CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6830|Reply: 41

[Tempatan] Tengku Permaisuri Selangor tidak setuju tangkap lupus anjing terbiar

  [Copy link]
Post time 1-4-2024 04:34 PM | Show all posts |Read mode
Tengku Permaisuri Selangor tidak setuju tangkap lupus anjing terbiar

https://www.sinarharian.com.my/a ... upus-anjing-terbiar

Oleh
NORAFIZA JAAFAR
01 April 2024 03:20pm


Tengku Permaisuri Norashikin berulang kali menekankan tidak bersetuju pendekatan tangkap dan lupus dilakukan PBT. Foto: FB Selangor Royal Office.

SHAH ALAM - Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan rasa dukacita berkenaan perkembangan operasi penangkapan anjing berkeliaran khususnya di Selangor.

Baginda bertitah, telah berulang kali menekankan tidak bersetuju dengan pendekatan tangkap dan lupus dilakukan pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk yang tular membabitkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Sebagai Penaung Diraja bagi kempen Stray Free Selangor (SFS) di bawah Persatuan Pencegahan Kezaliman Terhadap Haiwan (SPCA) Selangor, baginda mahu PBT memperinci semula pendekatan baharu yang lebih holistik dalam menguruskan anjing-anjing terbiar.

"Saya percaya banyak lagi kaedah lain yang boleh diguna pakai untuk membendung masalah ini termasuk pemandulan (neuter).

"Saya pernah mencadangkan sebelum ini agar usaha memelihara kebajikan dan mengurangkan bilangan haiwan-haiwan terbiar ini dipergiat menerusi kempen Create Caring and Compassionate Communities (CCC).

"Kempen CCC antaranya menggariskan beberapa inisiatif utama melibatkan kerjasama di antara PBT dengan SPCA dalam mengendalikan sesi-sesi Responsible Pet Ownerships (RPO) bersama penduduk.

"Ini termasuk mendapatkan khidmat nasihat dan pemantauan daripada SPCA dan NGO sekiranya wujud keperluan untuk melupuskan haiwan-haiwan terbiar ini di atas sebab kesihatan atau sebagainya," titah baginda menerusi kenyataan dikeluarkan Istana Alam Shah pada Isnin.

Baginda turut mencadangkan, PBT boleh mewujudkan rumah perlindungan haiwan terbiar bagi setiap taman perumahan dengan kerjasama penduduk-penduduk yang sayangkan haiwan.

Selain itu, PBT juga wajar mewajibkan pemaju perumahan untuk membina atau menyediakan pusat perlindungan seumpamanya.

Tengku Permaisuri Norashikin bertitah, ketika ini, SPCA Selangor Bersama Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia, Persatuan Perubatan Veterinar Malaysia (MAVMA) dan Persatuan Veterinar Haiwan Kesayangan Malaysia (MSAVA) giat mengadakan program pemandulan kucing dan anjing.

"Sejak dimulakan pada Mac 2023, sejumlah 1,626 ekor haiwan telah dimandulkan menerusi program ini, sebagai usaha mengurangkan populasi haiwan terbiar.

"Saya juga berpendapat sudah tiba masa untuk pihak berwajib meneliti semula Pekeliling Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Bilangan 5 Tahun 2014 mengenai Tatacara Operasi Piawaian (SOP) Penangkapan dan Pelupusan Anjing Terbiar di kawasan PBT agar lebih relevan dengan situasi semasa.

"Saya benar-benar berharap usaha-usaha untuk menjaga kebajikan haiwan-haiwan terbiar ini akan berterusan dan tidak sekadar melepas batuk di tangga sahaja," titahnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2024 06:21 PM | Show all posts
sheols memang dah bertudung penuh ke chuols? iols suka tengok sheols free hair sebab cantik sangat dan nampak fresh
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 1-4-2024 06:21 PM
sheols memang dah bertudung penuh ke chuols? iols suka tengok sheols free hair sebab cantik sangat d ...

Sejak balik haji ritu kan

Macik setuju
Rambut sheols cantik
Kalau sheols pakai jeans dengan kemeja
Helokkkk
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
aku setuju je
sbb ada nenek kwsn umah aku tu kena gigit hanjing terbiar
nenek tu chinese duk kawasan chinese suka biarkan anjing merayap pastu jadi tak bertuan
lagi2 kalau dah tua lagi la duduk je la dijalanan hanjing2 tu

bila orang lalu menyalak
yang naik motor dikejar

bila dah terbiar tuan dah xnak sbb x comel mcm time puppy dulu2
dibiarlah hanjing2 tu
last2 mengganas
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
sapa2 yang nak bela binatang seharusnya kena register
and kena ensure jaga binatang2 ni

mungkin kena update kalau hanjing tu mati atau hilang
and pihak tertentu ada hak nak visit and ask for update ke hapa ke
xpun diorang willingly kena bawa binatang peliharaan kat tmpt tertentu untuk suatu jangka masa tertentu

ini tak bila xnak campak and buang
pastu mengganggu keamanan dan ekosistem

hapaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
damian_lee replied at 1-4-2024 07:21 PM
sapa2 yang nak bela binatang seharusnya kena register
and kena ensure jaga binatang2 ni


Setuju tang register tu. Klau berlaku apa2, owner dipertanggungjawabkan. Esp anjing. Mana yg anjing liar tu ok lah kot utk tangkap dan dilupuskan sbb bahaya dan boleh sebar penyakit. Cuma kucing la, maybe ada pusat jagaan transit sementara utk dptkan keluarga angkat baru

Kat area perumahan SG skrg ni byk kes tangkap kucing pastu jual kat vietnam sbb depa makan kucing. Kesian sgt. Kadang kucen tlepas keluar kejap je, tp kena tangkap n jual. Kucing jenis mahal pulak tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2024 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 1-4-2024 06:21 PM
sheols memang dah bertudung penuh ke chuols? iols suka tengok sheols free hair sebab cantik sangat d ...

