CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10330|Reply: 1

[Sarawak] Sembilan lelaki disyaki gugat ketenteraman awam ditangkap

  [Copy link]
Post time 5-4-2024 05:54 AM | Show all posts |Read mode
BINTULU: Sekumpulan lelaki yang cuba mengganggu gugat ketenteraman awam dengan mencetuskan suasana tidak tenteram di sini berjaya ditahan oleh pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu kelmarin.



Ketua Polis Daerah Bintulu, Superitenden Nixon Joshua Ali (gambar) berkata, penahanan sembilan lelaki berusia 26 hingga 37 tahun itu berjaya dilakukan susulan Ops Cantas yang dilancarkan di sekitar kawasan Bintulu.

"Siasatan mendapati punca kejadian akibat provokasi sehingga berlaku pertelingkahan," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Begitupun katanya, tiada kecederaan serius dan tiada apa-apa senjata digunakan semasa kejadian.

Katanya, kesemua suspek masih dalam tahanan reman polis dan disiasat di bawah Seksyen 506/147 Kanun Keseksaan dan akan dituduh di mahkamah.

"Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 506/147 Kanun Keseksaan boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali," jelasnya.

Justeru katanya, tindakan pantas pihak polis menangkap kesemua yang disyaki terlibat dapat mengekang  pergaduhan terus berlarutan berlaku.

Tegasnya, pihak polis tidak akan berkompromi dan bertolak ansur ke atas mana-mana individu atau kumpulan yang cuba memecah belah keamanan dan keharmonian.  

Di samping itu beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang.

Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh disalurkan ke Bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318304.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2024 01:04 AM | Show all posts
Kita hidup mahu tenang-tenang dan nyaman-nyaman
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.269404 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list