CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5826|Reply: 2

[Tempatan] Agong: Jangan terus api-apikan kemarahan isu stoking

[Copy link]
Post time 27-3-2024 05:56 PM | Show all posts |Read mode
Agong: Jangan terus api-apikan kemarahan isu stoking

https://www.malaysiakini.com/news/700892

Diterbitkan:  Mar 27, 2024 4:57 PM
Dikemaskini: 5:37 PM



Yang-di Pertuan Agong Sultan Ibrahim menegaskan semua pihak perlu berhenti daripada mengambil kesempatan berhubung kontroversi stoking bertulisan kalimah Allah.

Sebaliknya baginda mahu semua pihak, terutamanya pemimpin masyarakat bertindak matang.

“Saya telah menitahkan untuk tindakan diambil mengikut lunas undang-undang, maka tidak perlu lagi untuk mana-mana pihak terus mengapi-apikan kemarahan secara berterusan.



“Tindakan diambil bukanlah untuk menghukum semata-mata, tetapi sebagai pengajaran dan peringatan kepada semua untuk menjaga sensitiviti rakyat Malaysia,” titah Seri Paduka, hari ini.



Kenyatan Sultan Ibrahim juga dihantar ke Facebook yang mengingatkan semua pihak supaya mengambil iktibar daripada kejadian itu dan berusaha mengeratkan perpaduan.

“Kemarahan yang berlarutan tidak akan menguntungkan sesiapa. Semua pihak, terutamanya pemimpin masyarakat perlu bertindak matang.

“Ajaklah rakyat ke arah perpaduan, bukan perpecahan. Inilah peluang untuk mendapat pemahaman yang lebih baik antara satu sama lain dalam masyarakat kita yang majmuk, agar perkara sebegini tidak berulang lagi,” titah Seri Paduka.



Hari ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai agar bertenang dan tidak menyumbang apa-apa yang boleh membawa kepada peningkatan ketegangan di dalam negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata ketika ini keadaan agak panas dan isu stoking yang mengundang kemarahan sesetengah pihak boleh menjadi pemangkit kepada krisis yang lebih buruk.

“Saya nak ambil peluang untuk menasihatkan semua pihak, stand down... sudah-sudahlah.

"Saya bersetuju apa yang saudara Khairy kupas, pihak kami cukup bimbang ada perkara (yang asalnya) tidak libatkan isu perkauman tapi libatkan dua kaum berbeza, ia boleh dijadikan pemangkin kepada isu ini (perkauman).



"Kami tak nak lihat insiden seperti Kampung Medan berulang, ia hanya memburukkan imej negara,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Semalam Khairy yang juga pernah memimpin Pemuda Umno dalam siaran podcast Keluar Sekejap menggesa Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh dan umat Islam yang marah terhadap KK Mart agar menghentikan kecaman mereka terhadap syarikat itu.

Ketegangan yang semakin memuncak itu menyaksikan sebuah cawangan kedai serbaneka KK Mart di Bidor, Perak dibaling dengan bom petrol, awal pagi semalam, manakala polis sedang menyiasat ugutan terhadap syarikat pembekal stoking KK Mart, Xin Jian Chang Sdn Bhd.

Akmal sendiri membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, berhubung ugutan bunuh yang diterimanya pagi semalam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2024 12:35 AM | Show all posts
Mmmm....isu beras juga ye.

Kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu dia Agong harapan uols dah bersuara. Kah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.058300 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list