CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

[Tempatan] [VIDEO] Nabi pun tidak panggil orang kafir itu kafir – UAI

  [Copy link]
Post time 1-4-2024 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Perkataan kafir pun jd 1 isu yg agak bsr. X phm aku rakyat msia ni. Blm dtg lg perkataan messiah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2024 01:25 PM | Show all posts
kecoh sampai segala mufti dok perli!  bagi saya tok mufti tu pun tak perlu nak ulas2 (tok mupti ni aku perati suka perli pastu dok cakap saya tak sebut nama...imao, tak sebut nama laku dari sudut perundangan, tapi dari sudut niat, beliau terang2 melakukannya).  it's just a figure of speech je pun. saya sendiri pun mengharamkan banyak penggunaan kata2 yang tidak enak di dalam rumah...kerana rumah adalah 'sekolah' pertama anak2.  kalau dibiasakan menyebut sesuatu perkataan yang tidak enak didengar, sudah tentu ianya terbawa2 hingga ke luar rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 02:55 PM | Show all posts
Dulu2 Samy Vellu ja yang tak kisah kena panggil kafir. But now dah jadi slur word macam keling, nigger and lately indon lah.

korang nak ka anak2 korang cakap dalam rumah 'fuck them kafir! Rot in hell' kalau rasa OK teruskanlah

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 03:01 PM | Show all posts
Edited by mamaazim at 1-4-2024 03:19 PM

kita taklah pun panggil kawan2 kita yg bukan islam tu kafir tiba2 kan. tiba2 je kita panggil kafir depan2 muka  tak taulah org lain tp diriku ngan surrounding ku ni tak pernah pulak ku dengar. dalam rumah pun tak pernah lah kalau cakap ngan anak2 pun tiba2 kata dia tu kan org kafir tak lah pulak. selalu akan cakap mcm, la dia bukannye org islam mana dia tau ha gitu jelah. sangat sukar utk saya nampak orang2 islam mengunakan panggilan kafir kepada orang bukan muslim or dlm lebih mudahnya tak pernah pulak saya berhadapan dgn situasi begitu,
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Umat Islam dinasihatkan agar menumpukan masa mereka untuk memanfaatkan baki Ramadan yang ada berbanding menimbulkan lebih banyak polemik mengenai isu perkataan "kafir".
Mufti Wilayah Persekutuan Luqman Abdullah berkata sebarang perbezaan pandangan seharusnya disampaikan dengan cara yang lebih baik.
"Pada Ramadan yang mulia ini, masyarakat dinasihatkan untuk lebih menumpukan kepada ibadah dan tidak menimbulkan banyak polemik yang berpanjangan yang membawa kepada natijah yang tidak baik kepada keharmonian masyarakat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dia mengulas mengenai isu yang tular sejak kelmarin berkaitan kenyataan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek yang didakwa "mengharamkan" penggunaan kalimah kafir di rumah dan dalam kalangan anak-anaknya.
ADS
Jelas Luqman, perkataan kafir merupakan kalimah bahasa Arab dan istilah dalam al-Quran dan hadis bagi menunjukkan perbezaan di antara orang yang beriman dan orang yang kufur kepada Allah SWT.
Katanya ungkapan kafir banyak kali disebut dalam al-Quran dan hadis.
Bagaimanapun, menurut Luqman, penggunaan istilah tersebut dalam konteks interaksi bersama orang bukan Islam boleh berubah mengikut kesesuaian keadaan, tempat dan situasi agar ia lebih harmoni.

Fadhlina Sidek
Katanya lagi, merujuk kepada potongan video ucapan Fadhlina di majlis tertutup itu, adalah tidak adil untuk mana-mana pihak menghukum menteri terbabit tanpa melihat kepada konteks keseluruhan ucapannya.
ADS

