CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25961|Reply: 1

[Sabah] Budaya hormat menghormati harus dipertahan

  [Copy link]
Post time 15-4-2024 06:49 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Para tetamu kehormat bersama Ewon (tengah) menyempurnakan acara memotong kek.

KOTA MARUDU: Disebalik kemajmukan agama, budaya, adat dan bahasa, budaya hormat-menghormati, bertoleransi, bersatu padu serta bekerjasama perlu dipertahankan oleh para pemimpin.

Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick berkata, budaya hormat menghormati dan toleransi dapat ditonjolkan melalui sambutan pelbagai perayaan utama di negara ini yang dihadiri masyarakat berbilang kaum dan agama.

“Sambutan rumah terbuka Hari Raya merupakan tradisi UPKO di mana kita memberi peluang kepada Bahagian-Bahagian untuk menjadi hos. Tahun lepas Rumah Terbuka Hari Raya diadakan di Ranau, tahun ini di Kota Marudu, tahun depan di Libaran.

“Begitu juga dengan sambutan Pesta Kaamatan, Krismas, Tahun Baharu Cina dan Sambutan Hari Orang Asal Sedunia yang akan dihoskan oleh Bahagian-Bahagian atau dianjurkan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan.

“Awal tahun ini sambutan Krismas dihoskan oleh UPKO Beluran di Telupid. Manakala sambutan Kaamatan pada tahun lepas diadakan di Tamparuli dan tahun ini di Kuala Penyu pada 11 dan 12 Mei ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka UPKO Bahagian Kota Marudu, di sini kelmarin.

Turut hadir Presiden Kehormat Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Timbalan Presiden UPKO Datuk Donald Mojuntin serta Ahli-Ahli Majlis Tertinggi, Pergerakan Pemuda, Wanita dan Generasi Muda parti itu.

Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, sambutan rumah terbuka seumpama ini perlu dipertahankan bagi mengukuhkan lagi perpaduan bukan hanya dalam kerajaan tetapi perpaduan di kalangan rakyat.

Beliau berkata, selain perpaduan, agenda pembangunan kemudahan rakyat dan kemajuan ekonomi juga perlu diberi tumpuan.

“Penganjuran rumah terbuka seumpama ini dan kebersamaan para pemimpin dan masyarakat pelbagai kaum dan agama mencerminkan harapan rakyat kepada kita.

“Mudah-mudahan kebersamaan ini berterusan bukan hanya dalam sambutan Hari Raya tetapi perayaan-perayaan utama masyarakat untuk mempertahankan perpaduan rakyat dan keharmonian rakyat,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2024 08:29 AM | Show all posts
budaya yang perlu diteruskan secara total
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Anda Fobia dengan.....
fahdramliAnda Fobia dengan.....
Views : 30120 Replies : 180
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 194621 Replies : 4518
Jangan Buat Perangai Macam Gaji
XimJangan Buat Perangai Macam Gaji
Views : 7039 Replies : 36
PELIZ BE CAREFUL.
5-zaLPELIZ BE CAREFUL.
Views : 4677 Replies : 24
Bila bbnu bercinta #6
BoomibulatBila bbnu bercinta #6
Views : 8329 Replies : 53
Merenung Ke Luar Jendela.
tomazMerenung Ke Luar Jendela.
Views : 10702 Replies : 54
i love u husband
vanilla_velli love u husband
Views : 6724 Replies : 42
Doktor yang suruh...
epuepyDoktor yang suruh...
Views : 7095 Replies : 39
Atm dah ada drive thru
riena3321Atm dah ada drive thru
Views : 6318 Replies : 50
Seorang abah 'tertinggalkan' anak dia..
RinInaSeorang abah 'tertinggalkan' ana
Views : 10316 Replies : 47

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.055758 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list