CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17965|Reply: 8

[Politik] 'Tawaran' sokong PM: Wan Saiful yang minta habuan, kata MP Tanjong Karang

[Copy link]
Post time 25-3-2024 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 25-3-2024 07:06 PM

'Tawaran' sokong PM: Wan Saiful yang minta, kata Zulkafperi

Zarrah Morden & Shakira Buang

Diterbitkan:  Mar 25, 2024 3:06 PM



Ahli Parlimen Tanjong Karang Dr Zulkafperi Hanafi hari ini menepis dakwaan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan bahawa dia menerima beberapa tawaran agar mengalihkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Zulkafperi mendakwa tawaran tersebut sebenarnya permintaan daripada Wan Saiful.

"Jika kita perhatikan, semua tawaran ini adalah permintaannya sebagai syarat untuk Tasek Gelugor (Wan Saiful) menyokong Anwar," katanya.

Enam tawaran tersebut adalah:

-Peruntukan RM1.7 juta untuk kawasan

-Peruntukan projek sebanyak RM2 juta

-Bayaran untuk rawatan kemoterapi isteri Wan Saiful

-Bayaran guaman untuk kes mahkamahnya

-Bayaran "Token" dengan had yang tak dinyatakan untuk kegunaan peribadi

-Pengguguran kes mahkamah

Wan Saiful berdepan 18 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana berjumlah RM5.59 juta dan dua pertuduhan rasuah berkaitan program Jana Wibawa.



Pada Jumaat lalu, Zulkafperi memfailkan usul untuk merujuk Wan Saiful ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen susulan kenyataannya di Parlimen sehari sebelumnya.

Zulkafperi berkata kenyataan itu menimbulkan sangkaan jahat dan cuba mengelirukan dewan.

Wan Saiful mendakwa Zulkafperi dan Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim berperanan sebagai ejen untuk mendapatkan sokongan ahli parlimen pembangkang terhadap Anwar.

'Berniat jahat dan berunsur fitnah'

Hari ini, Zulkafperi menyatakan yang kegagalan dirinya dan Azizi untuk membantu Wan Saiful atau menjadi "ejen" yang lebih baik menjadi punca dia membuat dakwaan itu.


"Jadi, kenyataannya di Parlimen jelas berniat jahat, fitnah, mengelirukan dewan dan memutarbelitkan fakta dan menuduh saya tanpa apa-apa bukti jelas dan saksi, sementara cuba mengheret saya ke dalam agenda peribadinya," kata Zulkafperi.



Dia berkata tindakan seumpama itu melanggar Peraturan 36(6) dan 36(12) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Pada masa sama, Azizi menyatakan dia tidak pernah berjumpa Wan Saiful sejak menjadi ahli parlimen, kecuali semasa program PN.

Dia mendakwa Wan Saiful dan seorang individu yang tidak dikenali mendekatinya ketika dia berada di kafe di sebuah hotel.

Namun katanya perbualan mereka hanya berkenaan peruntukan yang diterima Azizi sebagai ahli parlimen, di mana dia mengesahkan menerima jumlah yang sama dengan ahli parlimen kerajaan.

Dia juga berkata pertemuan itu tidak dirancang.

Pada 28 Februari lalu, Wan Saiful mendakwa dia ditawarkan habuan untuk menyokong Anwar.

Susulan itu, SPRM memintanya untuk membuat laporan serta memanggilnya untuk memberi keterangan.

Namun, Wan Saiful berkata dia tidak dapat hadir ke ibu pejabat SPRM ekoran tarikh yang tidak sesuai, selain membangkitkan soal kekebalan anggota parlimen dalam Dewan Rakyat.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2024 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 25-3-2024 07:53 PM

Ooo... Patut la hanat ni banyak sgt bagi alasan tak mau lapor SPRM.. Takut kantoi mintak rasuah rupanya..

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah berapa kali saiful janawibawa ni sembang dekat parlimen ada pihak nak rasuah dia. Tiap kali itu juga bila disuruh report SPRM dia tamau
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 07:45 PM | Show all posts
bukan Wen Sepol ni jer tuduh DSAI macam2

porumer CI pon banyak kali tuduh DSAI mcm2..

bila aku cabar lapor Puhlis n SPRM...

diam plaks porumer2 yg menuduh tu

pangai 2 x 5 mcm Wen Sepol

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 08:11 PM | Show all posts
dia ni dgn ada kes mahkamah, kerajaan skrg tak ada sebab pun nakkan dia.. syed saddiq pun kena ignore mcm tu je..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 03:09 AM From the mobile phone | Show all posts
hahah kesian... nak bg tau diri tu laku sgt... last2 yilek...

kena setepek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2024 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Aduhai malunya. Dah la beria2 cerita org tu ajak jumpa berkali2 last2 dia yg hadap rupanya. Org2 tu pun whoareyouskan saja dia.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 10:00 AM | Show all posts
ni yg korang pilih?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2024 04:46 AM | Show all posts
Bersatu...BUBAR!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.071769 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list