CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7606|Reply: 0

Arif Aiman 'lawan' Faisal, Darren

[Copy link]
Post time 24-3-2024 05:18 PM | Show all posts |Read mode

Arif Aiman (kiri), Faisal Halim (tengah) dan Darren Lok

KUALA LUMPUR: Tiga peledak Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi, Faisal Halim dan Darren Lok bertembung dalam pertarungan merebut gelaran Penyerang Terbaik bagi Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2023 (ABK23) yang akan berlangsung, malam esok.

Arif Aiman yang memenangi anugerah itu bagi musim 2021 dan 2022 dilihat berpotensi untuk terus mempertahankan gelaran buat kali ketiga berturut-turut berdasarkan persembahan cemerlangnya bersama Johor Darul Ta'zim (JDT).

Bintang muda berusia 22 tahun itu meledak 12 gol dalam Liga Super, empat gol di Piala FA dan lima gol di pentas Piala Malaysia selain membantu JDT menyapu bersih semua trofi dalam saingan tempatan musim lalu.

Malah, Arif Aiman berpeluang cerah untuk mempertahankan anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) buat kali ketiga berturut-turut selepas menggondol anugerah itu pada ABK 2021 dan 2022.


Selain itu, dia turut tersenarai dalam merebut anugerah Pemain Muda Terbaik bersama Ubaidullah Shamsul Fazili (Terengganu FC) dan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman (Negeri Sembilan).

Anugerah Pemain Tengah Terbaik menyaksikan tonggak Kuala Lumpur (KL) City, Paulo Josue akan berentap dengan dua pemain JDT, Afiq Fazail dan Hong Wan.

Dua 'kereta kebal' JDT, La'Vere Corbin Ong dan Feroz Baharudin pula akan bersaing bersama pemain pertahanan muda Terengganu, Azam Azmi Murad bagi merebut anugerah Pertahanan Terbaik.

Penjaga gol nombor satu negara, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed yang mewakili JDT tersenarai dalam calon Penjaga Gol Terbaik bersama Suhaimi Husin (Terengganu) dan Ramdhan Ab Hamid (PDRM).

Mesin gol JDT, Bergson Da Silva melengkapkan dominasi pencalonan pemain Harimau Selatan apabila tersenarai bagi calon Pemain Import Terbaik dengan dia akan berdepan cabaran penjaring terbanyak Liga Super musim lalu, Ayron Del Valle (Selangor) dan Ivan Mamut (Terengganu).
https://www.bharian.com.my/sukan ... lawan-faisal-darren
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.056541 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list