CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9417|Reply: 0

[Sabah] Pembinaan kereta api Trans Borneo, Sipitang bakal terima impak ekonomi

[Copy link]
Post time 5-4-2024 05:47 AM | Show all posts |Read mode


UCAPAN: Yusof ketika berucap di Surau Kampung Lumut semasa Program Iftar dan solat Maghrib.

SIPITANG: Cadangan pembinaan Projek Kereta Api Trans Borneo menghubungkan Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan Indonesia akan memberikan impak pertumbuhan ekonomi kepada daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr. Yusof Yacob berkata, ia disebabkan kedudukan daerah Sipitang sebagai pintu masuk pengunjung dari Sarawak, negara Brunei dan Kalimantan Indonesia.

“Sebagai daerah terletak di sempadan, kawasan pertama di Sabah menerima pengunjung dari Sarawak, Brunei dan Indonesia, sudah tentu ia satu perancangan baik,” katanya kepada media ketika ditemui pada Program Iftar di Surau Kampung Lumut dekat sini kelmarin.

Beliau diminta mengulas cadangan sebuah syarikat dari Brunei untuk membangunkan landasan itu membabitkan laluan sepanjang 1,620 kilometer yang bakal dilaksana dalam dua fasa dan dilengkapi kereta api berkelajuan tinggi mencecah 350 kilometer sejam.

Yusof yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad (QSB) menyambut baik cadangan berkenaan walaupun ia masih di peringkat awal.

Menurutnya, pihak syarikat dari Brunei ada berjumpa dengannya mengenai pembinaan landasan kereta api Trans Borneo.

"Kita sedang berunding bagaimana untuk melaksanakan landasan Trans Borneo ini dan mengikut Menteri Kerja Raya, kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan khas untuk membuat kebolehlaksanaan cadangan ini.

“Pelaksanaan pembinaan landasan ini bukan biasa disebabkan keadaan geografi bumi Sabah dan Sarawak yang berbukit bukau serta bergunung-ganang.

“Sudah tentu ia akan menelan belanja tinggi termasuk membabitkan pembinaan terowong, jambatan panjang dan pelbagai kemudahan yang bukannya mudah,” katanya.

Beliau berkata, perlu dimaklumkan juga apa bentuk koordinasi antara Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan sendiri supaya kesalinghubungan lancar.
Menurutnya, ia sudah tentu membabitkan kos tinggi dan akan mengambil masa.

Sehubungan itu, pihaknya juga ingin tahu siapa yang akan menanggung kos berkenaan sama ada Persekutuan, kerajaan  negeri atau melalui kaedah lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.066683 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list