CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 17652|Reply: 53

[Tempatan] Kerajaan pertimbang subsidi bersasar secara tunai bulanan, kata Rafizi Ramli

  [Copy link]
Post time 23-3-2024 04:22 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan pertimbang subsidi bersasar secara tunai bulanan

https://www.bharian.com.my/berit ... ecara-tunai-bulanan

Nor Ain Mohamed Radhi - Mac 23, 2024 @ 4:02pm
news@nst.com.my


Menteri Ekonomi Rafizi Ramli (tengah) ketika Sesi Town Hall berkenaan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam Seksyen 13 hari ini - Foto BERNAMA.

SHAH ALAM: Kerajaan sedang menimbang pemberian subsidi bersasar menerusi pindahan tunai bulanan ke dalam akaun bank penerima, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

"Cadangan untuk kaedah pelaksanaan (subsidi bersasar) yang sedang dibincangkan oleh kerajaan adalah pemindahan tunai bulanan.

"Pendekatan ini tidak pernah ditawarkan kepada rakyat sebelum ini. Sebelum ini, penerima bantuan yang layak menerima bantuan sekali setiap tiga atau empat bulan.

"Melalui PADU (Pusat Pangkalan Data Pusat), kami ingin memperbaharui (kaedah) bantuan sosial rakyat dalam jangka panjang.

"Apa yang sedang dipertimbangkan sekarang adalah melalui model pemindahan tunai bulanan, seperti tambahan kepada gaji bulanan dan akan ada julat (jumlah)," katanya ketika dialog mengenai PADU di Pusat Konvensyen MBSA di sini, hari ini.

Rafizi menjawab soalan salah seorang peserta yang bertanya jika terdapat tempoh tamat kepada bantuan tunai jika diberikan melalui e-wallet.

Sebelum ini, ramai yang mencadangkan pemindahan tunai bulanan sebagai kaedah untuk program subsidi bersasar.

Antara mereka adalah bekas menteri kewangan kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani, yang mengatakan pemindahan tunai akan menjadi kaedah terbaik untuk pelaksanaan subsidi bersasar.

Johari, kini Menteri Perladangan dan Komoditi, berkata pemindahan tunai lebih mudah untuk diperincikan.

Turut berpendapat sama ialah bekas timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Ong Kian Ming yang mengatakan ia adalah mekanisme yang 'betul dan mudah' untuk dilaksanakan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2024 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedang pertimbangan?

You have all these time to develop execution ni dah bucu2 kau sembang 'sedang pertimbangan '?



Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 04:32 PM | Show all posts
Ada juga secara mingguan dan harian menurut pilihan masing-masing yang sudah daftar PADU..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols tiber dpt sms arini, padu iols dah updated.. hanya perlu sahkan jahh.. adakah iols nak buat?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Org yg tak layak sabsidi ni tak payah daftar la ye?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi je la kriteria yang dapat subsidi dulu. Kalau tak layak, buat apa susah payah nak register.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2024 10:09 PM | Show all posts
Kenapa aku ada dpt link fb gomen sarawak x bagi rakyat dia daftar padu?  Ka x betul berita fb tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku serabut betul bab subsidi dengan bantuan brim basah bgai ni..Ko pergi kawal harga barang hapuskan kartel balaci kroni la piji.semua blh merasa.bodo betul la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 01:51 PM | Show all posts
hayrin86 replied at 23-3-2024 04:32 PM
Ada juga secara mingguan dan harian menurut pilihan masing-masing yang sudah daftar PADU..

aku dah daftar PADU masa launching ...pumya lah bersemangat
semalam nak login tak boleh, dah tukar password pun masih tak boleh login


PADU BETUL SISTEM NI
(@!#$%^&*()*^%#)
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa la yg bodoh nk percaya janji manis si gempal ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
tokchik replied at 27-3-2024 01:51 PM
aku dah daftar PADU masa launching ...pumya lah bersemangat
semalam nak login tak boleh, dah tukar ...

sape dah daftar padu? apa info yang dia nak?
kereta?
rumah?
hutang?
asb, asnb, t haji, kwsp?
tanah?
emas jongkong?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
maseh dok menimbang lagi rupanye. ingatkan dah ada clear idea mcmana nak buat. tatakelola betul lah
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 03:16 PM | Show all posts
subisidi raya la dulu minggu depan

gaji bulan 4 masuk minggu depan

fahami n deritai kesusahan rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 03:21 PM | Show all posts
so belom tahu cara nk bagi subsidi la ni. so apo kau suruh daftar padu ni. rajin plak korg nak trf ke akaun rakyat bulan2. ni tanda2 habuk pon tarak ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 03:55 PM | Show all posts
Edited by tripleid at 29-3-2024 10:57 AM

dah selama ni ummah jugak yg dok merempan segala barang sabsidi dapat ke rakyat asing

minyak masak,diesel,tepng gandum  kena seludup masuk siam..minyak RON kena pau ngan ummah singapo..berjuta warga asing,indon bangla rohingya aman2 dapat beli harga sabsidi sama mcm ummah lokal..


so bank in duit masuk akaun rakyat je lah cara plg mudah utk bagi sabsidi bersasar scr berkesan..dah korang yg tak daftar padu,pasni  kalo tak dapat cash sabsidi jangan nak salahkan Raja Formula pulak.


PADU:T20 juga layak dapat subsidi

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
netto_ replied at 27-3-2024 03:21 PM
so belom tahu cara nk bagi subsidi la ni. so apo kau suruh daftar padu ni. rajin plak korg nak trf k ...

Yg brim brom dpt setahun sekali tu pun huru hara  dok kecoh...kalau sebulan sekali ni mcmana agaknya...
Lagi satu nak tau amount subsidi yg dia akan bagi tu brp...main pukul rata bagi semua sama banyak ke atau ikut usage..if ikut usage, camne dia nk track so that takde yg salah guna pegi jual minyak ke pati..
If pukul rata pun tak practical..ada org jarang bergerak keretanya...kluar seminggu sekali...ada org yg sehari sampai berkali2 kena keluar ambik anak sekolah htr tuition bagai..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak ambik BAP pun aku lemas nak beratuq menunggu duit sampai janji kui 11.. kui 1 baru start bagi.. yg RM 150 pun tak boleh bank in rajin lak gomen nak bank in bulanan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
VespaSilbe replied at 27-3-2024 08:20 AM
Nak ambik BAP pun aku lemas nak beratuq menunggu duit sampai janji kui 11.. kui 1 baru start bagi..  ...

Ni atas inisiatif sekolah. Sekolah anak aku bank in ja. Tapi deols SJKC. SK ka SMK memang biasa beri cash.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 04:26 PM | Show all posts
Radzor replied at 27-3-2024 03:13 PM
sape dah daftar padu? apa info yang dia nak?
kereta?
rumah?

masa daftar hari tu
bnyak info yg dah ada dlm sistem apabila kita masukkan no ic

sebb data tu dtg drpd LHDN punya rekod

yg susah nya masa nak upload gmbr

bnyak kali kandas

dah dpt pengesahan pendaftaran berjaya , nak masuk balik tk boleh dah
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 27-3-2024 04:23 PM
Ni atas inisiatif sekolah. Sekolah anak aku bank in ja. Tapi deols SJKC. SK ka SMK memang biasa be ...

Oh boleh bank in rupanya.. acee giler satu darjah pun murid cecah 700 org.. nak cari parking pun seksa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.071493 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list