CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6114|Reply: 5

[Tempatan] Kembara Jelebu-Makkah: Isteri diserang gejala sindrom akut gunung (AMS) ketika melalui Banjaran Himalaya

[Copy link]
Post time 6-4-2024 12:26 PM | Show all posts |Read mode
Kembara Jelebu-Makkah: Isteri diserang AMS ketika melalui Banjaran Himalaya

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-banjaran-himalaya

Abnor Hamizam Abd Manap
am@hmetro.com.my

Disiarkan pada: April 6, 2024 @ 10:16am


MOHD Rahmat dan isterinya ketika melalui laluan Lhasa-Tibet sebelum isterinya mendapat gejala Sindrom Akut Gunung (AMS) akibat kekurangan oksigen. FOTO Ihsan Mohd Rahmat

Jelebu: Seperti diramal, laluan ekstrem Banjaran Himalaya ternyata memberi cabaran kepada pasangan suami isteri yang sedang melakukan kembara Jelebu-Makkah menggunakan motosikal bagi menunaikan haji.

Mohd Rahmat Mohammed Amin, 38 ketika dihubungi berkata, dia berdepan detik mencemaskan apabila isterinya Nurazlinda Mohamad, 36 diserang gejala sindrom akut gunung (AMS) ketika berada di ketinggian 5,000 meter ketika melalui laluan Lhasa-Tibet di Banjaran Himalaya.

Katanya keadaan mungkin bertambah buruk sekiranya tiada pertolongan segera diberikan penduduk negara itu kepada isterinya.

"Ketika dalam keadaan cemas ada penduduk yang kebetulan melalui laluan itu memberi pertolongan kepada isteri dengan memberi bantuan oksigen selain dibawa menaiki kereta.

"Mereka melarang isteri membonceng motosikal sebaliknya menumpangkan isteri dengan kereta sebelum dibawa ke kawasan lebih rendah di laluan itu.

"Ada juga yang membantu isteri dengan memberinya minuman glukosa dan ketika ini keadaan isterinya semakin baik," katanya.

Mohd Rahmat berkata sepanjang lima hari melalui laluan itu, dua kali dia menunggang dalam keadaan ribut salji dengan suhu dari satu hingga -0 darjah celsius.

Mohd Rahmat berkata dengan berbaki kira-kira 700 kilometer sebelum sampai ke sempadan China-Nepal, cuaca sejuk turut mengganggu perjalanan dan perjalanan sudah lewat sehari daripada jadual asal.

Justeru itu dia berusaha untuk menunggang sejauh 400 kilometer hari ini dan 300 kilometer pada esok, serta dijangka tiba di sempadan Nepal pada Isnin ini.

Pada masa sama beliau berharap rakyat Malaysia dapat mendoakan urusan mereka sepanjang perjalanan dipermudahkan supaya selamat tiba di Makkah pada 5 Mei ini.

Mohd Rahmat dan isteri memulakan perjalanan bermotosikal dari Jelebu pada 19 Mac lalu dengan merentas 13 negara membabitkan jarak 14,000 kilometer dan memilih laluan paling ekstrem di dunia di Banjaran Himalaya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2024 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
U guys could die and yet knowing that uols still proceed. So...

Darwin selection.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
moga di permudahkn perjalanan.... Amin
umur masih muda bwh 40.. insyaAllah boleh bertahan
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya muda kaya..ber roadtrip mcm tu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga slmt sampai
teringin nk p nepal sempadan china..situ sejuk khen..
kwn kerja i dari nepal..kulit dia mcm telur..gebus gebas..dia kt tmpt sejuk ni la kot umah dia
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 6-4-2024 01:38 PM
semoga slmt sampai
teringin nk p nepal sempadan china..situ sejuk khen..
kwn kerja i dari nepal..kul ...

Nepal - Monggolia - stan countries - Siberia..

Muka mcm cina..tapi tak ckp cina..agaknya benih2 genghis Khan la kut...


Tapi yg paling confuse..belah2 western sana..
Amazon latin - Red indian american - inuit greenland pon muka mcm cina lots of mix jugak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.058886 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list