CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9290|Reply: 0

Peminat dakwa Man United pasukan paling bernasib baik

[Copy link]
Post time 14-4-2024 03:23 PM | Show all posts |Read mode

Pemain Manchester United, Willy Kambwala menghalang pemain Bournemouth, Ryan Christie ketika aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Vitality, Bournemouth. - Foto REUTERS

BOURNEMOUTH: Peminat bola sepak melabelkan Manchester United sebagai "pasukan paling bernasib baik di Liga Perdana" Inggeris selepas drama dua penalti ketika seri 2-2 di Bournemouth.

The Cherries menyaksikan sepakan penalti mereka dalam masa kecederaan diubah kepada sepakan percuma oleh VAR - selepas Bruno Fernandes menyempurnakan sepakan penalti kontroversi untuk United.

Pemain Bournemouth, Ryan Christie dikasari oleh Willy Kambwala - tetapi ulang tayang VAR mengesahkan insiden itu berlaku hanya beberapa inci di luar kotak penalti dan keputusan awal pengadil ditukar kepada sepakan percuma.

Peminat mendakwa United sangat bernasib baik daripada keputusan-keputusan penting dalam perlawanan itu.

"Mereka tidak melakukan apa-apa dalam perlawanan ini, dua penalti dan mereka mendapat mata," kata salah seorang peminat.

"Mereka pastinya pasukan paling bernasib baik dalam liga," kata seorang lagi.

Peminat turut kecewa dengan keputusan pengadil memberikan penalti kepada United apabila percubaan Kobbie Mainoo terkena tangan Adam Smith.

Bournemouth mencipta deretan peluang di awal permainan dan mendahului permainan menerusi Dominic Solanke sebelum Fernandes menyamakan kedudukan pada minit ke-31.

Justin Kluivert kemudian menghukum benteng United untuk kembali meletakkan tuan rumah di depan, tetapi pelawat diberikan sepakan penalti di babak kedua selepas bola terkena tangan Smith, dan Fernandes sekali lagi menyamakan kedudukan. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... aling-bernasib-baik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.181518 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list