CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3541|Reply: 34

[Jenayah] Guru 'swinger' dibeku sementara tugas

[Copy link]
Post time 27-3-2024 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kuala Terengganu: Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) mengambil tindakan membekukan sementara tugas guru penolong kanan yang dipercayai terlibat dengan aktiviti 'swinger' baru-baru ini.

Pengarahnya, Jelani Sulong berkata, tindakan itu diambil bagi memberi ruang kepada pihak polis membuat siasatan terperinci selain JPNT akan menunggu keputusan mahkamah.

Menurutnya, perkara ini masih dalam siasatan polis dan mereka serah sepenuhnya kepada pihak polis.

"Baru-baru ini pertuduhan sudah dibuat di Mahkamah dan beliau (guru berkenaan) tidak mengaku salah, manakala 31 Mac depan dijangka sebutan semula kes.

"Kita di peringkat jabatan menunggu keputusan mahkamah dan tindakan tatatertib akan menyusul bagaimanapun di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) mereka sudah membuat siasatan secara menyeluruh," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita selepas Majlis Pengumuman Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Terengganu 2023 di Sekolah Menengah Agama (SMA) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, di sini, hari ini.

Khamis lalu, seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, atas pertuduhan memperdagangkan wanita bagi tujuan eksploitasi seks.

Bagaimanapun, rakannya yang berdepan pertuduhan sama mengaku bersalah.

https://www.hmetro.com.my/amp/mutakhir/2024/03/1074187/guru-swinger-dibeku-sementara-tugas

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 11:55 AM | Show all posts
musim cikgu-cikgu aktif dengan aktiviti seksual...

ada cikgu2 forumer yg turut aktif?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 11:56 AM | Show all posts
Mesti geng cikgu kat porum malu nak komen. Musim cikgu kene balun skg ni kat medsoc. lepas satu-satu, Seblum ni abe polis kene balun.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 12:01 PM | Show all posts
Kalau swinger means with consent kan so why laki pulak yang kena tuduh memperdagang. Ke bila kantoi bini acah2 mangsa yang innesen macam botem teraniaya?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 12:03 PM | Show all posts
Cikgu Buat Hal Apa Hari Ini? CBHAHI sebelum ni ada grup doktor
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 12:05 PM | Show all posts
Alaa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2024 12:06 PM | Show all posts
aku baru keluar gua...bila plak ada kes cikgu kantoi swinger yang aku last baca cikgu pedo... pastu yg bapak ayam telegram tu...ni bila plak kantoinya
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 12:08 PM | Show all posts
penjawat awam bukan malaikat, noktah eleh media malaysia, 1 kes polis bocor, 100000000000000000000 la cerita pasal polis dalam seminggu dua.... baru ni kes cikgu pedo,habis laaaaaaaaa semua kes berkaitan cikgu keluar....jangan besok lusa keluar berita cikgu kena tahan sebab kentut di khalayak ramai sudah, kot2 la nak cukupkan kuota berita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
rumahbiru replied at 27-3-2024 12:06 PM
aku baru keluar gua...bila plak ada kes cikgu kantoi swinger yang aku last baca cikgu pedo... past ...

Didakwa pemerdagangan manusia
Tapi nk kata swinger baby plk... Swing ti dgn kerelaan bukan jual beli.. sapa menipu media? Mahkamah?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 12:14 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 27-3-2024 12:09 PM
Didakwa pemerdagangan manusia
Tapi nk kata swinger baby plk... Swing ti dgn kerelaan bukan jual be ...

media malaysia kan dah lama ke laut,tambah2 bila banyak non-mainstream tumbuh melata....

selalunya swinger sukarela, tapi kalau swinger utara tu rasanya ada bayaran, but still sukarela

aku taktahu, as long as seks dapat bayaran dikira pemerdagangan manusia kot?

dah tu, kalau tak bayar, siapa pulak nak bayar duit hotel dikala melakukan aktiviti celup bergilir2 tu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
terkejut sbb cikgu ni antara profession mendidik. harapnya tiadalah murid yg terlibat. tp kalau kes pedo ni sbbrnya dah lama ber laku terutama cikgu2 lelaki n anak murid lelaki. tetapi byk tutup kes n x diwar2 kan. kat area perumahan i membesar ada dua cikgu lelaki yg ada kes. tp just pindah skolah ja. both of them ada anak-anak n ada yg masih beristeri. so i mmg extra cautious. minta di jauhkan la anak2 kita semua dari perkara2 mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 12:16 PM | Show all posts
rumahbiru replied at 27-3-2024 12:08 PM
penjawat awam bukan malaikat, noktah eleh media malaysia, 1 kes polis bocor, 100000000000000000 ...

Kes makan cili boh ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 12:18 PM | Show all posts
maknanya cikgu tu bukn bapak ayam la kan..swinger ni tukar suka sama suka or adekah ber3some mereka itu
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 12:21 PM | Show all posts
ladybugz replied at 27-3-2024 12:15 PM
terkejut sbb cikgu ni antara profession mendidik. harapnya tiadalah murid yg terlibat. tp kalau kes  ...

again, my stand will always be,cikgu bukan malaikat. tambah2 di era tiktok. awalnya aku tak boleh terima, tapi bila si noraini menteri dulu siap buat pertandingan tiktok, aku macam redho je la,mungkin aku yang kolot. sekarang ni, waima kalau kata ada tok siak kantoi pon nothing surprise me. dari dulu pun banyak kes libatkan salah laku agamawan, orang yang patut didik orang pasal agama

kewujudan kes berzaman, cuma dulu kala tak semaju teknologi zaman sekarang, itu je....
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 12:24 PM | Show all posts
epullipan replied at 27-3-2024 12:18 PM
maknanya cikgu tu bukn bapak ayam la kan..swinger ni tukar suka sama suka or adekah ber3some mereka  ...

patutnya macam tu, swinger=suka sama suka.
tapi maybe cikgu tu mintak bayaran untuk sediakan venue, tetiba kena report.org lagi 1 tu mungkin kata "saya bayar ke cikgu ni"...terus jadi kes pemerdagangan manusia?


ini aku buat teori palataooooo aku je la
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 01:14 PM | Show all posts
swing baby yeah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 01:21 PM | Show all posts
kat sekolah ni pun, ada cikgu yg aku jauhkan diri.. kalo boleh jgn melintas apalagi jalan beriringan.. kalo terjoin dlm satu AJK.. pening giler..
pandai-pandai lah tukar dgn org lain
ini bukan psl berkira bab kerja atau malas rajin..

memang perangai dia tak macam cikgu sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 01:31 PM | Show all posts
rumahbiru replied at 27-3-2024 04:21 AM
again, my stand will always be,cikgu bukan malaikat. tambah2 di era tiktok. awalnya aku tak boleh  ...

kadang i jealous jugak dengan malaikat.sebab tak payah tidur & makan. nak gerak ada sayap.
manusia jadi haru biru / berperang sesama sendiri
sebab makanan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 03:01 PM | Show all posts
cam mana boleh kantoi?
ke bini tak rela tapi kena paksa?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 27-3-2024 01:21 PM
kat sekolah ni pun, ada cikgu yg aku jauhkan diri.. kalo boleh jgn melintas apalagi jalan beriringan ...

Apa yg dia buat sampai cmtu sekali?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.123759 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list