/100031233141324

https://www.facebook.com/100031233141324/posts/1162301401487620


Scammeh puaker tersenyum sinisss
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
antikorok replied at 24-3-2024 06:56 PM
Muntri Sarawak terharmoni kata, daftar PADU ibarat ko vogelkan dirik sendirik, mesti sebab isu kesel ...

I tunggu piji or Gov coerced and paksa macam beksin.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
ladybugz replied at 24-3-2024 07:13 AM
padu ni entah lah agak suspicious utk ramai org. they have the mean utk semua maklumat .kenapa nk su ...

Yg pasti jadi apa2 kebocoran maklumat jangan harap dyorg ni nk btanggungjawab
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2024 08:14 PM | Show all posts
Abdul karim ni serius bodoh pekat! Gomen dah stat kempen isi padu ni dr awal tahun lagi, ni dah nak hampir due date baru terhegeh2 nak halang rakyat swk isi. Palui berganda betul menyusahkan rakyat! Iols dh isi cuma blum update yll
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti jd mcm Brim dulu, mula² ramai tak mohon takut kena cukai dgn LHDN bagi. Hujung bila tgk Brim bg makin byk ramai plak nak mohon.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 04:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Lambert lg aku nk isi sbb gov pon x decide lg ape cara subsidi bersasar tu. Gaya headless chicken ni aku x suka. Semua details aku korg dh ade, aku bukan cuci duit punya org. Just do a bit of work, dig from all gov agencies mesti semua data aku korg dpt. dont expect me to spoonfeed. Dh le cukai aku bayor mahei
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 08:50 AM | Show all posts
iol tak isi sbb iol belum jelas lagi utk apa sebenarnya padu ni.

kalau utk beri subsidi, gimana dia punya formula pemberian? masih ujudkah istilah b40, m40 atau t20 untuk penerimaan subsidi ni.

subsidi bahagian mana? Minyak je ke? pendidikan ke? kesihatan ke? etc....

byk lagi la yg tak jelas.

mana team rapiji? takde buat jelajah seluruh negara utk seksplen padu dgn rakyat marhein?

formula syok sendiri?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.088430 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list