"Adalah tidak adil untuk (orang ramai) terus menghukum dan mengeji berasaskan kepada potongan video tanpa melihat kepada konteks keseluruhan yang dimaksudkan dalam ucapan berkenaan.
"Masyarakat perlu mengambil sikap berhati-hati dan cuba mendapat maklumat yang lebih terperinci sebelum membuat sebarang komen," katanya lagi.
Tidak untungkan agama
Semalam, Fadhlina membuat permohonan maaf susulan tularnya klip video pendek dan rekaan poster yang menunjukkan seolah-olah dia menolak penggunaan perkataan "kafir" yang merupakan salah satu ungkapan yang terdapat dalam Islam.
Dia menafikan dakwaan tersebut, yang katanya dibuat di luar konteks sebenar dan menyimpang daripada apa yang dimaksudkan olehnya.
"⁠Saya sebutkan bahawa saya tidak membenarkan anak-anak saya menyebut istilah 'kafir' yang mempunyai konotasi kebencian terhadap warga non-Muslim yang hidup bersama-sama dalam negara tercinta," jelas Fadhlina.
Turut terlibat dalam polemik tersebut ialah Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin yang menegaskan, seseorang yang mengharamkan perkataan kafir sama seperti mengharamkan al-Quran dan sunnah.
Namun reaksi pantas Mohd Asri mendapat pelbagai reaksi termasuk dalam kalangan ahli agama yang menasihatkan dia agar melihat konteks ucapan Fahdlina terlebih dulu.
Luqman berkata sikap sindir-menyindir, menggunakan kata-kata kesat dan tuduh menuduh di media sosial tidak akan menguntungkan umat Islam.
Justeru, tegasnya, semua pihak perlu berhati-hati dan tidak membuat kenyataan yang boleh menimbulkan salah faham serta membuka ruang kepada fitnah.
"Penggunaan istilah-istilah hukum-hakam agama tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya untuk tujuan kepentingan tertentu yang tidak berasaskan kepada asas ilmu Islam yang sebenar," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda ni tak jadi isu kalau orang biasa2 sebut. Tapi apabila seorang menteri pendidikan yg ada track record terlalu  menjaga hati tuan2 kafir dia, maka jadilah polemik. Kapasiti dia sebagai menteri pendidikan berpengaruh besar dan ada impak untuk mengembangkan fahaman pluralisme agama, terutama di kalangan generasi muda di bangku2 sekolah.

Kalau setakat orang biasa je sebut haramkan perkataan kafir, tak jadi hal sangat.

Dr MAZA tulis:

POLEMIK PERKATAAN KAFIR: ANTARA FAKTA DAN AUTA

1. Dalam Negara Malaysia, sudah menjadi cara hidup orang Islam dalam bergaulan dengan bukan muslim sejak dahulu, tidak memanggil ‘hai kafir’. Majlis-majlis rasmi, tidak rasmi, dakwah dan apa sahaja memanggil mereka yang tidak menganut Islam sebagai ‘bukan muslim/Islam’, ‘penganut agama lain’, atau ‘bukan Melayu’. Hanya dalam konteks akidah sahaja, perkataan kafir digunakan bagi merujuk perbezaan akidah, bukan sebagai satu panggilan. Jika ada yang memanggil secara berhadapan ‘hai kafir!’ itu tersasar dari yang asal dan sangat sukar berlaku melainkan dalam konteks pergaduhan atau hilang pertimbangan. Tiada siapapun dalam negara ini menyuruh memanggil mereka yang berlainan agama ‘hai kafir’ ketika bergaul dan berdialog. Tidak perlu sesiapa pun menimbulkan isu dalam perkara ini.

2. Justeru, kempen agar tidak wajar muslim memanggil orang bukan muslim sebagai ‘wahai kafir!’ ketika berurusan adalah tidak realistik dalam masyarakat Malaysia. Ia seakan memberikan persepsi buruk yang tidak wujud kepada masyarakat muslim yang sangat toleran dalam negara ini. Ia membohongi sikap baik yang sedia ditunjukkan oleh masyarakat muslim, seakan orang muslim di Malaysia memilih panggilan yang tidak sesuai kepada masyarakat bukan muslim ketika berinteraksi, padahal itu tidak berlaku.

3. Dalam masa yang sama, kita perlu sedar bahawa usaha menghapuskan beberapa perkataan asas dalam akidah Islam sedang berlaku di peringkat antarabangsa. Sesiapa yang mengikuti perkembangan aliran pemikiran akan memahami hal ini. Dahulu, kalimat jihad dianggap sebagai ganas sehingga ramai yang takut menyebutnya. Bahkan dituduh pelampau dan pengganas sesiapa yang menggunakannya. Hari ini perkataan ‘kafir, syirik, murtad, Islam agama yang benar, syurga untuk mukmin dan seumpamanya dianggap sebagai liar dan merosakkan masyarakat. Kempen agar percaya semua agama nilainya sama di sisi Allah giat dilaksanakan di pelbagai peringkat di dunia ini. Tidak mustahil akan tiba masanya nanti, semua perkataan itu diHARAMkan di tempat-tempat rasmi, pejabat kerajaan, sekolah, tempat awam dan lain-lain. Konteks akademik dan klasifikasi akidah juga akan ditolak. Maka, masyarakat muslim yang sedar tentang hal ini mempunyai alasan untuk bimbang dengan isu ini.

