CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6057|Reply: 16

[Tempatan] ASB 2 agih pendapatan 5.25 sen seunit, ASM 4.75 sen

[Copy link]
Post time 28-3-2024 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
ASB 2 agih pendapatan 5.25 sen seunit, ASM 4.75 sen

Mahanum Abdul Aziz
mahanum_aziz@bh.com.my
March 28, 2024 @ 1:07pm


KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan 5.25 sen seunit untuk Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) dan 4.75 sen seunit untuk Amanah Saham Malaysia (ASM) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024.

Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu berkata, agihan pendapatan ASB 2 membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM670 juta kepada 552,297 pemegang unit yang kini memiliki 12.73 bilion unit.

Katanya, agihan pendapatan bagi ASM pula membabitkan jumlah pembayaran RM1.33 bilion kepada 699,807 pemegang unit dengan pegangan 28.05 bilion unit.

Justeru, jumlah pembayaran pengagihan pendapatan untuk dua dana harga tetap itu adalah sebanyak RM2 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024.


Sehingga 25 Mac 2024, ASB 2 merekodkan pendapatan bersih terealisasi sebanyak RM659.95 juta, manakala ASM mencatatkan RM1.4 bilion.

ASNB dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua dana memperoleh pendapatan menerusi pendapatan terealisasi dan dividen daripada pelaburan domestik dan antarabangsa dalam persekitaran inflasi yang tidak menentu serta keraguan terhadap kemelesetan ekonomi yang meningkat.

Ia berkata, kedua-dua dana juga telah memperoleh hasil daripada strategi kepelbagaian portfolio dalam kelas aset lain seperti hartanah dan pelaburan persendirian, dengan penekanan terhadap instrumen pendapatan tetap yang menyediakan pendapatan berulang stabil kepada kedua-dua dana berkenaan.

Katanya, pengagihan pendapatan ASB 2 dan ASM adalah bersamaan dengan jumlah pulangan masing-masing sebanyak 5.25 peratus dan 4.75 peratus, kedua-duanya mengatasi penanda aras Deposit Tetap 12 Bulan Maybank pada 2.84 peratus sebanyak 241 mata asas untuk ASB 2 dan 191 mata asas untuk ASM.

"Pengiraan pengagihan pendapatan untuk ASB 2 dan ASM adalah berdasarkan purata baki bulanan minimum yang dipegang sepanjang tahun kewangan bagi setiap dana.

"Pengagihan yang diisytiharkan oleh dana-dana ini akan dilaburkan semula secara automatik ke dalam akaun pemegang unit pada 1 April 2024," katanya.

Urus niaga ASB 2 dan ASM di semua cawangan dan ejen ASNB termasuk semua saluran dalam talian dan perbankan internet akan ditangguhkan sementara dari 29 hingga 31 Mac 2024 bagi memudahkan proses pengiraan pengagihan pendapatan.

Pemegang unit boleh meneruskan transaksi di portal myASNB di www.myasnb.com.my atau melalui aplikasi mudah alih myASNB, atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara apabila urus niaga beroperasi semula pada 1 April 2024.


Alhamdulillah. Boleh la acik forum nak beraya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2024 01:26 PM | Show all posts
Alhamdulillah....
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 01:32 PM | Show all posts
Alhamdulillah.  Mashaallah.  Tabarakallah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.. melawan jugek ya asb2 dgn asb1. asm ni saham terhad. ada org jual, baru boleh beli. tp dividen pun kurang dari asb.
asm ni non bumi pun bulih beli ke..
tidak lah raya sakan. cuma menambah nilai sumbangan pd yg memerlukan
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 28-3-2024 01:35 PM
Alhamdulillah.. melawan jugek ya asb2 dgn asb1. asm ni saham terhad. ada org jual, baru boleh beli.  ...

asm semua boleh
naik la sikit dari last year kan?? iols tak bg artikel

Alhamdulillah...nak hrpkan berkepok mmg tak la ekonomi pun hazab
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 28-3-2024 01:48 PM
asm semua boleh
naik la sikit dari last year kan?? iols tak bg artikel


ya betul. pelabur pasif mcm diriku ni elok simpan kat asb je.. tp asnb pun ada bg consultant kot sbb ada caj. RIA tu lah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-3-2024 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 28-3-2024 01:48 PM
asm semua boleh
naik la sikit dari last year kan?? iols tak bg artikel


Masuk ni dah 2 tahun asb 2 lagi tinggi dari asb 1.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 03:57 PM | Show all posts
ada beza ehh asb 1 n 2....mcm mana nak buat..tolong explain cikittt..yg biasa dapat 1.1 tu apa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2024 06:45 PM | Show all posts
caih 5 percent je, baik labur dekat kontem metal
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 10:14 PM | Show all posts
totokreturn. replied at 28-3-2024 06:45 PM
caih 5 percent je, baik labur dekat kontem metal

hahahaha......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2024 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
rezaremy replied at 28-3-2024 03:57 PM
ada beza ehh asb 1 n 2....mcm mana nak buat..tolong explain cikittt..yg biasa dapat 1.1 tu apa

Daftar guna myasnb aje. Kalau ada duit lebih, boleh letak kat dua2 asb1 and asb 2. Tapi sekarang asb 1 and 2 limit 300k. 1 January tu ASB 1.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 08:08 AM | Show all posts
X pernah dengar org saving dlm ASNB 2 even kami kat bhg Emolumen ni yg staff buat potongan gaji tu semua ke ASB biasa je...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 11:42 AM | Show all posts
cm_vungtau replied at 29-3-2024 12:16 AM
Daftar guna myasnb aje. Kalau ada duit lebih, boleh letak kat dua2 asb1 and asb 2. Tapi sekarang a ...

oooo...baru tahu..tqsm
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 04:43 PM | Show all posts
Syukor dah stop ASB Finance. Potong boolan2 lebih tinggi daripada dapat dividen cipot dlm 5 sen seunit tuh. Tak berbaloi langsong, rugi lagi adalah
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah syukur
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
vanilacup replied at 29-3-2024 08:08 AM
X pernah dengar org saving dlm ASNB 2 even kami kat bhg Emolumen ni yg staff buat potongan gaji tu s ...

Xpenah dengar? Asb 2 lebih mudah pengiraan sebab xde bonus. Sy sendiri ada simpan dkt both asb & asb2 so dpt 2x dividen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2024 09:24 AM | Show all posts
nikaido replied at 29-3-2024 05:27 PM
Xpenah dengar? Asb 2 lebih mudah pengiraan sebab xde bonus. Sy sendiri ada simpan dkt both asb & a ...

Ok mudah pengiraan? maksud x ada bonus tu mcm mana?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.087582 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list