CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26056|Reply: 83

[Tempatan] Perancang perkahwinan maut terjatuh tingkat 13 bangunan komersial. #13, Sebahagian barangan mangsa adalah sehelai kertas nota bertulis ‘semua punca dewan aku mati!!!

[Copy link]
Post time 6-4-2024 11:42 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 7-4-2024 02:33 PM

Perancang perkahwinan maut terjatuh tingkat 13 bangunan komersial

https://www.bharian.com.my/berit ... -bangunan-komersial

Raja Noraina Raja Rahim - April 6, 2024 @ 11:25pm
bhnews@bh.com.my


Foto hiasan

PETALING JAYA: Wanita maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 13 sebuah bangunan komersial di SS6 Kelana Jaya di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail, berkata pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu jam 2.50 petang.

Katanya, kejadian dilaporkan seorang pekerja sebuah kedai serbaneka yang melihat wanita itu terjatuh di bahagian lobi.

"Berdasarkan semakan, wanita berkenaan berusia 37 tahun dan bekerja sebagai perancang perkahwinan.

"Polis turut menemui sekeping nota disyaki milik wanita itu di lokasi," katanya ketika dihubungi.

Shahrulnizam berkata, siasatan juga mendapati wanita terbabit dipercayai mengalami masalah berkaitan kerja.

"Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini.

"Mayat dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan mengenal pasti punca kematian," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2024 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
ok terjatuh terbunuh diri
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcmana dia buleh terjatuh tu.. kenapa jatuh... takde pasang grill suicide ke
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 07:43 AM | Show all posts
klu ade nota tu bukan TER
tu sengaja
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 09:16 AM | Show all posts
masalah berkaitan kerja katanya kan. masa2 tough skrg ni, hopefully ada support from friends and family utk keep going.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangunan mana tu?
Ish3...
Area rumah iols ss6 tu ..
Harey
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2024 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan melayu kot.. kalau melayu sure dia nk beraya dulu
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
JulietTheOrange replied at 7-4-2024 07:43 AM
klu ade nota tu bukan TER
tu sengaja

Kena panggil akak kaki ajar wartawan ni pasal imbuhan Ter-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2024 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
ramai betul rakyat bunuh diri skrg.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 12:27 PM | Show all posts
Yang penjawat awam hari tu sampai sudah tak tahu nama kan
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalah kewangan atau belenggu hutang.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada note tu most probably memang suicide. Cuma etika news kalau tak silap tak boleh directly mention “suicide” or “bunuh diri”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2024 06:24 PM | Show all posts
‘Semua punca dewan aku mati’

https://www.kosmo.com.my/2024/04/07/semua-punca-dewan-aku-mati/

Oleh AZMI NORDIN
7 April 2024, 5:37 pm


Mayat wanita 37 tahun yang ditemui terjatuh daripada tingkat 13 bangunan komersial di Kelana Jaya, Petaling Jaya, semalam.

PETALING JAYA – Perunding perkahwinan ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat 13 bangunan komersial di Kelana Jaya, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada seorang wanita tempatan mendapati mangsa terjatuh dari sebuah bangunan pada pukul 2.55 petang.

Katanya, saksi awam turut memaklumkan terdengar bunyi seperti letupan sebelum mendapati cermin atap kaca pecah dan menemukan seorang wanita terbaring tidak bernyawa.

“Siasatan awal mendapati wanita berusia 37 tahun itu merupakan perunding perkahwinan telah meninggal dunia dalam keadaan terbaring di hadapan lobi bangunan 13 tingkat dengan kaca berselerakan.

“Disyaki mangsa jatuh di atas atap kaca dahulu sebelum jatuh ke lantai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Shahrulnizam, siasatan lanjut di ruang legar tingkat 13 bangunan tersebut menemui barangan mangsa dengan sehelai kertas nota bertulis ‘semua punca dewan aku mati!!!’.

Menurutnya, pemeriksaan tubuh wanita itu terdapat kecederaan parah pada belakang kepala, belakang badan serta kedua-dua tangan patah akibat hentakan pada atap kaca dan lantai.

“Mangsa dikejarkan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian,” ujarnya.

Tambah beliau, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Orang ramai yang mengetahui atau melihat kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung dengan Ketua Polis Balai Kelana Jaya, Asisten Superintendan Mazli Jusoh, di talian 03-78062222 bagi membantu siasatan,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
masalah kerjaya - sebab puncanya dewan.

serius sgt ke masalah dewan tu tahap bunuh diri aje penyelesaiannya
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa dewan2 ni aku tak faham?

Ooooo aiols get it.

Semua punca dewan, aku mati.

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Agaknya dia kena tanggung rugi puluh ribu kot. Hada kaitan dengan dewan yang disewa untuk event kot but cancelled last minit ka hapa.

Musti tokeh dewan gelabah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2024 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangunan mall mana ni kat Kelana Jaya tu?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 7-4-2024 06:28 PM
masalah kerjaya - sebab puncanya dewan.

serius sgt ke masalah dewan tu tahap bunuh diri aje penyel ...

Dewan tu berhantu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Melayu atau Cina???
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Cina kot kan...takkan orang kahwin time bulan2 puasa...kang tak pasal bayar fidyah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.393622 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list