CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7359|Reply: 0

Croatia tumpaskan Tunisia menerusi penentuan penalti

[Copy link]
Post time 24-3-2024 10:09 AM | Show all posts |Read mode

AKSI antara Croatia dan Tunisia yang berakhir dengan kemenangan kepada wakil Eropah itu menerusi penentuan penalti. FOTO Reuters

Kaherah: Croatia yang mara ke separuh akhir Piala Dunia memerlukan penentuan sepakan penalti untuk menewaskan Tunisia berikutan keputusan seri 0-0 dalam perlawanan persahabatan pagi tadi.

Penjaga gol, Ivica Ivusic, yang menggantikan Dominik Livakovic pada separuh masa kedua, hadir menyelamatkan Croatia dengan menafikan tiga sepakan ketika pasukannya menang 5-4 selepas perlawanan berakhir dengan penentuan sepakan penalti.

Seifeddine Jaziri berpeluang memenanginya untuk Tunisia dalam sepakan penentuan kemenangan tetapi Ivusic berjaya menghalang percubaan lemah itu.

Penjaga gawang berpangkalan di Cyprus itu seterusnya menyelamatkan sepakan penalti daripada Oussama Haddadi.


Croatia akan menentang Mesir dalam perlawanan akhir kejohanan empat pasukan Rabu ini selepas tuan rumah mengalahkan New Zealand 1-0 semalam.

Kejohanan itu adalah sebahagian daripada siri baharu permainan persahabatan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) yang diperkenalkan untuk membolehkan pasukan dari benua berbeza bermain antara satu sama lain.

Pertahanan Tunisia menghalang pasukan Croatia yang dibarisi bintang seperti Luka Modric dan Mateo Kovacic ketika mencipta beberapa peluang

Walaupun Croatia menguasai permainan, Tunisia yang mencipta peluang terbaik sebelum rehat.

Bagaimanapun, jaringan Hamza Jelassi dibatalkan kerana ofsaid dan Ali Abdi pula merembat melepasi palang dari kedudukan yang terbaik.

Peluang terbaik hadir buat pemain gantian Tunisia, Sayfallah Ltaief, namun tandukannya melepasi palang pada minit ke-77.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... i-penentuan-penalti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.327355 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list