CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4163|Reply: 0

[Tempatan] Rafizi Ramli ‘paling selamat’ berbanding Anwar Ibrahim, menurut ‘Lim Sian See’

[Copy link]
Post time 15-4-2024 01:13 PM | Show all posts |Read mode
Rafizi ‘paling selamat’ berbanding Anwar, menurut ‘Lim Sian See’

https://www.freemalaysiatoday.co ... nurut-lim-sian-see/

FMT Reporters
14 Apr 2024, 11:44 PM


Pempengaruh ramal Rafizi Ramli mungkin boleh jadi perdana menteri ke-11, manakala Anwar Ibrahim dan Wan Azizah kalah di kerusi masing-masing.

Pempengaruh meramalkan nasib PKR sekiranya PRU diadakan sekarang dengan 80% undi Barisan Nasional beralih ke Perikatan Nasional.

PETALING JAYA: Kedudukan Rafizi Ramli di Parlimen Pandan dikatakan ‘paling selamat’ berbanding pemimpin PKR lain sekiranya 80% undi Barisan Nasional beralih ke Perikatan Nasional, menurut pempengaruh yang dikenali sebagai “Lim Sian See”.

Dalam ramalan berdasarkan kajian oleh Ong Kian Ming dari DAP, Lim berkata Anwar Ibrahim dan isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail, boleh kalah di kerusi masing-masing sekiranya pilihan raya diadakan sekarang.

Kajian Ong mendapati empat daripada lima orang pengundi Melayu di kawasan yang ditandingi DAP dan menyokong BN beralih kepada PN pada PRN enam negeri Ogos lalu.

Mengulas dapatan itu, Lim berkata PKR berdepan risiko kehilangan banyak kerusi Parlimen sekiranya PRU diadakan sekarang.

“Prestasi PKR pada PRU15 sebenarnya tidak begitu baik. PKR hilang 34% daripada kerusi mereka. Jumlah kerusi turun dari 47 pada PRU14 ke 31 pada PRU15.

“Anwar hanya menang 39.8% daripada jumlah undian di Parlimen Tambun. Peratusan undi PKR jatuh 4.7% berbanding PRU14.

“Wan Azizah hanya menang 46.7% daripada jumlah undian di Parlimen Bandar Tun Razak. PKR mengalami kejatuhan 11.8% peratusan undi dari PRU14,” katanya.

Lim berkata Nurul Izzah yang juga naib presiden parti dan anak Anwar, dan Saifuddin Nasution Ismail yang juga setiausaha agung PKR masing-masing gagal mempertahankan Permatang Pauh dan Kulim-Bandar Baharu pada 2022.

“Jadi, sekiranya PRU diadakan sekarang dan sekiranya tinjauan DAP bahawa 80% undi BN sudah pindah ke PN maka presiden parti, isteri dia, anak perempuan dia, dan setiausaha agung akan kalah.

“Paling selamat ialah timbalan presiden parti iaitu Rafizi yang menang lebih 60% dari peratusan undi di Parlimen Pandan.

“Jika Rafizi berjaya kekalkan kemenangan di Pandan dan PKR sekali lagi terajui PH dan kerajaan maka Rafizi akan menjadi perdana menteri ke-11,” katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.348490 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list