CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12922|Reply: 85

Bercinta Dengan Remaja Bawah Umur Itu Jenayah! – Sarimah Ibrahim

  [Copy link]
Post time 26-3-2024 09:29 PM | Show all posts |Read mode




"MENJALIN hubungan dengan remaja bawah umur adalah satu jenayah, kepercayaan terhadap golongan pendidik akan musnah begitu sahaja!”


Demikian respons pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim sekali gus menyelar kes seorang guru wanita didakwa menjalin hubungan cinta atau ‘child grooming’ dengan pelajar lelaki berusia 17 tahun.


Sarimah, 46, yang juga jurucakap Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Empati Malaysia berkata, situasi sebegitu tidak seharusnya berlaku terutama apabila melibatkan golongan guru yang diberi kepercayaan oleh ibu bapa untuk menjaga dan mendidik anak mereka.


“Mereka adalah orang dewasa yang sepatutnya bertanggungjawab dan matang apabila diberi kepercayaan untuk menjaga anak kita.


Sepatutnya mereka perlu menjaga batas dalam pergaulan dengan pelajar sendiri dan tidak boleh melanggarnya kerana semua itu boleh memusnahkan kepercayaan dan keyakinan yang ibu bapa berikan selama ini.


“Kalau golongan pendidik atau profesional sudah lakukan perkara sebegini, dengan siapa lagi kita harus percaya?” katanya kepada HibGlam hair ini.


Dalam pada itu, dia berpendapat masyarakat perlu memandang serius isu sebegini kerana bimbang merosakkan masa depan golongan muda yang belum matang untuk menghadam makna sebenar kehidupan.


Orang ramai tak boleh anggap kes sebegini remeh sebab ini bukan cerita drama atau telenovela sebaliknya realiti yang negatif.


“Kanak-kanak tidak sepatutnya membesar dalam keadaan trauma termasuk masalah kesihatan mental atau fizikal yang memberi impak negatif terhdap masa depan mereka,” katanya.


Dia yang popular menerusi drama Lelaki Itu menegaskan remaja bawah umur yang menjalin hubungan cinta tidak seharusnya dipersalahkan kerana dianggap masih belum matang dalam membuat sebarang keputusan.


"Apabila ada kes sebegini, kita jangan terus menjatuhkan hukum sahaja. Orang dewasa itu yang bersalah sebab pemikiran remaja tersebut masih dalam proses berkembang dan belum matang.


“Mereka yang sudah kahwin dan berkeluarga perlu bijak bezakan buruk atau baik.  Mereka terfikir atau tidak kalau perkara sebegitu berlaku kepada anak sendiri?


Justeru, ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting dalam mengawasi anak-anak dan jangan mudah mempercayai mana-mana individu yang menjaga anak mereka,” jelasnya.


  



Terdahulu, tular dalam aplikasi X seorang pengguna mendedahkan perlakuan tidak bermoral seorang guru wanita bercinta dengan pelajar lelaki berusia 17 tahun.


Menurut hantaran itu, pendidik yang juga ibu lima anak tersebut sudah beberapa kali mendekati pelajar tersebut sehingga laporan polis terpaksa dibuat selain memfailkan aduan ke Pejabat Pendidikan Daerah.


Tidak terhenti di situ, rakaman video mereka berdua-duaan di sebuah pantai turut tular dalam media sosial.


Sementara itu, pihak polis mengesahkan mmenerima laporan daripada keluarga remaja lelaki berkenaan dan kini sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk ke pejabat timbalan pendakwa raya untuk mendapatkan arahan lanjut.


Sumber – HIBGLAM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2024 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
cantik sungguh kak mah dlm lelaki itu, tak puas tgk. make up on point! dgn lakonannya mmg A+
walaupun suka bertitle che puan diluar
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantiknya Che Puan ni.. Ada iras² Wulan Guritno pelakon Indo tu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
cantik kak mah..”kini kau tiada” walaupun suara gitu je tapi ok bleh diterima telinga
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Lakonan dia dlm drama terbaru kt tv3 xbest la mcm tak sampai watak tu dia mainkan best lg si hannah delisha brlakon
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 02:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu la.  Otak omputey saje yang boley nampak kes pedo oleh pompuan.  Otak melayu sume bajet berangan nak jadik Cik Ta.  Otak belacan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2024 03:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik dia ni muka tak nampak berusia sangat mix yang menjadi
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 05:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Piramida at 27-3-2024 05:45 AM

Ni baru layak bagi nasihat banding hajjah bungkus nak nasihat org konon.
Btw Che Puan ni pun study psikologi tak silap.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 05:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Imkhai replied at 27-3-2024 01:01 AM
Lakonan dia dlm drama terbaru kt tv3 xbest la mcm tak sampai watak tu dia mainkan best lg si hannah  ...

Tp ai suka.. Sbb cara dia memang mcm gitu. Style lontaran suara dan memek muka lain lah dr pelakon2 kebanyakan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Semalam tengok drama lelaki itu. Terus cakap kat mak iolss lawa nya dia, makin tua makin nampak omputih. Hannah delisha pon tak mcm dia. Ehh tapi sesuai lah sarimah, hannah delisha dgn barakbah tu jd family.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Haiiii kaka mahhh..uolssss nakallah dalam drama li..yihhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
ye bukan isu semasa kena amek tahu..drama2 sampah macam kawen org tua dgn org muda pun kena amek port jugak contoh drama terlanjur cinta si aqish dgn khir rahman jijik ya..geli ek tengok aqish acah2 jadi isteri..oh lupa drama erma fatima semuanya konsep mendidik....
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 10:40 AM | Show all posts
lawa sheols, aiols baru je terjumpa sheols kat shopping mall. mmg betul2 lawa...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Pak.dolla at 27-3-2024 04:07 AM
jihah_kudat replied at 27-3-2024 02:05 AM
ye bukan isu semasa kena amek tahu..drama2 sampah macam kawen org tua dgn org muda pun kena amek por ...


.
.
.
aku x suka drama arahan mokcik pengarah tu...

aku takut tgk drama arahan dia...daring dgn pelakon dh kawin tenung², sentuhan, pegang, peluk²...pastu selitkan psl agama...yg bujang² lg ler...serem..

ada byk aku nk komen tp aku mls....sesungguhnya aku sedang berpuasa...



Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 11:33 AM | Show all posts
soalan eh, kenapa staff kerajaan yang buat onar ni tak dibuang kerja? sekrang kan ade kes cikgu swinger la.... masuk court kot
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
suka betul dgar dia panggil acik adiputra D!! tp betullah cuci mata betol tgk citer lelaki itu, smua nya hok lawa lawa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Pak.dolla replied at 27-3-2024 02:45 AM
.
.
.

ye aku terganggu ok cerita tu..terus tak jadi tengok episod satu dua ok lagi masuk episod si aqish tu kawen..haiyo pengsan..baju seksi tak payah cakap la..yg khir rahman plak wow untung besar dalam cerita ni..sekian..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Pak.dolla replied at 27-3-2024 10:45 AM
.
.
.

Amboi komen pak dolla.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 12:41 PM | Show all posts
sesejak da kuyus ni.. chepuan kita ni lantang bersuara.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Imkhai replied at 27-3-2024 01:01 AM
Lakonan dia dlm drama terbaru kt tv3 xbest la mcm tak sampai watak tu dia mainkan best lg si hannah  ...

Samalah pendapat kita. Sikit2 "seriously?" Asyik2 dia ulang "seriously?"
Aku mcm adoiii takde phrase lain ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.123863 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list