CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8136|Reply: 11

[Tempatan] Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, cabar Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, untuk buktikan dia hina agama Hindu

[Copy link]
Post time 26-3-2024 05:45 PM | Show all posts |Read mode
Zamri Vinoth cabar Rayer buktikan dia hina agama Hindu

https://www.malaysiakini.com/news/700765

N Faizal Ghazali
Diterbitkan:  Mar 26, 2024 4:35 PM
Dikemaskini: 5:15 PM



Pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu mencabar Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer untuk membuktikan dakwaan dia menghina kaum India beragama Hindu di Malaysia.

“Bagi menjawab kenyataan Rayer dan rakan-rakannya, pertama sekali di Parlimen Rayer mengatakan saya telah menghina (agama Hindu).

“Jadi saya mencabarnya untuk membuktikan di mana yang saya menghina (agama itu),” katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Menurut Zamri, Rayer sendiri tidak menjelaskan penghinaan yang dibuatnya ketika membangkitkan dakwaan itu.

Hari ini, sekumpulan ahli Parlimen PH berbangsa India mengadakan sidang media bagi menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar mengambil tindakan tegas terhadap Zamri yang didakwa menghina agama bukan Islam.

“Dalam beberapa siri Tiktok yang disiarkan di media sosial Zamri Vinoth telah dirakam sebagai memberi penjelasan tentang dewa Shiva Lingam yang disembah oleh kaum India beragama Hindu di Malaysia,” kata Rayer dalam sidang media itu.

Mengulas lanjut, Zamri berkata dia hanya membuat penjelasan berhubung dakwaan segelintir penganut Hindu bahawa di dalam Kaabah mempunyai Shiva Lingam.

Katanya, sekiranya mereka tidak membuat sebarang tuduhan melibatkan Kaabah orang Islam di dalamnya Shiva Lingam, tidak ada keperluan untuk pihaknya menjawab perkara ini.

“Perkara ini pernah timbul beberapa tahun lepas apabila beberapa penganut hindu yang turut membuat video menyatakan ada Shiva Lingam di dalam Kaabah dan orang Islam turut menyembah dewa itu.

“Ketika itu saya buat video menjelaskan tentang apa yang ada di dalam Kaabah. Sudah tentu orang Islam tidak tahu apa itu Shiva Lingam, jadi saya menjelaskan apa maksudnya," katanya.

Dia berkata penjelasan tersebut bukan berdasarkan kefahaman sendiri, tetapi dengan merujuk kamus Bahasa Sanskrit dan Shiva Puranam, iaitu antara teks utama bagi agama Hindu.

“Jadi apabila saya ambil buku (kitab) Shiva Puranam dan beritahu apa maksud Shiva Linggam menurut kitab agama Hindu, di mana datangnya penghinaan dan sensitiviti?,” soalnya lagi.

Zamri berkata Rayer dan ahli-ahli parlimen berbangsa India yang lain sepatutnya meminta penjelasan penganut Hindu yang membuat dakwaan itu.

“Adakah menjawab dakwaan berkaitan Islam dianggap sebagai mencetuskan isu?

“Sepatutnya Rayer cari penganut Hindu yang membuat dakwaan itu, manakala saya hanya menjawab dan menjelaskan,” katanya lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2024 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Rayer ni Dr dulu menimbulkan kebencian. Ini la cth pepatah kaduk naik junjung. Ha ini lah orangnya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
a yo-yo jelutong…
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 06:11 PM | Show all posts
Rayer ni sebenarnya kaki propa nak tunjuk yg dia punya existence supaya tak dicop pasu bunga
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 12:29 AM | Show all posts
Ada orang suggest pendakwah mualaf celebriti ni pergilah berdakwah dengan kaum sendiri buat konten bahasa ibunda. Tak perlu jadi melayu.

Ini yang mamat ni buat ka?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 11:24 AM | Show all posts
tak suka betul Jelutong ni. dalam parlimen dialah paling sibuk...semua nak menyampuk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2024 01:18 PM | Show all posts
Fikir balik, biorlah keling sama keling gaduh.

Melayu tak yah sibuk kot.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 01:56 PM | Show all posts
cainis plg iols benci nga kor ming... untuk indian rayer.. dua2 kaduk naik junjung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 02:00 PM | Show all posts
takot la tu kena spill the tea psl agama dorang yg boleh di counter balik oleh si mualaf.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 04:11 PM | Show all posts
bulalof replied at 27-3-2024 02:00 PM
takot la tu kena spill the tea psl agama dorang yg boleh di counter balik oleh si mualaf.

betul I agree...hari tu I tgk FW punya IG yg explain pasal dewa latuk diorg siap ada pakai kopiah lg, baru lah faham apa yg diorg ni sembah...elok la diorg expose, bg pencerahan utk fahaman yg bukan2...pengajaran gak utk kita yg Muslim ni, so tak senang terpengaruh...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi kat Barat diorang selamba je buat Perbandingan Agama.

Cuma kat Malaysia nasib non muslim lah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 27-3-2024 01:18 PM
Fikir balik, biorlah keling sama keling gaduh.

Melayu tak yah sibuk kot.

Ini isu agama. Tiada Melayu tiada Kelly Ng. Yang ada hanya Islam vs kekufuran.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.082907 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list