CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5030|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 di 7 negeri bermula Johor esok

[Copy link]
Post time 17-4-2024 01:50 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Putrajaya: Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diadakan di tujuh negeri bermula dengan Johor, esok.

Menurut sekretariat majlis sambutan itu, enam lagi lagi Majlis Sambutan Aidilfitri 2024 dirancang untuk diadakan di Sabah pada 20 April, diikuti Melaka (22 April), Kelantan (2 Mei), Kedah (4 Mei), Pulau Pinang (5 Mei) dan berakhir di Terengganu pada 9 Mei.

Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Kebangsaan pula akan diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC) Kota Kinabalu dari jam 10.30 pagi hingga 3 petang dengan Kerajaan Negeri Sabah selaku tuan rumah manakala Kementerian Perpaduan Negara selaku kementerian peneraju.

Bagi majlis di Padang Begonia, Angsana Johor Bahru Mall, ia akan bermula dari jam 4 petang hingga 7 malam dengan Kerajaan Negeri Johor selaku tuan rumah dan Kementerian Pertahanan sebagai kementerian peneraju.

"Majlis ini akan dihadiri oleh Perdana Menteri sebagai tetamu jemputan utama dan turut dihadiri oleh menteri besar atau ketua menteri negeri berkenaan," menurut Sekretariat Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 dalam kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan tujuan utama penganjuran majlis berkenaan adalah bagi memupuk semangat muhibah dan perpaduan dalam kalangan masyarakat serta membolehkan pemimpin bertemu dan beramah mesra dengan rakyat.

Majlis itu juga bertujuan memberi peluang kepada lebih ramai rakyat untuk meraikan hari kebesaran umat Islam bersama-sama pemimpin di peringkat Persekutuan dan negeri.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -bermula-johor-esok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.055677 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list