CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5898|Reply: 1

[Tempatan] Kenyataan Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) boleh timbulkan suasana tak harmoni dalam negara, kata menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

  [Copy link]
Post time 6-4-2024 12:32 PM | Show all posts |Read mode
Kenyataan MCCBCHST boleh timbulkan suasana tak harmoni dalam negara

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... armoni-dalam-negara

Samadi Ahmad
am@hmetro.com.my

Disiarkan pada: April 6, 2024 @ 12:23pm

DATUK Dr Mohd Na’im Mokhtar. FOTO Bernama

Putrajaya: Kenyataan Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) mengenai pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) tidak berperlembagaan dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah mengelirukan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, pihaknya berpandangan MCCBCHS tidak wajar mengeluarkan kenyataan itu kerana ia boleh menimbulkan suasana tidak harmoni dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini.

Menurutnya, bagi memahami isu ini secara tuntas, semua pihak perlu merujuk kepada Fasal (2) Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan yang dibaca bersama dengan butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, perlembagaan itu selaras dengan peruntukan Mahkamah Syariah yang ditubuhkan melalui Akta/Enakmen/Ordinan di negeri-negeri.

"Ia bermaksud bagi menangani kesalahan di bawah hukum syarak, Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang yang beragama Islam dan hanya berkenaan dengan semua perkara yang termasuk dalam butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan," katanya melalui satu kenyataan.

Menerusi laporan media pada Selasa lalu, MCCBCHST dilaporkan beranggapan cadangan pindaan Akta 355 tidak berperlembagaan dan bertentangan dengan struktur asas Perlembagaan atas alasan kesalahan jenayah berkaitan sudah termasuk dalam undang-undang jenayah sedia ada sebagaimana yang disenaraikan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mohd Na'im berkata, Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan setakat yang diberikan oleh undang-undang Persekutuan sebagaimana dinyatakan dalam butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, selaras dengan peruntukan itu, Parlimen memperbuat Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang memberikan bidang kuasa jenayah kepada Mahkamah Syariah.

Katanya, berdasarkan butiran 1, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan antara dua perkara utama yang digariskan adalah seperti kuasa Badan Perundangan Negeri untuk menggubal undang-undang bagi mewujudkan kesalahan dan hukuman bagi kesalahan yang dilakukan oleh orang yang beragama Islam terhadap perintah agama Islam, kecuali berkenaan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan.

"Bagi bidang kuasa mengenai hukuman kesalahan yang diperuntukkan dalam undang-undang negeri hendaklah dalam had yang diberikan oleh undang-undang Persekutuan," katanya.

Mohd Na'im menjelaskan, ini bermakna, Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Badan Perundangan Negeri untuk menggubal undang-undang di negeri-negeri bagi mewujudkan kesalahan dan hukuman bagi kesalahan oleh orang yang beragama Islam terhadap perintah agama Islam, kecuali berkenaan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan.

Menurutnya, walaupun kesalahan jenayah syariah dibuat oleh Badan Perundangan Negeri, perlu difahami bahawa hukuman bagi kesalahan yang diperuntukkan dalam undang-undang negeri hendaklah dalam had yang diberikan oleh undang-undang Persekutuan iaitu Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Katanya, cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bertujuan meningkatkan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam kenyataannya berkata, 'percanggahan atau polemik undang-undang' berkaitan cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) tidak berkaitan sama sekali dengan kedudukan serta peranan sah MCCBCHST sebagai sebuah majlis perundingan agama.

Katanya, persoalan yang dibangkitkan majlis itu juga tidak menunjukkan sebarang bukti atau contoh bagaimana pentadbiran atau pindaan undang-undang Islam itu boleh memberi kesan ke atas agama atau amalan agama-agama bukan Islam di negara ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2024 02:43 PM | Show all posts
diorang yang memulakan isu
lepas respons dari orang islam
play victims
sama seperti isu kalimah Allah pada stoking, bukan pertama kali berlaku
banyak dan berulang kali
bila umat islam ambil tindakan
play victims
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.053769 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list