CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5207|Reply: 13

[Tempatan] Kami tak arah tutup karnival, kata exco selepas video Azwan Ali menari

[Copy link]
Post time 1-4-2024 01:50 PM | Show all posts |Read mode
Kami tak arah tutup karnival, kata exco selepas video Azwan Ali menari

https://www.freemalaysiatoday.co ... o-azwan-ali-menari/

FMT Reporters
01 Apr 2024, 11:31 AM


Exco Kedah, Mansor Zakaria berkata, penganjur yang memilih menutup sepenuhnya Karnival Fiesta Raya Baling 2024. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Penganjur yang memutuskan menutup sepenuhnya Karnival Fiesta Raya Baling 2024, bukannya kerajaan negeri, kata Exco Kedah, Mansor Zakaria.

“Pilihan kepada penganjur, bukan paksaan untuk tutup karnival berkenaan. Kerajaan negeri hanya menegur dan minta hentikan aktiviti tidak bersesuaian dengan Ramadan saja.

“Kita tegaskan kepada penganjur hentikan pengisian program yang tidak sihat seperti hiburan, bukannya tutup ekspo itu,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata demikian susulan video tular menunjukkan selebriti Azwan Ali bersama beberapa lelaki menari ala dangdut di atas pentas yang dikecam warganet kerana berlaku pada bulan Ramadan, manakala peniaga pula menangis karnival itu ditutup kerana didakwa mengalami kerugian.

Susulan itu, penganjur Karnival Fiesta Raya Baling 2024, Maju Kedah Resources memohon maaf dan berkata persembahan itu di luar jangkaan pihaknya kerana ia tiada dalam atur cara program.

Katanya, mereka menerima teguran Adun Bayu, Mohd Taufik Yaacob dan menutup Fiesta Raya Baling 2024 atas dasar tanggungjawab terhadap insiden itu.

Mansor berkata, beliau bersimpati dengan peniaga dan percaya penganjur mengambil keputusan menutup karnival itu selepas meneliti beberapa kriteria, termasuk lokasi penganjuran kurang mendapat sambutan.

“Kita simpati terhadap peniaga, namun penganjur sepatutnya tahu batas-batas kerana kita sudah tegaskan, malah surat arahan pihak berkuasa tempatan kepada penganjur untuk hormati Ramadan.”

Beliau berharap Menteri Besar, Sanusi Md Nor tidak diheret dalam isu itu.

“Selaku exco berkaitan, saya mohon maaf atas apa yang berlaku dan mengambil tanggungjawab kerana isu ini di bawah portfolio saya.”

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2024 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Minta ganti rugi pada penganjurlah
Senang..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 1-4-2024 02:21 PM

Baru je lepas kontroversi buat konsert campoq jantan betina mlm Nisfu Syaaban..ni buat lagi konsert lagho bebulan posa...syabas org kedah sbb undi Pas..membangun bersamo isle sangatt
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 02:38 PM | Show all posts
banyak isu buruk melanda sanusi di kedah.
1. kes tak bayar gaji pekerja 9 bulan
2. kes gadoh dgn staff mbi
3. kes kena saman dgn syarikat cari gali 200 juta
4. kes tak siap litar spt dijanjikan
5. kes penganjur shut down aktiviti bazaar gara2 diva aa dgn vendor alami kerugian besar

semua telah berjaya dicover dek netizen fokus atas fadhlina. pandai lobai main perang saraf. nusi hanya perlu diam jek, so rmi akan beralih tiang gol.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Teruknya gomen kedah ni
Saja lettew nk blame peganjur..mana ada penganjur yg nak rugi dlm bisnes
Lps ni dah tak payah la buat any bisnes activity kt negeri2 lebai
Menyusahkan je
Biar hancur ekonomi negeri2 lebai
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 1-4-2024 11:40 AM
cmf_premierleag replied at 1-4-2024 05:15 AM
Teruknya gomen kedah ni
Saja lettew nk blame peganjur..mana ada penganjur yg nak rugi dlm bisnes
Lps ...

  

  

  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2024 02:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by airfilterkotor at 2-4-2024 10:57 AM
Mansor berkata, beliau bersimpati dengan peniaga dan percaya penganjur mengambil keputusan menutup karnival itu selepas meneliti beberapa kriteria, termasuk lokasi penganjuran kurang mendapat sambutan.

Ok, yang ni pelik.
Dimanakah rasionalnya jika acara yg sedang berlangsung, tapi bila penganjur dapati acara tiada sambutan, shut down terus on da spot.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 03:19 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 1-4-2024 05:15 PM
Teruknya gomen kedah ni
Saja lettew nk blame peganjur..mana ada penganjur yg nak rugi dlm bisnes
Lps ...


Slalu pnganjur dh dapt full payment sebelum event start lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2024 09:28 AM | Show all posts
Setelah aku baca artikel berita ni aku rasa alasan kata penganjur suruh tutup tu susah untuk dipercayai ianya bukan arahan politician. malah pada aku, ini adalah tindakan extreme collective punitive. biasa berlaku dikalangan mereka yang merasa mereka ada full and uncontested authority. konon niat nak beri pengajaran tapi lebih kepada abuse power especially kepada mereka yang powerless to retaliate. biasa berlaku kat sekolah hatta kat rumah pun bila berlaku sesuatu insiden maka abuser ni akan buat rulling persis seorang dictator untuk tunjuk kuasa seolah dia berlaku adil dan tegas padahal buta dan jahil dalam menghukum. keputusan kadang kala tidak memberi kesan kepada pelaku tapi orang sekeliling yang lebih menanggung akibat. lagi jelek bila alasan karut turut diberikan untuk menutup atau mengabsahkan kesilapan mereka dalam menghukum.

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 09:33 AM | Show all posts
Edited by malarky at 2-4-2024 09:37 AM
airfilterkotor replied at 2-4-2024 02:55 AM
"Mansor berkata, beliau bersimpati dengan peniaga dan percaya penganjur mengambil keputusan menutup  ...

sebab tu aku tak percaya bila mereka kata kerajaan negeri tak campur tangan. kalau sungguh takdak sambutan pun tentu depa akan bukak jugak sampai habih bulan. aku lebih percaya bahawa tekanan diberikan untuk tutup sebab puak2 power abuser ni nak tunjuk bahawa tindakan mereka ni adalah untuk mencegah kemungkaran tapi sebenarnya menganiayai dan menindas golongan powerless dan lebih buruk lagi guna alasan agama.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
sashasam replied at 1-4-2024 02:38 PM
banyak isu buruk melanda sanusi di kedah.
1. kes tak bayar gaji pekerja 9 bulan
2. kes gadoh dgn sta ...

Geli je kunun sbg calon next pm kata walaun. Padah mmgata MB Selangor, rupanya kau 10x hauk
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 11:00 AM | Show all posts
malarky replied at 2-4-2024 09:33 AM
sebab tu aku tak percaya bila mereka kata kerajaan negeri tak campur tangan. kalau sungguh takdak s ...

Kann...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 09:22 AM | Show all posts
menggeletis
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 09:41 AM | Show all posts
awat semua salahkan kerajaan negeri
Azwan Ali tu punca permasalahannya
kalau dia tiada, ekspo jalan cantik je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.564760 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list