CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7477|Reply: 31

[Jenayah] Mengaku Tidak Bersalah, Gagal Bayar Tuntutan Lebih RM130K Kepada Bakal Jemaah Umrah!

[Copy link]
Post time 27-3-2024 08:50 AM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

Emraz Travel & Tours, Pengarah Didakwa Gagal Bayar Tuntutan Bakal Jemaah Umrah

JOHOR BAHRU, 19 Mac (Bernama) -- Syarikat pengendali pakej umrah Emraz Travel and Tours Sdn Bhd bersama seorang pengarahnya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas lapan pertuduhan gagal membayar balik perintah tuntutan wang berjumlah RM131,890 kepada lapan bakal jemaah.

Pengarahnya berusia 43 tahun yang juga mewakili syarikat berkenaan didakwa gagal mematuhi Award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) yang memerintahkan syarikat itu membayar balik tuntutan wang antara RM4,900 hingga RM40,470 kepada kelapan-lapan mangsa.

Lelaki berkenaan dan syarikat itu selaku orang kena saman (OKS) didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Pejabat TTPM, Aras 17, Menara Ansar, Jalan Trus di sini antara 24 Julai 2023 sehingga 10 Jan lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Majistret Nur Fatin Mohamad Farid membenarkan pengarah berkenaan diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan dikenakan syarat tambahan iaitu melapor diri di pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Putrajaya sekali setiap sebulan.
Mahkamah menetapkan 22 April depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan bacaan pertuduhan terhadap seorang lagi OKS iaitu pengarah syarikat berkenaan (wanita) berusia 43 tahun yakni isteri kepada lelaki berkenaan yang tidak dapat hadir ke mahkamah kerana cuti sakit.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya KPDN Mohd Sophian Zakaria, Suhana Mohd dan Shafiq Mahadi manakala lelaki itu dan syarikatnya itu diwakili peguam Datuk Hanif Hassan.

Untuk rekod sebelum ini OKS telah dituduh atas kesalahan sama di Mahkamah Majistret Putrajaya melibatkan 63 pertuduhan berjumlah RM589,031 pada 15 Jan lepas.

Kemudian atas kesalahan sama juga, OKS dituduh di Mahkamah Majistret Kota Bharu melibatkan 51 pertuduhan berjumlah RM503,221 pada 13 Feb lepas, sebelum dituduh di Mahkamah Majistret Seremban juga 51 pertuduhan berjumlah RM473,730 pada 26 Feb lepas.

Pada 8 Mac lepas, dilaporkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah membatalkan lesen Emraz Travel and Tours berkuat kuasa 11 Mac tahun ini selaras dengan perenggan 8(1)(b) dan (d) Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).

Menurut MOTAC ini kerana syarikat itu didapati telah melanggar syarat lesen dan peruntukan Akta 482 serta menjalankan perniagaan mengikut cara yang memudaratkan kepentingan orang awam, industri pelancongan atau ekonomi negara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-3-2024 08:50 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2024 08:51 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2024 08:51 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa asik gamba hiasan sskjp kardashiye kelate tu je?

TT ngefans lopak clans ke.. kipas susah mati???
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 09:46 AM | Show all posts

tu dia peruttt...
kenyang telan duit bakal jemaah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2024 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Baju dia MCM corak karpet je
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 10:37 AM | Show all posts
takyah cencored la muka, tunjuk je muka sebenar si pemakan duit haram ni. biar org lain tak kena tipu lagi, sok sok dia buka company lain ulang2 ajm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 10:43 AM | Show all posts
muka si pemakan babi. laki bini sama naik suka makan duit haram hasil penipuan


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 10:47 AM | Show all posts
sampaii hati kan...org percaya kat kau..nak pegi umrahhh
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 27-3-2024 10:43 AM
muka si pemakan babi. laki bini sama naik suka makan duit haram hasil penipuan

tudia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2024 01:09 PM | Show all posts
green~tea replied at 27-3-2024 09:05 AM
Kenapa asik gamba hiasan sskjp kardashiye kelate tu je?

TT ngefans lopak clans ke.. kipas susah ma ...

untuk tatapan lobenak
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Naper tak sebut nama okt
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak tenang la hidup selagi tak pulangkan semula duit mangsa2. Ada mangsa yang dah meninggal pun. Nasib la.. mencari la di sana nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 27-3-2024 10:43 AM
muka si pemakan babi. laki bini sama naik suka makan duit haram hasil penipuan

Patut letak muka dia ni dr sskjp kt atas nun..ish ish
Muka pun seramm
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru prasan rupa deme2 sskjp ni sama..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 06:22 PM | Show all posts
Betül ke itu tangan dia?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
TT dibayar lopak ka
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 08:48 PM | Show all posts
camtu kah ropa lopak for the next 10 years???
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 08:50 PM | Show all posts
_blackbird replied at 27-3-2024 10:43 AM
muka si pemakan babi. laki bini sama naik suka makan duit haram hasil penipuan

awat sis??kena scam jugak  ka camna??
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.145741 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list