CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14567|Reply: 0

[Sarawak] Seramai 37 keluarga berpindah ke Kampung Datu Baru tidak lama lagi

[Copy link]
Post time 14-4-2024 08:09 PM | Show all posts |Read mode


Dr Annuar berucap pada Majlis Ramah-Tamah Hari Raya Aidilfitri Bahagian Sibu 1445H/2024 di Sibu malam semalam.

SIBU: Seramai 37 keluarga di Kampung Datu, Sibu berpindah ke Kampung Datu Baru tidak lama lagi.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, mereka berpindah ke tempat (Kampung Datu Baru) lebih selesa dan selamat.

"Mereka terbabit berpindah bukan kerana diusir dari kampung tetapi mereka berpindah ke tempat lebih selesa dan selamat.

"Inilah yang ingin dicapai oleh kerajaan negeri dalam memastikan rakyat dapat hidup dalam keadaan lebih selesa dan bermaruah," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Ramah-Tamah Hari Raya Aidilfitri Bahagian Sibu 1445H/2024 di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud Universiti Teknologi Sarawak Sibu (UTS) di sini, malam semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu menyeru penduduk Sibu khususnya di DUN Nangka supaya bekerjasama dengannya bagi memastikan semua projek pembangunan dijanjikan dapat dilaksanakan.

"Saya percaya Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sentiasa bersama masyarakat di Sibu memastikan kita tidak ketinggalan dalam sebarang pembangunan terutama dari segi infrastruktur," jelasnya.

Katanya, Abang Johari merupakan seorang pemimpin yang berwawasan dan mampu berfikir jauh ke hadapan.

"Visi beliau bukan sahaja terkenal di negara kita, malah terbukti dengan jelas dunia turut mengiktiraf kejayaan Sarawak khususnya dalam ekonomi hijau yang kita laksanakan.

"Justeru, saya menggesa penduduk di Sibu supaya memberi sokongan penuh terhadap apa sahaja pembangunan dirancang oleh Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Abang Johari," katanya.

Sebanyak 104 unit rumah mampu milik dibina di Kampung Datu Baru sebagai sebahagian daripada rancangan pembangunan semula Kampung Datu.

Majlis tersebut turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Turut hadir isteri Premier Datuk Amar Juma'ani Tuanku Bujang, Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Temenggung Datuk Wan Hamid Edruce Tuanku Mohamad serta kenamaan lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.050848 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list