CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8695|Reply: 56

[Tempatan] Selepas Mahadi kini Quantum Metal pulak masuk dalam senarai alert list Securiti commision - Adakah pelabur2 QM bakal tersontot

  [Copy link]
Post time 25-3-2024 09:09 AM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini telah mengarahkan Dato’ Lim Khong Soon @ Lim Hock Seng, Pengasas dan Pengarah Quantum Metal Exchange Inc (QMEI), untuk segera menghenti dan menamatkan penawaran saham QMEI kepada orang awam.
SC dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan tawaran saham QMEI, yang sedang berjalan melanggar keperluan berkaitan di bawah undang-undang sekuriti.


"Arahan henti dan tamat tersebut dikeluarkan berikutan penemuan SC bahawa QMEI menawarkan sahamnya kepada masyarakat awam Malaysia, termasuk melalui laman web/platform Quantum Metal Sdn Bhd (QMSB) kepada ahli QMSB.
"Ini dilakukan tanpa mendapatkan pengiktirafan dan mendaftarkan dokumen pendedahan dengan SC, yang melanggar Seksyen 212 (5) Akta Pasaran Modal & Perkhidmatan 2007.
"Oleh yang demikian, SC juga telah meletakkan QMEI dengan butiran berkaitannya pada Senarai Amaran Makluman Pelabur SC http://www.sc.com.my/investor-alert," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.


Suruhanjaya itu turut menasihatkan pelabur supaya berhati-hati ketika menilai tawaran pelaburan.
"Orang awam digesa melaporkan kepada SC jika mereka mendapat tawaran produk pasaran modal daripada individu yang mencurigakan dan tidak berlesen, di aduan@seccom.com.my atau hubungi +603-6204 8999," jelasnya lagi.

Sebelum ini, Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan sebarang dakwaan bahawa aktiviti Quantum Metal Sdn Bhd (QMSB) diluluskan atau dilesenkan oleh pihaknya adalah tidak benar.
Menerusi satu kenyataan, BNM berkata QMSB merupakan institusi pelapor di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001, AMLA).
"QMSB berurusan dengan logam atau batu berharga, iaitu aktiviti yang disenaraikan sebagai perkara 24 di bawah Bahagian 1 dalam Jadual Pertama AMLA bersama-sama dengan sektor perniagaan dan profesion bukan kewangan yang ditentukan yang lain seperti peguam, akauntan, syarikat amanah dan setiausaha syarikat.
"Sebagai sebuah institusi pelapor, QMSB dikehendaki melaksanakan langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan aktiviti institusi tersebut daripada disalahgunakan sebagai saluran bagi aktiviti pengubahan wang haram atau aktiviti pembiayaan keganasan," kata BNM.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2024 09:19 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 09:22 AM | Show all posts
bukan ke dah ade thread pasal ni sebelum ni, mmg scam pun kan
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 10:45 AM | Show all posts
Daftar PADU lagi bagus daripada join mana-mana skim MLM dan pelaburan, termasuk juga benda ini..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 06:39 PM | Show all posts
dah apa citer yg invest
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kemain boikot mekdi, kepci, kkmart..yg ni ramai pulak melayu tk boikot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2024 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga tersontot.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik aku tak terikut2 suh kuarkan KWSP invest kt QM neh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2024 01:48 AM | Show all posts
krustykrab replied at 25-3-2024 08:19 PM
Kemain boikot mekdi, kepci, kkmart..yg ni ramai pulak melayu tk boikot

jgn kata boikot...malahan pakat join beramai2....dari zaman pak man telo, tok berlagak, and sekarang nama upgrade sikit quantum metal...bunyi2 omputih....dan alangkan skim invest saploh henggit, dpt rumah half million pun pakat ramai2 join
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 02:57 AM | Show all posts

Merenung bulan sabit ler dek. Payment 2024 dah kena sekat. Agen2 mula tak jawab call sebab dah kenyang dpt 7% sekepala..

Kalau promoter QM dapat komisen 7% bila downline letak duit, itu adalah clear cut ponzi/piramid.

Kalau miss selang 2-3 bulan baru dpt profit maknanye kompani tu ada masaalah cash flow. Fahammmm?? Tu maknanya gali lubang sane, tutup lubang sini. Last but not least...kalau ada duit lebih barulah korang melabur. Kalau setakat cukup2 makan je baik ko beli emas fizikal kat Jln Masjid India sana simpan bawah bantal lagi selamat. Ko ghaser?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 05:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Rohana replied at 26-3-2024 02:57 AM
Merenung bulan sabit ler dek. Payment 2024 dah kena sekat. Agen2 mula tak jawab call sebab dah ken ...

bebuih kita ni dok explain benda yg sama je mcm sebelum2 ni...even jaman tok belagak lagi brp ramai tersontot. aihhhh mentang ada sebut pelaburan emas dan2 laa benda bagus.
kwn2 iols senyap tupah dah tu blake, baik la duit berkepok tu beli je fizikal gold bar tak pun gelang kat kedai emas nun juai balik skrg dpt gak la untung sikit.
ms iols ckp sakan la semua ckp tak cerdik nak melabur stakat beli emas gitu.
depa merenung la duit dividen katanya berganda2 dapat dlm acc qm nak withdraw tak dapekkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 26-3-2024 05:04 AM
bebuih kita ni dok explain benda yg sama je mcm sebelum2 ni...even jaman tok belagak lagi brp rama ...

Forex trader tersenyum sinis…..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Cehhh..rupanya yg kt atasnya ca ya nun alip...mcm mana eh melayu2 boleh percaya?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Melebur duit akibat termakan umpan pulangan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2024 08:36 AM | Show all posts
masih aktif lagi ke agent agnet QM ni?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 08:44 AM | Show all posts
ketum metal, mahadi janggut rebond somi helijah, mark henry

smua satu kapal.. kena londeh bek to bek

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2024 08:47 AM | Show all posts
ramai melayu yg byk duit.. abis berjuta pon ada nk join benda ala ni . sama je modus operandi dr zmn piramid. labur 1 , 3/6/9 bulan baru dpt pulangan yg berganda. pd hal gali lubang tutup lubang. dh xde yg nk masuk kt bwh baru la sontot sbb xde duit nk berbagi rolling. yg kaya yg duk atas sekali nun
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 08:51 AM | Show all posts
Perawankota replied at 26-3-2024 01:14 AM
Nasib baik aku tak terikut2 suh kuarkan KWSP invest kt QM neh

boleh collab dgn kwsp sampai dpt lesen leh keluar kwsp utk msk qm ni?.. Unit teras pon lingkup, sape yg sempat bw msk blk ke kwsp selamat la sebelum modal jd -ve. lps tu masuk pulak kenanga, kata bagus pon sama je menjahanamkan modal kwsp. apa2 pon baik biar je dlm kwsp tu jgn di bw keluar utk pelaburan wpon ianya meyakinkan kwsp utk kebenaran keluar 20% tk melabur
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 08:52 AM | Show all posts
honam replied at 26-3-2024 08:36 AM
masih aktif lagi ke agent agnet QM ni?

aktif je masih dlm mimipi diorg ni kata qm ok. semua tu x betul katanye..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 08:52 AM | Show all posts
ejen2 ketum mental kemain defensive lagi aritu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.083086 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list