CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11091|Reply: 75

‘Netizen Tolonglah Faham, Kami Okey Tanpa Aidil’ - Rita Rudaini

  [Copy link]
Post time 26-3-2024 09:32 PM | Show all posts |Read mode






"BUKAN tak bagi jumpa, saya memang ada di situ sampai sekarang. Saya bagi masa (peluang bertemu) sampai anak-anak nak masuk tadika.”


Demikian respons pelakon cantik Rita Rudaini terhadap kecaman segelintir netizen yang mendakwanya menghalang bekas suami, Aidil Zafuan bertemu dua anak mereka.


Dedah pemilik nama penuh Rita Rudaini Mokhtar, 58, sebelum ini dia pernah mengajak Aidil berbincang namun usahanya gagal apabila tidak mendapat apa-apa maklum balas.


“Apabila netizen yang tidak tahu kisah dahulu tanya kenapa tak bagi jumpa ayah, saya jawab bukan tidak benarkan tetapi ‘due date’ (tarikh tamat tempoh) berbuat demikian sudah dibuka sehinggalah anak-anak masuk tadika.


Semasa kedua-dua anak masuk tadika, saya dan peguam ada cakap mahu kami sama-sama galas tanggungjawab sebagai ibu bapa tetapi tiada respons.


“Bila anak masuk darjah satu, lagi senyap sunyi. Bagi saya cukuplah, itu momen penting dan marilah sama-sama teruskan hidup masing-masing sebab saya bukan mahu bermusuh,” katanya kepada HibGlam ketika majlis sidang akhbar Starvendor semalam.


Dalam masa sama, Rita memohon netizen memahami keadaannya serta anak-anak yang hanya hidup bertiga tanpa kasih sayang seorang bapa.


Kita sebagai ibu pun sedih. Kalau saya tidak tumpukan perhatian kepada anak, memang rasa nak marah sahaja. Saya enggan dengar cakap-cakap yang tidak perlu.


“Bukan setakat sekolah, hari jadi, hari raya dan hari-hari biasa pun tiada tanya khabar. Netizen tolonglah faham, kami okey sebab tiada pun memori bersama ayah, bahkan elok saja mereka membesar dengan saya,” ujarnya lagi.


Saat ditanya jika anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin ingin berjumpa Aidil, pelakon asal Kangar, Perlis itu pantas menjawab dia tidak akan menghalang meski sudah menempuh pelbagai onak duri membesarkan dua zuriat tersayang seorang diri.


"Kalau Rayyan nak jumpa, saya okey sebab dia anak dan saya tidak mahu dia derhaka tetapi jika pihak sana nak bertemu, Rayyan tak mahu, saya larang.


“Saya besarkan mereka, susah tau jaga anak lelaki. Bila berkhatan, saya yang bawa dan semasa akil baligh pun saya tanya dan ajar.


Saya sampai telefon abang, adik dan sepupu lelaki untuk mendapatkan pandangan macam mana nak tanya masa Rayyan akil baligh. Alhamdulillah, apa-apa dia akan cerita dan tiada malu sebab hidup dengan mak,” jelasnya.


  



Sebelum ini Rita meluahkan rasa kesal apabila segelintir netizen bersimpati dengan nasib bekas suaminya dan mendakwa dia menghalang Aidil daripada bertemu dua cahaya mata mereka.


Rita berkahwin dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 namun berpisah pada September 2013.


Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.


Sumber – HIBGLAM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2024 09:37 PM | Show all posts
Ckp ok.tp meroyan tk abis2
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
58 dah ke umur ritrude ni. Tua benor.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 10:51 PM | Show all posts
Mak terpaling jaga anak sorg diri
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Serius la 58? Biar betik? 48 kot?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Acik ni dah kenapa? iols rasa dia nak balik lakinya tp lakinya whoryuskan dia. LOL
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2024 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Iye lah RR..edel nk bawak beli baju raya pun hang menipu kata dah balik kampung.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 12:42 AM | Show all posts
hahhahaha iyo lah tu..... padahal berdenyut atas bawah kalu nampak video aidil lalu lalang kat tiktok hahahahahah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 02:34 AM From the mobile phone | Show all posts
RITRUD DAH 58?!!!



Waahhhhh

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 02:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Awai tahun pembuka...tengah tahun...suku tahun pertama..suku tahun kedua...akhir tahun... dia mcm semester jugak..

Okey tanpa Aidil tapi meratib pasal Aidil...entah yg dia dok marah konon petik aidil tu benak dia jgak ..saja acah2 suh komen gitu .. acah2 trigger demi nk suruh melodi cari dia..org sebut nama dia..zaman skrg bukan bleh caya sgt ramai org Gila babi
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 05:08 AM From the mobile phone | Show all posts
2-3 tahun jugak duk cari kain color depa 3 beranak ni pakai nak buat baju raya, tapi pastu  distracted dengan color lain & end up tak beli huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 05:10 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 27-3-2024 02:34 AM
RITRUD DAH 58?!!!



takkanla dia lagi tua dari kak ratu. kak ratu pun baru 52 rasanya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 05:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia meroyan tu sbb ada batu api.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 05:24 AM From the mobile phone | Show all posts
bukan ke edel ada diam2 jumpa anak dia dekat sekolah dulu sampai rr tukar sekolah anak dia..ke meolls salah baca?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 05:26 AM From the mobile phone | Show all posts
author sakit hati dgn rr ke apa ni???? ahahaha awat smpai 58 umur nekrud agak2 la weiii

kan dah ckp jgn dicuit dia, brp hari dah keluar statement lbh krg sama pusing2 ayat sikit jah sampai takdan retis lain nak up cerita
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 05:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Sudah2lah..diam lebih elok dr meratib..since bercerai berita ni ja lah dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 06:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah dah 48 ka dia ni… boleh move on dh kot dari Aidil…come on..your mental health deserve better than reminiscing some ex..let him go
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 06:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh 58 ke acik ni..... Sapaaa reporter buduh lagi sengal ni?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 06:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia kan menjawab pertanyaan wartawan ... elok juga la dia jawab jd ada la bahan gosip nya

Buat rita ramai lg ibu bersamamu... nyata rita ikhlas menjaga anak dia dan x kesah pun aidil nak jenguk anak dia tp aidil xmau jenguk gamaknya makin rita sebut makin rita  meroyan makin aidil jauhkan diri drp anak2 rita tak rugi apa2 yg rugi tu aidil lah
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodo nya pompuan,, sibuk berzikir layan stmt netizen... Cam gampang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.072537 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list