CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6802|Reply: 2

[Tempatan] Keluarga pelajar di Asia Barat diminta bertenang

  [Copy link]
Post time 17-4-2024 07:13 AM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif hari ini menggesa ibu bapa dan keluarga kepada pelajar Sabah yang sedang menuntut di Asia Barat supaya bertenang, berikutan konflik yang semakin memuncak di rantau itu.

Beliau berkata, kerajaan Sabah dari semasa ke semasa berhubung dengan Wisma Putra dan Kementerian Pendidikan Tinggi yang sedang memantau keadaan itu, terutamanya di Mesir dan Jordan untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan keadaan itu.

Mohd Arifin berkata, beliau sendiri telah berhubung dengan Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin yang juga Ahli Parlimen Kimanis berkenaan perkara itu dan diberitahu Wisma Putra serta Kementerian Pendidikan Tinggi sudah bersedia untuk sebarang keperluan, termasuk membawa pulang pelajar.

"Setakat ini terdapat 248 anak Sabah yang sedang menuntut di Mesir, 79 orang di Jordan dan sembilan orang di Arab Saudi. Mereka ini belajar di beberapa universiti dalam pelbagai jurusan dan mendapat biasiswa, dermasiswa dan ada juga yang belajar dengan biaya sendiri.

"Antara penaja mereka Biasiswa Kerajaan Sabah, Yayasan Sabah, Majlis Ugama Islam Sabah, dan Jabatan Perkhidmatan Awam," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Mohd Ariffin berkata beliau dan pihak Yayasan Sabah juga sentiasa berhubungan dengan wakil yang menjaga anak-anak Sabah di Mesir, Jordan dan Arab Saudi mengenai situasi semasa anak-anak itu di tiga negara berkenaan.

"Kita juga ada pengalaman menyelaras dan memantau malah membuat penghantaran balik anak-anak Sabah ke tanah air ketika krisis politik yang berlaku di Mesir sebelum ini," katanya sambil memohon supaya semua pihak berdoa agar anak Sabah yang berada di luar negara berada dalam keadaan baik, tenang dan selesa menjalani pengajian mereka.

– BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2024 08:34 AM | Show all posts
semoga dipermudah segala urusan
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga no war!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.064269 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list