Edited by maklukpenggoda at 29-3-2024 01:27 AM
Bangkok: Parlimen Thailand meluluskan rang undang-undang perkahwinan sejenis sekali gus bakal menjadi negara pertama di Asia Tenggara mengiktiraf kesaksamaan perkahwinan.
Rang undang-undang itu diluluskan selepas menerima 399 undi berbanding 10 di dewan rendah Parlimen negara ini.
Bagaimanapun, ia masih perlu diluluskan oleh Senat dan disahkan oleh Raja sebelum diwartakan sebagai undang-undang.
Rang undang-undang itu antara lain akan menukar rujukan kepada 'lelaki', 'wanita', 'suami' dan 'isteri' dalam undang-undang perkahwinan negara kepada istilah neutral jantina.
Di seluruh Asia, hanya Taiwan dan Nepal yang mengiktiraf perkahwinan sejenis.
|