CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12656|Reply: 18

[Tempatan] Mukhriz: Saya tengok sendiri notis SPRM sebut siasatan ke atas Dr Mahathir

[Copy link]
Post time 1-4-2024 05:24 AM | Show all posts |Read mode
Mukhriz: Saya tengok sendiri notis SPRM sebut siasatan ke atas Dr M

https://www.malaysiakini.com/news/701259

Diterbitkan:  Mar 31, 2024 4:12 PM
Dikemaskini: 4:14 PM



Notis SPRM yang dihantar kepada dua anak Dr Mahathir Mohamad jelas menyatakan bekas perdana menteri itu merupakan subjek siasatan, kata seorang lagi anak lelakinya, Mukhriz.

Tambahnya, notis itu ditandatangani oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki.

“Saya melihat notis yang ditandatangani sendiri oleh Azam Baki selaku ketua pesuruhjaya SPRM kepada kedua-dua abang saya Mirzan dan Mokhzani yang mana di awal notis itu menyebut bahawa siasatan dikenakan ke atas Mahathir.

“Kemudian diperlukan atau pun diarah kedua-dua abang saya ni untuk membuat pengisytiharan harta untuk membantu dalam siasatan," katanya seperti dipetik Malaya Daily.

Tambahnya, adalah membingungkan mengapa SPRM menyiasat anak kepada subjek sebenar siasatan mereka.

Sebelum ini, Mokhzani dan Mirzan memberitahu Bloomberg bahawa bapa mereka adalah sasaran sebenar siasatan SPRM.



Bagaimanapun, Azam menepis dakwaan itu, berkata dia perlu menyemak "fakta" sebelum mengulas kepada media.

Pada Januari, SPRM mengarahkan Mokhzani dan Mirzan mengisytiharkan harta mereka sejak 1981, tahun Mahathir menjadi perdana menteri.

Kedua-duanya diketahui aktif dalam dunia perniagaan dan terkenal mempunyai kekayaan yang besar.

Walaupun ia tidak mendedahkan sejauh mana ahli politik berusia 98 tahun itu disiasat, SPRM berkata siasatan dijalankan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Suruhanjaya itu berkata ia memulakan siasatan pada Ogos 2022 terhadap semua entiti berkaitan yang dinamakan dalam Kertas Pandora, serta Kertas Panama.

Dokumen berkenaan adalah sebahagian daripada siasatan ke atas rekod perniagaan luar pesisir yang didedahkan oleh konsortium kewartawanan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2024 06:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut lah kena siasat... Anak anak tokdet bukan self made billionaires....
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 06:31 AM | Show all posts
jadi dah kenapa?? psl kaum kerabat Tun M.. tk boleh kena siasat ke?
kita rakyat marhaen ni pun biasa je kena quiry dgn LHDN utk tax tahun2 sebelumnya kot tersalah isytihar..
sebab kita ikan bilis.. tkde harta juta-juta..
kalo harta berbillion mmg SPRM lah hadapnya sebab depa nak tau sumber. kaya datang dari mana..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
kena siasat jer ... bkn kena hukuman lg...

sprm nak tau, camna anak2 Tun berjaya jd billionaire...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
So..takda masalah pun kalau anak beranak cucu cicit madey kena siasat dan isytihar harta. Berkaitan kot harta korang
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 01:17 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 1-4-2024 03:15 PM

Buat apa diusut oleh SPRM ...

Maklumilah bahwa memper kaya  anak cucu dan crony  ketika berkuasa adalah sesutu hal yang wajar diterima sejak era empayar melaka .... dan kini sudah menjadi warisan ....

Jadi untok apa diributkan ... jika SPRM nak menyelidikinya .. mungkin X ada satupun  bekas ahli parti politik dan kerajaan yang  X masuk jail di Malaysia ....  
Ingat ... mengekalkan dan menjaga adat istiadat tamadun melayu  adalah kewajiban semua orang anak bangsa melayu mahawangsa..... Malaysia akan kehilangan jati diri dan tamdunnya jika orang melayu berani melupakan warisan  perilaku rasuah dan crony .... ......Hehehehe

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2024 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Pak non kata ade 6kotak bukti mn nye..tunggu dah lama... alih2 naik kecoh pasal ni pulak... X kan asyik nk dgr saya ulang.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
La...still tak ada lagi ka? Kalau tak dpt teruskan mmg tak ada sekelumit punlah wLau nak create pun tak boleh. Ni yg bg i bertambah respect kat Atuk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2024 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 1-4-2024 01:17 PM
Buat apa diusut oleh SPRM ...

Maklumilah bahwa memper kaya  anak cucu dan crony  ketika berkuasa ad ...

bisa diatur pak..pokoknya...pokok kelapa sawit...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 05:24 PM | Show all posts
so...

dah declare ke blom?

Berani kerana salah

takut kerana benar
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Atok sekeluarga pasti sangat menyesal tahap hantuk kepala di bucu katil kenapalah Atok pergi lepaskan banduan jenayah liwat tak mengenang budi ni daripada penjara.... Kalau dibiarkan mereput dalam tu tentulah Atok anak beranak selamat daripada anjing eh anwar... Kan ini benar2 situasi melepaskan anjing tersepit, sudah dilepaskan, tangan orang digigitnya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 09:25 AM | Show all posts
zehra2 replied at 1-4-2024 06:31 AM
jadi dah kenapa?? psl kaum kerabat Tun M.. tk boleh kena siasat ke?
kita rakyat marhaen ni pun biasa ...

kan..takut kerana salah
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Soo?????? Tak leh sebut nama bapak ko???


Kebal???
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Jawab je lah.

Betah.

Rebuttle.

Prove otherwise.


Yg kau dok meratib hiba seantero nusantara  dah kenapa?

Privilege much?
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Dari tahun 98 duk meratib atok itu atok ini, ujong2 dh ada power attack anak atok. Igtkan bila ada power nak release bukti 6 kotak yg digebang seantero dunia….. timbalan PM ad 48 kes prina facie dilepaskan, org yg xde kes prima facie lg gigih dia duk korek….. lawak betholll… atok tu kalo betul ada songlap duit dah lama najib tu sumbat dia dlm jail. What makes u guys think if najib x boleh buat tp bangnon boleh sementelah bangnon PM plg stupid malaysia pernah ada??? Funneehh.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 3-4-2024 10:56 AM
Dari tahun 98 duk meratib atok itu atok ini, ujong2 dh ada power attack anak atok. Igtkan bila ada p ...

2024-1998 = 26 tahun.

Prima facie ponorogo tu akan datang balik 2024+26 = 2050


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2024 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 3-4-2024 10:30 PM
Perwira2022 replied at 1-4-2024 05:25 PM
Atok sekeluarga pasti sangat menyesal tahap hantuk kepala di bucu katil kenapalah Atok pergi lepaska ...


Terpaksa lah lepaskan abg Non, tidak kalu boleh ke atuk naik tahta kali 2... Berape kursi Bersatu  menang PRU 14 dibanding dgn PKR.
Kalu tak salah tak perlu takut, kosser  jadi bangang nak sokong perompak, penyamun khasanah negara demi politik
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 06:58 PM | Show all posts
Siasat je pun...nak takut apa kalau x salah?
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 07:00 PM | Show all posts
Orix replied at 3-4-2024 10:56 AM
Dari tahun 98 duk meratib atok itu atok ini, ujong2 dh ada power attack anak atok. Igtkan bila ada p ...

dari kekayaan anak yg diragui sumbernya

akan membawa kpd enabler sakauan tu..

follow the money..

dapat ler tangkap mastermind


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.819159 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list