Pakai tudung nampak tembam.

Dia cantik kalau freehair....otherwise jangan ikat tudung ketat sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
masalahnya duit ja. sapa yg nk supply duit nk jaga anjing2 ni semua secara berkala. nak neuter pun kos juga. mereka ni berbhaya sbb boleh cederakan manusia. huhu. gomen nk jaga manusia pun x
mampu, apatah lg nk bg peruntukan khas utk anjing terbiar. semua subsidi pun dah tarik. cumanya i x stuju kalau org nk zalim dgn anjing sengaja pukul atau cederakan. kalau put them to sleep tu harap guna cara yg paling x menyakitkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2024 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
apa benda plak..aku setuju je kasi injek mati anjing2 liar ni...yg mana tak reti jaga anjing main lepas je luar rumah pun patut kasi cucuk bg mati gak...

semak anjing2 ni berak merata2...menyalak kejar orang...

kat kawasan perindustrian lg teruk... cina kdg2 bela anjing nk jaga kilang, lepas siap kilang tu dia campak je anjing tu merata2 sampai branak pinak
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 07:53 AM | Show all posts
semoga dia fund kan subsidi penuh mandul kucing anjing liar.... kucing dah mandul kurang gaduh/agresif nya, anjing pun sama la kot...

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 07:56 AM | Show all posts


kos pakai cukai rakyat ke? so, kena bayar cukai lebih
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku dah pernah bagi cadangan paling genius tapi macam biasalah ramai yg bangang & berfikir guna emosi dan hawa nafsu mengatasi akal rasional dan saintifik.

Cadangan aku anjing & kucing terbiar ditangkap, dimatikan dan diproses menjadi makanan haiwan karnivor di zoo. Dengan itu kita dapat menyelesaikan beberapa masalah serentak. Iaitu masalah anjing kucing terbiar dan masalah dana makanan haiwan zoo.

Proses tangkap dan euthanize anjing & kucing tu boleh saja dibuat dengan sehumane yang boleh. Dengan SOP dan syarat yg ketat.

Takde beza pun kita tangkap dan sembelih ayam, lembu, kerbau, babi dan sebagainya utk dimakan manusia. Semuanya atas tujuan yg benar dan kemaslahatan yg perlu.

Takde beza pun dengan kita bunuh nyamuk, ular, tikus, gagak, ulat sampah,semut dan sebagainya. Semua itu adalah binatang & makhluk Allah juga. Namun agama membenarkan dihapuskan jika ada keperluan yg benar dan dengan cara yg baik lagi berperikemanusiaan.

So kenapa perlu double standard terhadap anjing dan kucing? Hanya semata-mata dua makhluk ni lebih comel & adorable?

Itulah aku kata, jangan berfikir guna emosi semata-mata. Berfikir guna akal rasional berpandukan agama dengan method saintifik untuk mengurus kehidupan umat manusia yg kompleks.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 10:13 AM | Show all posts
Perwira2022 replied at 2-4-2024 08:03 AM
Aku dah pernah bagi cadangan paling genius tapi macam biasalah ramai yg bangang & berfikir guna emos ...

win-win kan
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 10:34 AM | Show all posts
org xnk mandulkan last2 lupus mati juga,
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 10:38 AM | Show all posts
Perwira2022 replied at 2-4-2024 08:03 AM
Aku dah pernah bagi cadangan paling genius tapi macam biasalah ramai yg bangang & berfikir guna emos ...

mcm kejam sgt je,tp hakikatnya dari lupus tanam mcm tu baik bg ke zoo, agak bernas sebenarnya idea ni cuma akan dpt tentangan dari pecinta haiwan,
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Padanlah bersepah anjing di klang ni bkn pbt tk buat keje tp ade yg halang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2024 04:11 PM | Show all posts
Perwira2022 replied at 2-4-2024 08:03 AM
Aku dah pernah bagi cadangan paling genius tapi macam biasalah ramai yg bangang & berfikir guna emos ...

ok, cuma fitrah dan pandangan orang tu...

kucing n anjing ni haiwan peliharaan, tak sepatutnya bagi sebagai makanan...

lepas tu, orang2 kt zoo ni pun memilih sebenarnya...

tahun2 lepas masa covid19 kan tak cukup makanan, pastu kastam rampas daging lembu/kerbau yg diragui status halal... ramai orang komen suh bagi ke zoo je, orang zoo plak cakap takleh bagi suka2, kena check dulu daging tu ok ke tak, sampai piawaian ler hape


Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 2-4-2024 08:03 AM
Aku dah pernah bagi cadangan paling genius tapi macam biasalah ramai yg bangang & berfikir guna emos ...

"kalo boleh nak 'daging PATI' la..."-Pak Belang
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tangkap lupus aje la. Bukan hewan spisis terancam pun.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Naseb baek ade kuin baek..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.075093 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list