CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8965|Reply: 0

[Sabah] Kad Digital Mualaf bakal dilancarkan

[Copy link]
Post time 5-4-2024 05:45 AM | Show all posts |Read mode


SAMPAIKAN: Arifin menyampaikan sumbangan Bingkisan Ramadan kepada 590 mualaf sempena Program Semarak Ramadan yang diadakan itu.

MEMBAKUT: Kerajaan akan melancarkan Kad Digital Mualaf dalam masa terdekat kata Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Arifin yang juga Exco Agama Negeri Sabah berkata, kad berkenaan adalah inisiatif Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) di bawah pengarah baharu dalam memudahkan urusan pengislaman, terutama golongan baharu yang memeluk Islam.

Difahamkan Sijil Nikah Digital yang dilancarkan awal bulan tahun ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan terjamin dan begitu juga Kad Digital Mualaf yang dibangunkan bakal mempercepatkan urusan terutama dalam mengeluarkan kad pengislaman.

Beliau mengumumkan perkara itu dalam satu sidang media yang diadakan selepas menyempurnakan Program Semarak Ramadan Bersama Mualaf DUN Membakut Kali Ke-15 yang diadakan di Dewan Seri Wawasan Kampung Pimping, pada Selasa.

Mengenai Program Semarak Ramadan Bersama Mualaf DUN Membakut, Arifin memberitahu program yang diadakan itu bertujuan menghimpunkan golongan itu sekaligus memberi pendedahan mengenai hukum hakam daripada dua orang tokoh penceramah, selain menyampaikan Bingkisan Ramadan setiap kali menjelang bulan Ramadan.

Pada majlis itu, seramai 590 golongan mualaf dari seluruh kawasan Membakut menerima Bingkisan Ramadan yang disampaikan sendiri oleh Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut.

Arifin dalam ucapan turut menekankan tentang kepentingan mengekalkan silaturahim demi mengekalkan keharmonian dan perpaduan meskipun berbeza agama.

Katanya, memilih untuk memeluk Islam tidak memilih untuk berpisah dengan keluarga yang bukan Islam.

Terdahulu, pada hari sama Arifin turut menyampaikan sumbangan kepada 150 murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Bongawan dari Pusat Zakat Sabah yang diadakan di dewan sekolah terbabit.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.046927 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list