CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8286|Reply: 0

[Sabah] Longgokan kabel elektrik SESB seluas satu ekar terbakar

[Copy link]
Post time 5-4-2024 05:25 AM | Show all posts |Read mode


TERBAKAR: Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran kabel elektrik milik SESB.

KOTA KINABALU: Longgokan kabel elektrik milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) yang disimpan di gudang penyimpanan kabel Kampung Darau Jalan Tuaran Bypas terbakar di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata, kebakaran jam 12.50 tengah hari membabitkan keluasan sehingga satu ekar.

Katanya, 20 anggota dari BBP Lintas, Penampang dan Kota Kinabalu bersama jentera pemadam digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan jam 12.56 tengah hari.

“Kebakaran membabitkan longgokan kabel elektrik SESB seluas satu ekar sedang terbakar dan operasi pemadaman giat dijalankan di lokasi kejadian.

“Kakitangan SESB turut berada di lokasi kejadian,” katanya sambil menambah sebarang maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.067518 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list