CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10259|Reply: 41

[Tempatan] Peniaga mercun pening kepala, kiri kanan ada pesaing

[Copy link]
Post time 2-4-2024 08:50 AM | Show all posts |Read mode
Peniaga mercun pening kepala, kiri kanan ada pesaing

https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... -kanan-ada-pesaing/

Oleh FATIN FILZATI BADRUL
2 April 2024, 8:11 am


Selain persaingan, harga mercun dan bunga api yang dijual lebih tinggi antara faktor jualan peniaga merosot.

PETALING JAYA – Bisnes menjual mercun dan bunga api yang sebelum ini memberi keuntu­ngan lumayan kini tidak lagi apabila rata-rata peniaga mendakwa pendapatan mereka menyusut setiap hari.

Menerusi tinjauan Kosmo! di beberapa kampung di sekitar Klang di sini mendapati, para peniaga mercun dan bunga api semakin ramai dan rata-ratanya menjalankan perniagaan di tepi-tepi jalan dengan hanya berbekalkan meja kecil.

Bagaimanapun, akibat persaingan yang terlalu ramai, ada dalam kalangan peniaga mercun gagal meraih pendapatan yang sepatutnya malah ada antaranya tidak pulang modal seperti tahun-tahun sebelum ini.

Seorang peniaga dikenali Samad mendakwa, kebanjiran peniaga mercun dan bunga api ketika ini menyebabkan golongan penjual terpaksa bersaing lebih ‘keras’ untuk mendapat pe­langgan.

“Sekarang ini ramai dah yang berniaga mercun ini, kalau tengok kat sini ibaratnya belah kiri, kanan, depan, belakang, ada saja orang jual mercun lagi-lagi nak raya.

“Orang ramai banyak pilihan, boleh runding harga sebab terlalu ramai peniaga, barang ini pula paling laku ketika bulan Ramadan atau Hari Raya Aidilfitri ke­rana selepas itu tiada siapa yang nak main pula,” dakwanya.


Golongan peniaga mengeluh apabila keuntungan jualan bunga api dan mercun merosot tidak seperti tahun-tahun sebelum ini. – Gambar hiasan

Seorang lagi peniaga yang mahu dipanggil Y mendakwa, dia hanya menjalankan perniagaan menjual mercun secara sambilan, namun mengakui keuntungan jualan tidak memberangsangkan.

“Untung harian tidak se­perti tahun lepas, mungkin juga ­disebabkan orang ramai mula berkira untuk membeli tidak seperti sebelum ini,” ujarnya.

Sementara itu, peniaga lain yang mahu dikenali Zack mendakwa, dia mampu meraih keuntungan sebanyak RM6,000 sepanjang tahun lalu, namun situasi ketika ini menyebabkan pendapatannya berkurangan.

“Dahulu boleh cecah RM6,000, tetapi kini separuh pun mungkin susah,” ujarnya.

Jelasnya, selain persai­ngan, harga jualan mercun yang lebih tinggi tahun ini turut menjadi faktor berlaku pengurangan pembe­lian dalam kalangan pengguna.

Menurut Zack, harga bagi bunga api yang bersesuaian untuk kanak-kanak dijual pada anggaran RM5 sehingga RM30, manakala bagi remaja dan dewasa adalah dalam julat RM40 sehingga RM800.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2024 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lightheaded67 at 2-4-2024 08:59 AM

entah, anak beranak aku main mercun pop je, lepas habis main mercun pop, sila sapu serpihan mercun itu. hok lain tak mesra kejiranan, bnyk asap pastu bunyi pun kuat mjemput sumpah dari jiran jiran.. kampung sini ha dh mula time sahur deme bakor mercun. anak sape le tu, tp bukan boleh harap jugak tu, entah2 bapak budak yg main mercun subuh sapie
eh yg bnyk asap tu bunga api. salah plak
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 09:31 AM | Show all posts
lightheaded67 replied at 2-4-2024 08:56 AM
entah, anak beranak aku main mercun pop je, lepas habis main mercun pop, sila sapu serpihan mercun i ...

bagusnya anak2 chuols
lps main kemas konsepnya
di rmh iol ni mmg lamberrtttt lagi

tp thn ni mcm kurang sikit org main mercun kt tmpt iols
light2 je
cuma sekali sekala ada yg pasang mercun yg mcm thn baru tu
mehey kot


Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 09:49 AM | Show all posts
kena la ada persaingan..takkan nak jadi kapitalis
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 2-4-2024 09:31 AM
bagusnya anak2 chuols
lps main kemas konsepnya
di rmh iol ni mmg lamberrtttt lagi

mmg mehey kome, ratus ratus regenye.. halah kemas gitu gitu ajelah chuols dh kalo budak budak tu, budak budak lah jugei, tp jadi ler dri tak ade, dari kita pulok jd nambah keroje giytuh
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Prinsip iolss senang je...nak membako duit p kat ayah korang ye...kosher mak iolss ni nk membako duit..baik bl kek ke,makanan ke dr membako duit...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2024 10:13 AM | Show all posts
bako duit ni mana mau nye jaman madanon ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2024 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
kan pas raya ni ada pesta keamaatan,pesta gawai...tp hang kena la pi borneo sinun juai....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2024 06:28 PM | Show all posts
epullipan replied at 2-4-2024 01:49 AM
kena la ada persaingan..takkan nak jadi kapitalis

i rasa beli haram dulu dulu lagi best.
dah macam mafia. tengok kiri tengok kanan
cakap pun slow " bang mercun ada tak bang "
pastu seller cakap " ada bang "
tak dan nak tawar menawar sebab takut kena serbu.
bubuh la RM 100 ke RM 200 ke bayar je.

bila dah halal ...tengok harga RM 10 letak balik.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2024 06:29 PM | Show all posts
Skuau replied at 4-4-2024 09:48 AM
kan pas raya ni ada pesta keamaatan,pesta gawai...tp hang kena la pi borneo sinun juai....

zaman KWSP 10k dulu. dapat je duit KWSP I habskan RM 300 atas mercun
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2024 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Rugi meniaga bunga api & mercun ni... Dah la rezeki sikit, tak berkat lak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2024 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Best masa haram dulu2, macam beli dadah cari penjual, haram2 pun tetap mercun 1 kampung main mercun sana sini macam xde beza diharamkan atau dihalalkan
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2024 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat apa bakar duit.


Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2024 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 4-4-2024 06:28 PM
i rasa beli haram dulu dulu lagi best.
dah macam mafia. tengok kiri tengok kanan
cakap pun slow "  ...

Thrill pump adrenaline.


Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2024 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
epullipan replied at 2-4-2024 09:49 AM
kena la ada persaingan..takkan nak jadi kapitalis

Betul tue.. bila kena cina dok asik ckp kapitalis bagai tp bila sendiri niaga nak untung sorang jer..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2024 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 4-4-2024 06:29 PM
zaman KWSP 10k dulu. dapat je duit KWSP I habskan RM 300 atas mercun

mercun apa la chuols beli sampai beratus habis

hsbd iols ni gigih jugak mencari mercun bunga api bagai dah 2thn tak dpt beraya katanya nak main dgn anak2 sedara kat kg. lepas tarawikh td gigih mencari mercun tak blk2 lagi ni
anak iols tak suka main sbb asap tu blh mendatangkan bahana maha dahsyat silap hb blh beraya di hospital kami (anak iols asthma chronic)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2024 10:37 PM | Show all posts
nasib rmh aku xde budak2 dah. tp bapak budak plak la yg sibuk main bunga api ni. mercun salu adik aku beli airbomb tu tp x byk la.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2024 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 4-4-2024 09:46 PM
Buat apa bakar duit.

sama gak ngn merokok..ko beli, bakor...pastu ko buang.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2024 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 4-4-2024 09:56 PM
mercun apa la chuols beli sampai beratus habis

hsbd iols ni gigih jugak mencari mercun bunga ap ...

pi la mydin usj 1..ada 2-3 bijik gerai jual.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2024 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Boikot peniaga mercun!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Lagi pokok tumbang menghempap kenderaan di Jalan Pinang, hadapan Kuwait Bank, di sini, hari ini.
YgBenarLagi pokok tumbang menghempap kenderaan
Views : 0 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 16358 Replies : 431
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 107050 Replies : 1547
Darsa Fried Chicken minta maaf berhubung komen rasis terhadap 'type C'
AbahmungDarsa Fried Chicken minta maaf berhubung
Views : 8150 Replies : 104
eCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Laluan Kepada Projeka Apartmen Mewah.Anda teruja?
YgBenareCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Lalua
Views : 8029 Replies : 45
Klinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya.Netizen panas hati
YgBenarKlinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya
Views : 19642 Replies : 23
Dato Seri Mahadi 34 tahun
akumakDato Seri Mahadi 34 tahun
Views : 105606 Replies : 133
Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun bangunan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP)
ultra78Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun
Views : 7756 Replies : 6
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 61567 Replies : 2848

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.334745 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list