CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7816|Reply: 58

[Tempatan] Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution: Impian kami mahu Anwar jadi PM penggal kedua

  [Copy link]
Post time 25-3-2024 08:33 AM | Show all posts |Read mode
Saifuddin: Impian kami mahu Anwar jadi PM penggal kedua

https://www.malaysiakini.com/news/700541

Diterbitkan:  Mar 25, 2024 8:30 AM
Dikemaskini: 8:30 AM





Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berharap Anwar Ibrahim akan berkhidmat sebagai perdana menteri untuk penggal kedua.

"Sekarang dalam penggal pertama, insya-Allah, sekarang dah ada kejelasan, untuk memasuki penggal kedua. Itulah impian kita," katanya dalam episod Keluar Sekejap yang bersiaran semalam.

Mengulas mengenai kesihatan Anwar, dia berkata selain kecederaan bahu dan belakang, perdana menteri itu dalam keadaan "tip-top".

“Dia lebih sihat daripada saya,” katanya.

Anwar mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia ke-10 pada Nov 2022 selepas berjaya menyatukan kerajaan gabungan pasca pilihan raya, dengan bekas seteru tradisi BN sebagai rakan kongsi utama.

Bagaimanapun, perjalanan presiden PKR itu menerajui Putrajaya tidaklah begitu lancar.

Pengkritik berkali-kali membidas bahawa walaupun diketuai oleh seorang reformis, pelaksanaan reformasi berjalan dengan perlahan.

Terdapat juga kritikan terhadap langkah regresif oleh kerajaan, seperti dalam isu pindaan kewarganegaraan.

Kerjasama Pakatan Harapan dengan BN dan percubaan mereka untuk memenangi undi konservatif juga mempunyai keputusan yang berbeza pada pilihan raya, termasuk kerajaan negeri Selangor kehilangan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya negeri tahun lepas.

Pengacara Keluar Sekejap, Khairy Jamaluddin berkata realiti di lapangan ialah majoriti pengundi Melayu tidak menyebelahi gabungan Madani.

Saifuddin, dalam jawapannya, berkata sentimen Melayu selalunya "emotif", dengan orang tidak berminat untuk mendengar fakta dan angka sebaliknya, "cerita".

"Jadi ia adalah satu cabaran bagaimana kami mahu menyampaikan mesej (kami)," katanya.

Ditanya sama ada kerjasama PH dengan BN akan diteruskan pada pilihan raya umum akan datang, Saifuddin berkata bagi PKR, keputusan masih belum dibuat.

Sementara itu, Saifuddin turut menolak dakwaan Khairy bahawa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi adalah beban terhadap PH.

Dia berkata walaupun Umno dan DAP dilihat sebagai rakan kongsi yang tidak sehaluan bagi sesetengah pihak, mereka adalah "rakan kongsi dalam perjuangan" dalam konteks kerajaan campuran sekarang.

Oleh itu, katanya, adalah tidak adil untuk menyorot kesalahan masing-masing.

Dia menambah bahawa Anwar telah mengajar PKR untuk setia kepada rakan mereka melalui tempoh sukar, dan menerima kepelbagaian pendapat.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2024 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib berangan itu percuma


Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Bravo
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 09:13 AM | Show all posts
terbaik la pmx
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2024 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Ha ha ha
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
berangan je mampu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2024 11:37 AM | Show all posts
then, work b!+ch



Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 01:09 PM | Show all posts
kau dah injak2 marhein sampai tercirit ada hati bawak propa impian next term?


astagaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 01:13 PM | Show all posts
x ndak aku sekali dgn menteri indong
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 01:30 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 01:57 PM | Show all posts
Itu sahaja perjuangan PKR ?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 02:41 PM | Show all posts
ingat impian dia dapat realisasikan apa yang diperjuangkan selama ni. rega petrol turun, ptptn free, tol free, mansuh ap, menteri kewangan dan pm bukan orang yg sama, etc.

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
kasibiman replied at 25-3-2024 01:09 PM
kau dah injak2 marhein sampai tercirit ada hati bawak propa impian next term?



Dengan bantuan dap dan 2jota warga china ,tak mustahil madnon akan mendonia.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 03:13 PM | Show all posts
JunkMail replied at 25-3-2024 08:36 AM
Nasib berangan itu percuma

percuma dan terrialisasi walaupun berkali2 PM ikat tepi,
aku rasa x mustahil dia pegang penggal ke2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2024 03:14 PM | Show all posts
cranell replied at 25-3-2024 02:41 PM
ingat impian dia dapat realisasikan apa yang diperjuangkan selama ni. rega petrol turun, ptptn free, ...

hahahahha lagi teruk jadinye
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
SAIYA ulang......
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Benci nye aku dgn geng2 pkr ni
Nama nasution ni orang apa indon ke
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila nak habis term ye? In other words, bila next PRU..harap buat PRN dan PRU sekaligus...baru bestt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.584178 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list