CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5851|Reply: 9

[Tempatan] 'Saya mahu hukuman gantung, itu sahaja'

  [Copy link]
Post time 27-3-2024 09:33 AM | Show all posts |Read mode
'Saya mahu hukuman gantung, itu sahaja'

https://www.bharian.com.my/berit ... -gantung-itu-sahaja

Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad - Mac 27, 2024 @ 12:23am
bhnews@bh.com.my


Ng Chan Keong (berpaling muka) dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan 12 sebatan atas kesalahan mengedar 2.7 kg dadah methampethamine pada 2018. - NSTP/MEOR RIDUWAN MEOR AHMAD

MELAKA: "Saya mahu hukuman gantung sampai mati, itu sahaja."

Ayat itu diluahkan Ng Chan Keong, 39, ketika diberi peluang oleh Mahkamah Tinggi Ayer Keroh, hari ini, untuk menyatakan hasrat terakhir selepas disabitkan dengan pertuduhan mengedar dadah methamphetamine seberat 2.7 kilogram (kg), enam tahun lalu.

Hakim Datuk Anselm Charles Fernandis bagaimanapun menegaskan, hak mahkamah untuk menentukan hukuman dan menangguhkan prosiding selama lima minit.

Sebaik prosiding bersambung, tertuduh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup bermula dari tarikh ditangkap pada 2 Oktober 2018 dan 12 sebatan.

Terdahulu, ketika membacakan penghakimannya, Anslem berkata, selepas menimbangkan keseluruhan keterangan dan hujah pihak pembelaan dan pendakwaan, mahkamah mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Katanya, mahkamah berpuas hati pendakwaan membuktikan kes terhadap tertuduh melampaui keraguan munasabah.

Anslem berkata, tertuduh dalam pembelaannya mendakwa tidak mengetahui kewujudan dadah dalam but kereta Mercedes ketika ditahan polis dalam perjalanan dari Genting Highlands ke Johor Bahru pada 2 Oktober 2018.

"Tertuduh menyatakan dia pergi ke Genting Highlands bersama bos (majikan) dikenali sebagai Tan yang juga saksi pembelaan kedua sehari sebelumnya dan bermalam di sebuah hotel di situ.

"Tertuduh mendakwa disuruh oleh Tan memandu kereta itu ke Johor Bahru dan menyerahkan wang tunai RM180,000 dan dalam SG$9,300 (RM32,660.895) kepada teman wanita Tan.

"Tertuduh menyatakan dia hanya memandu kereta dan tidak memeriksanya sebelum ditahan polis peronda ketika dalam perjalanan," katanya pada akhir kes pembelaan, hari ini.

Anslem berkata, Tan antara lain menyatakan pernah beberapa kali menggunakan kereta terbabit yang disimpan di Johor Bahru dan pada hari kejadian, rakannya dikenali 'Ah Beng' meminjamnya sebelum dipulangkan pada waktu tengah hari.

Hakim berkata, mahkamah berpendapat mustahil untuk seseorang meninggalkan dadah yang banyak dalam but kereta, apatah lagi tertuduh ditahan bukan kerana risikan, sebaliknya hasil pemeriksaan mengejut oleh polis peronda selepas melihat kereta dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, dakwaan tertuduh cuba memecut kereta, enggan membuka but dan cuba merasuah polis jelas menunjukkan dia mengetahui ada sesuatu yang salah iaitu dadah dalam kereta, manakala mahkamah berpendapat Tan adalah saksi yang tidak boleh dipercayai.

Chan Keong didakwa mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 2.7 kilogram di tepi lorong kecemasan KM 215 arah Kuala Lumpur-Johor Bahru, Lebuh Raya Utara Selatan, dekat Alor Gajah di sini, pada 2 Oktober 2018, kira-kira jam 5 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asri Abdul Rahman Sidik dan Nabilalif Mohd Rosli manakala tertuduh diwakili peguam Wan Zaleha Abdul Wahab.

Seramai 13 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes itu bermula 10 September 2020.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 09:43 AM | Show all posts
membazir je bela pengedar dadah...gantung saje
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 10:01 AM | Show all posts
Jawapan yang ikhlas
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 11:47 AM | Show all posts
tan buat bisnes apa?
tan x kena siasat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 12:14 PM | Show all posts
arah Kuala Lumpur-Johor Baharu? kereta tu ada dua kepala ka

bagus wartawan ni guna perkataan 'but kereta' harap dapat dilestarikan takdelah asik bonet ja.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 12:27 PM | Show all posts
Tan tak kena siasat skali ke? ke sebab tan tu geng 9 ekor naga kunun kununnya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2024 02:59 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 03:55 PM | Show all posts
tak boleh macam tu, kita kena motivate dia, bagi kata-kata semangat untuk dia teruskan hidup. Biar dia rasa bersemangat nak hidup lama.

Lepas tu baru gantung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2024 04:13 PM | Show all posts
dah tu hasrat dia nape xditunaikan nak gantung
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Cassieopeia replied at 29-3-2024 04:13 PM
dah tu hasrat dia nape xditunaikan nak gantung

kan.. kesian plak dengar dia request camtu.. sbb penjara seumur hidup tu menyeksa jiwa dia dh ibarat cam mati dh, baik bagi mati jer lah terus..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.361058 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list