4. Video yang tersebar di Malaysia tentang isu ini membabitkan pihak yang menguruskan politik negara dan pendidikan secara langsung. Latar pengucapnya seorang yang memahami pengaruh perkataan terhadap makna dan undang-undang. Ungkapan yang digunakan HARAM perkataan kafir di RUMAH. Kemudian percakapan selepas itu berkaitan dengan undi.

5. Jika beliau menyebut pengharaman itu di jalan atau di sekolah atau di tempat awam dan anaknya pula ada kecenderungan memanggil orang bukan muslim ‘kafir’, bolehlah cuba difahami maksudnya. Itupun ganjil kerana ia bukan tabiat masyarakat muslim Malaysia demikian. Namun, apabila disebutkan ‘di rumah’, maka amat pelik, apakah ada kecenderungan dalam keluarga memanggil sesama sendiri ‘kafir’?!

6. Ada yang cuba mempertahankan dengan menyatakan ia sama dengan ibubapa mengharamkan perkataan babi atau celaka di rumah. Itu bukan bererti mengharamkan ayat al-Quran. Itu kias yang jauh. Perkataan ‘babi’ atau ‘celaka’ biasa digunakan oleh anak-anak yang tiada asuhan baik sebagai kalimat untuk memaki hamun. Soalannya, apakah perkataan ‘kafir’ menjadi perkataan maki hamun dalam sesebuah sehingga perlu diharamkan sebutannya?! Ganjil benar jika ada keluarga yang demikian rupa. Dalam keluarga muslim, kalimah ‘kafir’ itu biasanya digunakan bagi menerangkan perkara akidah dan maksud ayat al-Quran dan hadis.

7. Melarang menggunakan perkataan kafir secara salah, sangat berbeza dengan mengHARAMkan perkataan itu disebut. Jika seseorang yang tiada pendidikan atau bolos kehidupannya, mungkin boleh diagak keceluparan itu. Namun, seseorang yang berstatus ‘menteri’ amat menggusarkan apatahlagi di masa dia memegang pendidikan negara. Ada yang menyatakan video itu tidak lengkap. Jika benar dakwaan itu, maka, sila tunjukkan yang lengkap untuk rakyat faham. Dibimbangi jika yang lengkap ditunjukkan, banyak lagi hal lain yang muncul. Jawapan beliau dalam isu ini amat ganjil.

8. Kenapa hal ini hendak dihalusi? Jawapannya, kerana kedudukannya dalam polisi pendidikan negara kita. Kebingungan kita kadang-kala untuk memahami beberapa isu seperti mengapa ada hal-hal yang membabitkan Umat Islam kelihatan bermasalah (seperti ucapan beliau di Parlimen berhubung takbir dan qunut nazilah) kononnya bagi menjaga sensitiviti semua pihak tetapi untuk anak-anak bukan muslim makan di kantin terbuka diperjuangkan habis-habisan. Tidakkah anak-anak bukan muslim juga perlu diajar menghormati adat dan budaya masyarakat majoriti di negara ini. Atas dasar menjaga sensitiviti semua, ajarlah mereka cara hidup dalam masyarakat majmuk. Selama ini tiada masalah pun perkara itu, tiba-tiba dimunculkan sebagai masalah. Apakah semua ini ada kaitan dengan cara fikir yang sedang dikandung?

9. Ada juga yang cuba menggunakan hujah kata-kata Dr al-Qaradawi. Jika mereka memang membaca buku Dr. al-Qaradawi, perkataan ‘kafir, kufur, syirik, musyrik banyak sekali disebut dalam karya beliau. Apakah mereka hendak haramkan buku-buku al-Qaradawi di rumah mereka?! Apa yang al-Qaradawi sebut ialah konteks penggunaan bukan pengharaman perkataan. Jangan salahguna hujah!

10. Sikap sesetengah pihak yang melampau dalam beberapa isu seperti suka mengkafirkan, tidak menjadi lessen untuk diharamkan  perkataan itu yang disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah.

11. Bayangkan jika video itu tidak dikritik. Sudah banyak bulan ia beredar, tiada jawapan sekalipun beberapa pihak telah membantah. Setelah desakan kuat, barulah ditimbulkan kononnya ada konteks yang tersendiri. Itupun sangat ganjil. Maka, masyarakat muslim berhak membantah kerana ia boleh membawa maksud yang sangat salah. Ini termasuk al-Amr bi al-Ma’ruf dan al-Nahy ‘an al-Munkar.

