CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4750|Reply: 0

Emery buktikan taktikal Villa lebih berkesan

[Copy link]
Post time 15-4-2024 03:23 PM | Show all posts |Read mode

Pengendali Aston Villa, Unai Emery menewaskan bekas kelabnya, Arsenal pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, London. - Foto AFP

LONDON: Unai Emery kini boleh mendakwa yang dia tidak diberikan tempoh sewajarnya sebagai pengendali Arsenal.

Pengendali Aston Villa itu kembali ke Emirates dan menjejaskan misi kejuaraan Liga Perdana Inggeris bekas kelabnya dengan kemenangan 2-0.

Villa mempamerkan persembahan sempurna dengan gol lewat permain jaringan Leon Bailey dan Ollie Watkins. Disember lalu Villa turut menang 1-0 ke atas Arsenal.

Selain meletakkan Arsenal dua mata di belakang pendahulu, Manchester City, Villa turut mencerahkan peluang mereka dalam perebutan tempat keempat dan terakhir untuk kelayakan Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Emery ditanya sama ada kemenangan itu cukup manis buatnya selepas dipecat oleh kelab yang hanya memberikannya tempoh 18 bulan untuk menyambung legasi Arsene Wenger.

"Ia bukan untuk saya, ia untuk Aston Villa. Kini kami mempunyai 63 mata dan semakin hampir untuk berada dalam kelompok lima pasukan teratas. Itu apa yang saya fikirkan sebelum perlawanan.

Ia perlawanan yang sukar kerana Arsenal mempunyai musim yang hebat. Saya bangga dengan usaha kami dan tumpuan pemain-pemain," kata Emery.

Villa lapan mata di belakang Arsenal dan Liverpool yang berada di tangga ketiga, selepas memulakan musim sebagai antara pencabar kejuaraan.

Kelab Midlands itu menunjukkan peningkatan ketara sejak Emery menggantikan Steven Gerrard pada Oktober 2022. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... illa-lebih-berkesan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.109299 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list