CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10898|Reply: 33

[Dunia] Tesla mula buang pekerja, jualan merosot

  [Copy link]
Post time 17-4-2024 08:29 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 17-4-2024 08:31 AM

SHANGHAI/BERLIN: Tesla mengumumkan pemberhentian kerja global termasuk mengurangkan jumlah kakitangan di Amerika Syarikat (AS) dan China, dua pasaran terbesar pengeluar kenderaan elektrik (EV) itu merentasi bahagian jualan, teknologi dan kejuruteraan, demikian menurut lima sumber yang diberikan taklimat mengenai perkara itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk semalam memberitahu kakitangan dalam satu memo dalaman yang dilihat oleh Reuters bahawa syarikat itu memberhentikan lebih daripada 10 peratus tenaga kerja globalnya, kerana ia bergelut dengan kemerosotan jualan dan persaingan harga yang semakin sengit untuk EV.

Beberapa pusat perkhidmatan yang berpangkalan di AS menyaksikan pemberhentian besar-besaran berkuat kuasa serta-merta, terutamanya kakitangan jualan dan juruteknik, kata satu sumber.

Satu lagi lokasi memberhentikan semua kakitangan barisan hadapan, kata sumber itu.

Seorang pengurus program Tesla di California menyiarkan satu senarai di LinkedIn yang mengandungi lebih 140 kakitangan, kebanyakannya jurutera, yang telah diberhentikan dan sedang mencari pekerjaan baharu.

Dua sumber berkata, kakitangan jualan Tesla di China dimaklumkan bahawa khidmat mereka tidak diperlukan, dengan seorang menyatakan lebih daripada 10 peratus diberhentikan kerja.

Sumber ketiga berkata bahawa di Shanghai, lokasi kilang terbesar Tesla, syarikat itu hanya akan memberhentikan sebahagian kecil kakitangan, seramai 'beberapa dozen'.

Saham Tesla jatuh 2.5 peratus dalam dagangan awal pasaran hari ini. Saham syarikat itu jatuh 5.6 peratus semalam.

Ibu pejabat Tesla di AS dan unitnya di China tidak segera menjawab permintaan untuk mendapatkan kenyataan.
Semua sumber enggan dinamakan kerana mereka tidak dibenarkan bercakap kepada media.

Kerajaan Shanghai dan Beijing juga tidak segera memberikan maklum balas terhadap permintaan untuk mendapatkan kenyataan.

Tesla Jerman menafikan laporan dalam media di negara itu bahawa 3,000 daripada kira-kira 12,000 kakitangan pembuat kereta itu telah dipecat, dan berkata ia sedang menilai kaedah untuk melaksanakan arahan Musk di kilang itu.

-Reuters

EV, EV

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2024 08:32 AM | Show all posts
banyak pengeluar ev yang mula main harga
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Supersirap replied at 17-4-2024 08:32 AM
banyak pengeluar ev yang mula main harga

Terciduk dgn ev cina semua...
Aku mula2 tgk Tesla dulu dh rasa huduh..tak padan harga.. lawa lagi ora good cat
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 08:44 AM | Show all posts
bateri telsa nie dari syarikat BYD kan? atau dah ada kilang sendiri? klu BYD jual bateri mahal dah tentu meningkatkan kos tesla sedangkan BYD sendiri keluarkan kereta mereka juga. semua ini permainan harga.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
pokokmeranti replied at 17-4-2024 08:44 AM
bateri telsa nie dari syarikat BYD kan? atau dah ada kilang sendiri? klu BYD jual bateri mahal dah t ...

sekitar iols ramai pakai byd ni ke sbb muroh dari tesla?? blk raya baru ni kazen2 muda ramai betul pakai kata depa lagi muroh dari pakai kete petrol.

iols ingatkan byd made in german rupanya china mari
patut la pakcik iols ckp bdk2 ni pakai kereta pakai buang, rosak sikit ada tempat dak nak repair??
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 08:57 AM | Show all posts
belum minat lagi nak pakai kete EV
semak kepala mikir psl charging
yup setuju tesla huduh ya amat heran aku ada org beli
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2024 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 17-4-2024 08:52 AM
sekitar iols ramai pakai byd ni ke sbb muroh dari tesla?? blk raya baru ni kazen2 muda ramai betul ...