12. Penyelesaiannya, perbetulkan ucapan itu. Jangan sebut video tidak penuh, nanti masyarakat muslim akan minta video penuh. Bimbang, banyak hal lain mungkin akan timbul. Beritahu sahaja, ada kesilapan dalam ucapan tersebut.

13. Kepada para pembela beliau, isu ini bukan kritikan kepada kerajaan tetapi kepada kesilapan individu dalam kerajaan. Jika kerajaan mempertahankan, maka barulah dinilaikan sebagai kesilapan kerajaan.

14. Akhrinya, negara ini memerlukan mereka yang berkelayakan menguruskan pendidikan negara. Pendidikan merangkumi anak-anak muslim dan bukan muslim. Bukan sensitiviti bukan muslim diambil kira, sensitiviti muslim juga perlu diambil kira.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2024 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku x faham lah ..sejak bila kafir tu panggilan yg buruk? Sapa kata. Kafir tu just bermaksud bukan Islam. Suka hatilah nk guna ke tak. Sama saja kalau nk panggil non Muslim..atau bukan Islam.. adakah dgn panggil kafir tu maksudnya 100 % belum beriman Dan panggil non Muslim jatuh 40% x beriman?

Hello..tak beriman  = Tak beriman lah..simple sahaja ..x de maknanya bila panggil.non Muslim.akan jadik lembut balasan dlm neraka ..as simple as that.

Sbb tu dlm Quran dh ada surah kafirun..jelas Dan nyata..

Si Fadhlina tu ingat bila panggil non muslim kalau mati boleh kurang seksa neraka ? Boleh lembut seksa neraka..dah kalau org kafir tu x sentap kita panggil dia kafir..yg melayu Islam nk sentap kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
What people forget ialah..kafir harbi n kafir zimmi.
Ni yg patut diketengahkan..

So kalau ko panggil non Muslim tapi perangai dia jahat nk mampus ..patut Kita perangai..so kita panggil dia non Muslim wajib diperangi? Better lagi panggil kafir harbi.. ???? lembut sikit bunyiknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2024 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 1-4-2024 03:41 PM
Mungkin maksud dia haramkan anak daripada tohmah atau maki orang dengan perkataan kafir tu. Kalau  ...

Masalahnya kafir tu bukan perkataan buruk pun..hanyalahg perkataan bahasa Arab.. dh kenapa takut sgt dgn perkataan Arab? Fadhlina nj tunjuk baik tapi backfire ...dia sendiri yg merasakan perkataan tu ada konotasi buruk...pastu sibuk nk imply to others..ehh .terpaling lunak dgn kafir kekdahnya or sekadar takut org kafir x undi dia?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 06:54 PM | Show all posts
Perwira2022 replied at 1-4-2024 06:18 PM
Benda ni tak jadi isu kalau orang biasa2 sebut. Tapi apabila seorang menteri pendidikan yg ada track ...

amanah eddy awe 1981 cam ner?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 06:58 PM | Show all posts
tawaduk..

anggap orang lain lebih baik dari kita..

antaranya

jgn pandang rendah dgn non muslim

sbb..

mungkin satu hari nnt Allah SWT bagi hidayah kat dia untuk peluk Islam

masalah kat Mesia ni..

pentaksub2 parti politik tertentu manipulate perkataan kafir

untuk takut takutkan orang ramai supaya x undi parti2 lain

  
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
csham replied at 1-4-2024 06:39 PM
Masalahnya kafir tu bukan perkataan buruk pun..hanyalahg perkataan bahasa Arab.. dh kenapa takut s ...

Dalam konteks Malaysia dia ada konotasi yang tak berapa elok dan ramai orang bukan Islam berasa terhina tatkala orang yang memanggilnya dengan gelaran kafir di sini berbuat demikian dengan maksud menghina. Malahan sesama Islam pun kafir mengkafir dan menyebabkan perkataan itu membawa implikasi tak baik. Contoh lain perkataan negro kalau di negara2 Amerika selatan, negro hanyalah bermakna hitam. Tapi kalau di Amerika Syarikat, negro tu perkataan yang terlarang sebab sangat menghina dan membawa konotasi sejarah yang tak baik.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 1-4-2024 07:02 PM
Dalam konteks Malaysia dia ada konotasi yang tak berapa elok dan ramai orang bukan Islam berasa te ...

