CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2003|Reply: 0

[Tempatan] PGA tahan hampir 400 pendatang asing

[Copy link]
Post time 10-4-2024 04:36 PM | Show all posts |Read mode
PGA tahan hampir 400 pendatang asing
Oleh Syaherah Mustafa
April 10, 2024 @ 3:53pm
bhnews@bh.com.my



Pangkalan haram di tepi Sungai Golok dekat Rantau Panjang antara laluan penyeludupan rentas sempadan Malaysia-Thailand. - Foto BH


PASIR MAS: Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan 379 pendatang asing tanpa izin (PATI) di sempadan Malaysia-Thailand melalui Ops Taring Wawasan bermula Januari sehingga Mac, tahun ini.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Sheik Azahar Sheik Omar, berkata jumlah itu membabitkan seramai 322 lelaki dan 57 wanita daripada pelbagai negara.

Katanya, PATI yang ditahan kebanyakannya dari Myanmar, manakala selebihnya warga Thailand, Bangladesh, Pakistan, Kemboja, China dan India.

"Mereka memasuki negara melalui pangkalan haram dengan pelbagai tujuan, termasuk mencari peluang pekerjaan di Kelantan dan negeri lain.

"Sebanyak 16 pos statik dan lima sekatan jalan raya diadakan di sempadan, termasuk laluan tikus bagi mengekang penyeludan PATI serta barang lain.

"PGA menjalankan Ops Taring Wawasan bagi mengekang jenayah rentas sempadan terutama penyeludupan PATI," katanya di sini, hari ini.

Sheik Azahar berkata, agensi penguat kuasa lain seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia turut membantu dalam berkongsi maklumat.

https://www.bharian.com.my/berit ... 400-pendatang-asing
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.541975 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list