Pakai EV ni kena time jam kelate-KL 25 jam tu, agak2 bateri dia cukup x?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti elon musk buang pekerja yg byk cuti dan maintain pekerja yg x cuti even weekend kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2024 09:13 AM | Show all posts
SalenaGomez replied at 17-4-2024 01:10 AM
Pakai EV ni kena time jam kelate-KL 25 jam tu, agak2 bateri dia cukup x?

Belah2 Kelantan tu ada ke EV charging station?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Baik pakai hybrid.
Jimat minyak & peace of mind dr kelam kabut mikir nk caj.
Petronas merata² hada
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 17-4-2024 09:10 AM
Pakai EV ni kena time jam kelate-KL 25 jam tu, agak2 bateri dia cukup x?

Masa jem teruk Kelate hari tu stesen minyak kawasan Kuala Krai kehabisan minyak, setengah tu hanya tinggal minyak hijau saja. Kalau pakai EV, start Labok boleh tumpang lori treler balik Key El.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 09:21 AM | Show all posts
kat office aku ni ada dua kete tesla...aku tak pernah nampak lagi ownernya...but within few months...company dah pasang charger port...dua port jugak...of course not solely for the tesla car sbb mungkin ada kete lain yg hyrid car as well...but nampak sangat mcm the charger pole was erected for the tesla car...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 09:26 AM | Show all posts
SalenaGomez replied at 17-4-2024 09:11 AM
Mesti elon musk buang pekerja yg byk cuti dan maintain pekerja yg x cuti even weekend kan?

tak laaa....pekerja yg mcm ni good at marketing strategy...especially promoting their LLB culture...look like busy....output tak de langsung....tapi busynya mengalahkan cleaner...ke hulu ke hilir usung ipad/tab....as if banyak nau org yg dia nak jumpa for discussion....dalm meeting....beriyer menulis atas ipad dia...every little word dia tulis...berjela2 minutes of meeting....
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Triple_8 replied at 17-4-2024 09:18 AM
Masa jem teruk Kelate hari tu stesen minyak kawasan Kuala Krai kehabisan minyak, setengah tu hanya ...

Hahahaha treler pon tah2 x masuk highway time jam raya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Supersirap replied at 17-4-2024 08:32 AM
banyak pengeluar ev yang mula main harga

Tipikal cina meniaga. Pasaran dunia rosak sbb peniaga china
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
vanillaninja replied at 17-4-2024 09:13 AM
Belah2 Kelantan tu ada ke EV charging station?


Entah lah. X pasti pasal ni sbb SG x pkai Ev dan bkn org kelate   tapi mesti lah kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2024 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
cantthinkofany replied at 17-4-2024 09:26 AM
tak laaa....pekerja yg mcm ni good at marketing strategy...especially promoting their LLB culture. ...

Mestilah kot. Nak bodek elon musk ni agaknya kena tunjuk busy je LLB
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 09:53 AM | Show all posts
syamzana replied at 17-4-2024 08:52 AM
sekitar iols ramai pakai byd ni ke sbb muroh dari tesla?? blk raya baru ni kazen2 muda ramai betul ...

BYD murah dari tesla. tapi rasanya caj elektrik kedua-dua kereta lebih mahal dari petrol. belum sanggup nak pakai.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 17-4-2024 08:10 AM
Pakai EV ni kena time jam kelate-KL 25 jam tu, agak2 bateri dia cukup x?

EV ni sesuai untuk short distance city driving je..park kat mall charging sambil jalan2 .. biasa org pakai ev ni kereta dia bukan ada sebiji je.. kalau nak beli ev & jadikan main car rasanya x sesuai lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 10:08 AM | Show all posts
Triple_8 replied at 17-4-2024 09:18 AM
Masa jem teruk Kelate hari tu stesen minyak kawasan Kuala Krai kehabisan minyak, setengah tu hanya ...

Tak semudah itu...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.516537 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list