Oklah boleh terima panggilan kafir ni boleh menyinggung sesetengah orang bukan Islam di Malaysia.

Tapi kat dalam rumah si Fadhlina ni ada anak dia yg kafir ke? Atau suami dia kafir? Atau YB ni sendiri kafir? Aku rasa seisi keluarga dia Muslim. So apa hal yg sampai nak kena haramkan perkataan kafir dalam rumah dia?

Nampak tak maksud aku?

Maksudnya YB ni haramkan perkataan kafir tu bukan semata2 dalam konteks interaksi & percakapan dgn non Muslim. Tapi  hakikatnya dia anti perkataan kafir tu lebih dari itu... Senang citer kita cakap terus terang ajelah, selain mentaliti terlalu nak jaga hati penganut agama lain yg menjadi penyumbang terbesar undi PH, si Fadhlina & suku sakat Muslim dalam PH ni ramai yg dah dijangkiti fahaman pluralisme. Mungkin mereka sendiri tak sedar benda ni. Sebab tu DR MAZA kata benda ni memberi gambaran aqidah seseorang.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 1-4-2024 07:23 AM
Terhadap bukan Islam, tak  boleh bagi gelaran yg kasar. Kononnya kena rahmah, lemah lembut, sopan. ...

Panggil je komunis bintang tiga.





Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
csham replied at 1-4-2024 10:39 AM
Masalahnya kafir tu bukan perkataan buruk pun..hanyalahg perkataan bahasa Arab.. dh kenapa takut s ...

Dia emotional tak sesuai jadi politician dan menteri. Benda kecik jadi isu besar.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 1-4-2024 07:56 PM
Oklah boleh terima panggilan kafir ni boleh menyinggung sesetengah orang bukan Islam di Malaysia.
...

Maksudnya dia tegah anak2 dia biasakan guna perkataan kafir dalam konteks yang derogatory supaya tak terbawak2 kat luar. Bukan tegah penggunaan perkataan tu sebab ada orang bukan Islam dalam rumah tu akan tersinggung. Ada sesetengah orang, dia biasa guna perkataan yang tak berapa manis walaupun tak berniat buruk. Ada orang dewasa kata keling gas dah sampai, budak gemuk jalan sebelah bawak kuih, si botak rumah belakang tengah sidai kain. Ada kawan India saya pergi makan kat food court mall, tiba2 ada budak Melayu meja sebelah kata, mak, ada keling mak, sambil tunjuk2 kat kawan tu. So kalau kita tegah semua tu kat rumah, anak2 akan membesar tanpa atau kurang prejudis2 yang ditanam dari rumah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2024 08:53 PM | Show all posts
csham replied at 1-4-2024 06:39 PM
Masalahnya kafir tu bukan perkataan buruk pun..hanyalahg perkataan bahasa Arab.. dh kenapa takut s ...

Cer bagi contoh ayat menggunakan perkataan kafir tapi bermaksud baik boleh?



Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lightheaded67 at 1-4-2024 09:22 PM

tak aku tak paham, siapa yg mula kepo kan isu perkataan kafir acik fadhlina ckp ni? cth mcm stokin Allah tu yg mula non muslim ah kan (kilang deme sgala), so muslim melesia kepo. yg fadhlina ckp ni, acik non muslim ke yg kasi mula??? haha aku nk tgelak jap. sbb hritu berdego dego ckp kita ummah melayu muslim ummah yg cepat terasa. takkan bab ni deme nk terasa hati. aku tak rasa non muslim heran. ke acik2 melayu yg mula kepo bab pkataan kapir ni, ini smua goreng. baru april acik2 oi,bnyk nye lah drama (kalo jumpe babi dgn org yg bermuka muka korang nk ketuk yg mana satu dulu, kesian babi di jadikan contoh disama dgn org muka2)
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 1-4-2024 12:59 PM
Panggil je komunis bintang tiga.

Pru 16 dorang  kalah boleh praktis masuk hutan semula
Xde ke menteri ke sape2 sound suruh bertenang dgn
Panggilan kafir
Serupa mcm depa suruh bertenang isu stokin hina allah tu hari
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
miss_white replied at 1-4-2024 09:26 PM
Pru 16 dorang  kalah boleh praktis masuk hutan semula
Xde ke menteri ke sape2 sound suruh bertenan ...

Komunis xde agama. Mmg sah kafir.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.090199 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list