CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10346|Reply: 33

[Dunia] Lelaki belanja hanya RM35,000 kunjungi 18 negara

[Copy link]
Post time 17-4-2024 08:51 AM | Show all posts |Read mode

Lelaki belanja hanya RM35,000 kunjungi 18 negara

  • Oleh KOSMO!
  • 17 April 2024, 8:15


Michelsen memulakan pengembaraan solonya mengelilingi Eropah pada Februari 2023. – SWNS


OSLO – Seorang lelaki Norway yang membelanjakan cuma £6,000 (RM35,721) untuk melawat 18 negara menyatakan, dia mengamalkan petua sendiri untuk menjimatkan wang, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Robert Michelsen memulakan pengembaraan solonya mengelilingi Benua Eropah pada Februari 2023.

Michelsen, 21, berkata, dia makan telur mentah dan lobak serta tidur di dalam gua untuk berjimat.

“Saya banyak makan telur mentah dan lobak. Saya tidur di dalam gua dan di tepi pantai. Ia adalah harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan kebebasan dan menjimatkan kos,” katanya.

Michelsen menjelajah 13 negara dalam masa enam bulan sebelum kembali ke Norway pada Ogos 2023. Dia menganggarkan hanya membelanjakan sekitar £4,273 (RM25,436) untuk penerbangan, penginapan, makanan dan aktiviti lain.

Selepas empat bulan berehat di rumah, Michelsen menyambung pengembaraannya dengan berkunjung ke Hungary, Slovakia, Austria, Maghribi dan Britain dengan perbelanjaan sebanyak £1,700 (RM10,119).

Negara lain yang turut dilawati oleh Michelsen termasuk Portugal, Serbia, Croatia, Poland, Sepanyol, Perancis, Monaco, Itali, San Marino, Montenegro, Kota Vatican dan Bulgaria. – AGENS





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2024 08:55 AM | Show all posts
xmo aku bercuti ala2 gelandangan camni..ni bukan bercuti namanya..ni mesti takat gi ambik gambor  ..upload..then chowww
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 09:17 AM | Show all posts
Buat spt ini untuk kepuasan sendiri kira baguslah. Buat sahaja apa yang nak dibuat didunia ini tanpa susahkan orang lain.. tp personally tidur dlm gua tu tak sangup aku hahaha



Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 09:37 AM | Show all posts
caveman ke


tp heols nmpk helok despite tdo dlm gua
cute rambut die cacak2 gitu
tp klu iols la mau nmpk mcm hobo dah
mcm cik kak ni:
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 09:58 AM | Show all posts
hampir semua negara dia visit meols dah pnh pergi kecuali Maghribi, Monaco, Serbia dan San Marino...

Slovakia, Hungary, Portugal, Bulgaria, Poland affordable jer, takde mahal pun...Croatia pun sama melainkan kita pergi tempat2 mcm Dubrovnik, same as Montenegro. Tak perlu lah smp tido dlm gua haih...Vatican City kecik jer pun...

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 10:09 AM | Show all posts
mcmana dia manage kebersihan diri bila tido pun dlm gua? aku suka travel tp x sanggup nk ikut cara dia nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2024 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Amboi. Cam simon le bon masa muda...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 11:01 AM | Show all posts
lelaki sesuai la kot melancong style back pack asnaf ni. lelaki nak kencing senang, tak period so stakat tak mandi, tdo dlm gua, hutan, taman awam, kaki lima gelandangan ni sap sap sui je bg pelancong gelandangan. cuci muka basuh ketiak, siap. tak perlu pikir kat mana nak tukar / dispose tampon, pad, sabut kelapa wakakakakaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2024 11:08 AM | Show all posts
masing2 punya cara utk berjimat tp tidakla aku nak tdo gua la apa la mcm dia ni
pantai tu ok la jgk.. pacak tent atau gantung hammock
berjimat pun tempat bermalam tu wajibla ada tempat mandi, lepas hajat, katil tilam
backpackers pun ok je asal boleh berjimat

makan pun tidak la bercatu.. kena la try lain dr yg lain janji halal
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 11:21 AM | Show all posts
_blackbird replied at 17-4-2024 11:01 AM
lelaki sesuai la kot melancong style back pack asnaf ni. lelaki nak kencing senang, tak period so st ...

non muslim bole lah mcm tu, kalu muslim tak bole sbb kena solat....kena bersih...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat dulu bekas kenalanan iols yg dah larikan diri ke sabah sebab berhutang dgn ramai orang ajak iols bercuti luar negara dari malaysia sampai rusia naik basikal je.. katanya bajet 200 pun cukup
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
1 negara kecil 2 week, negara besar tarak cukup 2 week
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 03:11 PM | Show all posts
orang malaysia dah lama buat..
ada RM10 boleh gi jepun
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Rempit pprt nya muka.


Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Sib baik tak mintak sedekah.


Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 17-4-2024 11:30 AM
Teringat dulu bekas kenalanan iols yg dah larikan diri ke sabah sebab berhutang dgn ramai orang ajak ...

Bajet ciput mmg la voley.. tapi sepanjang perjalanan tergadai la body mcm dlm citer perempuan, isteri dan dotdotdot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2024 05:26 PM | Show all posts
Samerosie replied at 17-4-2024 10:25 AM
Amboi. Cam simon le bon masa muda...

ai pulak sekali pandang teringat Sting peminat tantric sex tuh
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 06:06 PM | Show all posts
dani-rox replied at 17-4-2024 05:26 PM
ai pulak sekali pandang teringat Sting peminat tantric sex tuh

Terpaling tantrix kan..pergi skandel dgn bff first wife.
Sting ni tak pernah nak elok rambut tu.  






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 06:18 PM | Show all posts
Samerosie replied at 17-4-2024 06:06 PM
Terpaling tantrix kan..pergi skandel dgn bff first wife.
Sting ni tak pernah nak elok rambut tu.   ...

hahaha cepat2 trudie preggy nak perangkap laki bff sendirik

btw bole tahan hensem simon le bon muda2 dulu. rambut messy blonde mcm tu popular era 80s kan? david bowie pun pernah buat stail cenggitu, tingat bideo Just Dance
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 06:32 PM | Show all posts
kut style jenjalan obersea tp mkn bercatu  baik duk je kat umah sambil layan netflix
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.080060 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list