Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah yang akan dibayar pada Jumaat ini. - Foto fail NSTP
PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah yang akan dibayar pada Jumaat ini.
Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersetuju menyalurkan BKK Aidilfitri kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.
"Jadi hari ini, bersamaan 21 Ramadan 1445, saya umumkan, kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.
"Sebanyak RM250 BKK Aidilfitri kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen, insya-Allah saya sudah maklumkan kepada Perbendaharaan supaya BKK Aidilfitri disalurkan mulai Jumaat ini, 5 April 2024," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di PUSPANITAPURI, hari ini.
Kerajaan umum duit raya RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah
Edited by antikorok at 1-4-2024 11:17 AM
Kerajaan umum duit raya RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah
Nursyazwani Saiful Sham
April 1, 2024 09:40 MYT
Perdana Menteri turut mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM250 kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.
PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah yang akan dibayar pada Jumaat ini.
Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersetuju menyalurkan BKK Aidilfitri kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.
"Jadi hari ini, bersamaan 21 Ramadan 1445, saya umumkan, kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.
"Sebanyak RM250 BKK Aidilfitri kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen, insya-Allah saya sudah maklumkan kepada Perbendaharaan supaya BKK Aidilfitri disalurkan mulai Jumaat ini, 5 April 2024," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di PUSPANITAPURI, pada Isnin.
Pada 15 Mac lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengulangi gesaan supaya kerajaan memberikan bantuan khas kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara.
Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, pihaknya berharap Perdana Menteri meneruskan tradisi pemberian bantuan itu yang dilaksanakan sejak 10 tahun lepas.
Insentif itu, katanya, bukan sahaja memberi manfaat kepada penjawat awam, malah melegakan kelompok peniaga.
Post time 1-4-2024 10:16 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by belilies at 1-4-2024 10:17 AM
Dlm artikel tu kata peniaga yg komplen org gomen takda purchasing power bila niaga tak laku. Weols terima ngan tangan terbuka. Ada portion tu nanti iols nak beli buah tangan utk colleagues yg beragama muslim
Post time 1-4-2024 10:19 AMFrom the mobile phone|Show all posts
zehra2 replied at 1-4-2024 10:13 AM
wahhh.. bertambah² rumah.yg buat.opem house nanti.
Pada i tak payah la buat open house tu ..setakat dpt rm500 je..kalau betul sgt nak bersedekah bagi je kat gaza tu....buat open house dok jamu org msia yg mostly dh overweight...
Post time 1-4-2024 10:22 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Laaa baru nk bagi ke...patut bagi last week la sblm event Absolute Fest kt mitec, Star Vendor kt klcc sume tu...bleh la acik2 gomen shopping 66 jam non stop smpi lebam