CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20455|Reply: 2

[Tempatan] PADU:Anda akan tahu penipuan anda terbongkar saat tidak terima bantuan kerajaan. Ketua Perangkawan-Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin

  [Copy link]
Post time 3-4-2024 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 3-4-2024 12:16 AM

PETALING JAYA – Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin menjelaskan, pendaftaran Hab Pangkalan Data Utama atau Padu yang dilancarkan kerajaan adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk mengemas kini data.



“Jika kami menggunakan data sedia ada,  mungkin hanya dapat melihat jawatan, alamat, tahap pendidikan semasa serta sama ada seseorang muflis. Maklumat ini mungkin betul atau tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Sinchew Daily yang inginkan penjelasan mengenai pendaftaran automatik buat mereka yang tidak berdaftar.

Ditanya sama ada “pendaftaran automatik” akan menyebabkan rasa tidak puas hati, Mohd. Uzir menegaskan bahawa Padu diwujudkan bagi kebajikan rakyat.

Katanya, dengan data yang lebih teliti, kerajaan boleh menetapkan pelbagai program bantuan dengan lebih pintar.

Ditanya bagaimana Jabatan Statistik memastikan data yang dibekalkan seseorang adalah tepat, Mohd. Uzir berkata, pihaknya akan membandingkan maklumat dengan agensi lain.

“Jika anda membekalkan maklumat bahawa anda berpendapatan rendah tetapi maklumat Jabatan Pengangkutan Jalan menunjukkan anda memiliki kenderaan, maka maklumat yang dibekalkan anda adalah tidak tepat,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, Jabatan Statistik tidak boleh mengambil tindakan terhadap individu yang membekalkan maklumat palsu.

“Kami mengambil pendekatan pendidikan, iaitu mendidik orang ramai mengisi maklumat yang betul.

“Orang berkenaan akan ketahui bahawa penipuan mereka telah terbongkar saat mereka tidak menerima bantuan kerajaan,” katanya.

Sebelum ini, Mohd. Uzir berkata, rakyat Malaysia yang tidak mengemas kini data dalam Padu akan didaftarkan secara automatik maklumat asas mereka

Beliau bagaimanapun berkata, maklumat lebih lengkap diperlukan walaupun pelbagai agensi kerajaan telah mengumpul data asas rakyat Malaysia. – MalaysiaGazette

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2024 12:21 AM | Show all posts
Apa algorithm yg korang guna..?? Apa mechanism utk distribute subsidy..?? Let the public know lah...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Mari menyanyi lagu PADU



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.051845 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list