View: 15845|Reply: 13
|
[Tempatan]
Warga asing ‘bolot’ beli daging murah
[Copy link]
|
|
MELAKA: Jualan Agro Madani Edisi Pra-Shawal di Pentas Budaya Pantai Puteri dekat sini hampir mencetuskan ketegangan apabila warga asing‘membolot’ pembelian daging tempatan.
Perkara itu mencetuskan rasa kurang senang beberapa penduduk tempatan apabila ada kalangan mereka tidak dapat membeli daging tempatan ditawarkan pada harga RM33 sekilogram berbanding harga sebenar RM38 sekilogram.
Sejak pukul 8 pagi hampir 30 warga asing beratur panjang untuk membeli daging tempatan. Kesungguhan warga asing itu mengejutkan penduduk tempatan.
Mereka yang tinggal di sebuah asrama berdekatan Pentas Budaya Pantai Puteri itu membeli daging tempatan antara tiga hingga lima kilogram (kg) seorang menyebabkan ramai penduduk tempatan tidak dapat membeli kerana habis tidak sampai dua jam jualan dibuka pada pukul 8 pagi.
Seorang penduduk, Husin Jantan, 61, dari Pekan Tangga Batu berkata, sepatutnya peniaga memberi keutamaan kepada penduduk tempatan membeli daging tempatan yang ditawarkan harga serendah RM33 sekilogram.
“Saya tengok warga asing dari sebuah asrama dekat sini beratur panjang beli daging murah.
“Keutamaan kepada kita orang tempatan sebab hendak sambut Hari Raya Aidilfitri tetapi mereka (pekerja asing) tidak ada keluarga dan bukan sambut Aidilfitri,” keluhnya.
Katanya, peniaga sepatutnya mengehadkan jualan daging kepada pekerja asing hanya sekitar dua kilogram untuk membelinya.
“Bila tidak ada had, tengoklah mereka banyak beli daging sampai lima kg setiap seorang, kita orang tempatan ada yang tak dapat beli,” ujarnya.
Seorang warga emas Yang Chik Che Mat, 65, dari Kampung Gelam pula berkata, sepatutnya peniaga memberi laluan kepada penduduk tempatan membeli daging berbanding warga asing.
“Lama makcik berdiri nak beli daging maklum harga murah tapi tengoklah yang beratur panjang warga asing. Saya nak sambut Aidilfitri mereka tidak pun patut bagi orang tempatan dulu,” katanya.
Menurutnya, dia juga rasa terkejut apabila peniaga terbabit tidak mengehadkan pembelian kepada pekerja warga asing sehingga setiap seorang warga asing beli sampai lima kilogram.
“Mujur bila tiba giliran makcik dapat lah beli daging untuk buat masak rendang sebanyak 3 kg,” ujarnya. – UTUSAN
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bangla2 jual harga pasaran jela
apa susah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 8-4-2024 06:01 PM
"u worang malezia pigi tipi la kita bangla besar sini Malezia la...Pirdana mintiri sindiri panggil kita mari la"-Abangla |
|
|
|
|
|
|
|
Celaka btol bangla ni
Sibuk nk berhimpit raya kt negara orang
blk bangla sana lah beli daging xde sape kisah |
|
|
|
|
|
|
|
leluhur parashit paling hina dan terkutuk di atas muka bumi |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti pati2 tu pun buka gerai jual tepi jalan rege yehudi |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 8-4-2024 07:22 PM
"ank bangla,ank indon,ank rohingya,ank pakis dll....semua tu ank2 saiya...tolong hormat yer..yg lenlain tu..BELI TULANG JER buat sup"-Saiya ulam |
|
|
|
|
|
|
|
Tempat iols jual.daging rm43/kg
Iols Ada la beli 2kg buat rendang untuk Bawa balik Kampung..
Iols beli dah petang..
Sampai ke Malam tak.habis2 sebab.mahal sgt kot..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
SG rasa dah sampai masanya jualan2 khas ni letak sesiap signboad “hanya utk warga malaysia sahaja. Sila tunjuk IC”
Clarify sesiap gitchewww… |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nusaraya at 8-4-2024 08:48 PM
Isu 3R makin lama makin tumbuh subur dan semarak di mana-mana tempat di Malaysia....
Mengapa melayu begitu mudahnya diprovokasi dan dibuat amarah ? .... Hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Hari tu kata makan nasik dengan bewang saja... tipu. |
|
|
|
|
|
|
|
Entahla dek, iols order siap2 batang pinang dr pasar tempat selalu beli daging kat pasar dengkil. Rm45 sekilo. Daging frozen sapi tu murah la tapi kitarang beli selalu buat minced meat, nak masak liat! |
|
|
|
|
|
|
|
Triple_8 replied at 8-4-2024 08:50 PM
Hari tu kata makan nasik dengan bewang saja... tipu.
Raya kan.. Special sikit masak. |
|
|
|
|
|
|
| |
|