CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2848|Reply: 0

[Selangor] ‘Waze’ bawa salah jalan, 100 kereta ikut belakang

[Copy link]
Post time 17-4-2024 04:07 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar memaparkan pemandu-pemandu sesat, salah jalan dibawa Waze

PETALING JAYA – Gara-gara mahu mengelakkan kesesakan, seorang pemandu sesat apabila mengikut arahan perjalanan yang diberikan oleh aplikasi Waze.

Menerusi perkongsian di laman Facebook oleh Demi Rakyat Channel, kesalahan Waze tersebut disedari ketika arah tuju itu membawanya sehingga ke lorong kecil di jalan Jempol, Negeri Sembilan pada pukul 7.35 malam semalam.

Berdasarkan rakaman, hampir 100 buah kenderaan yang telah mengekorinya mendapat nasib yang sama dan berhenti di satu kawasan rumah lalu berpatah balik ke destinasi yang betul.

Meninjau ke ruang komen, kejadian seperti ini boleh kerap berlaku kerana aplikasi ini akan bermasalah jika sambungan talian internet tidak berhubung dengan baik.

Rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi.

“Pernah berhadapan situasi macam ini, waze bawa tempat yang sama tiga kali di belakang rumah orang,” komen Emma.

“Waze kalau ikut jalan kecil jangan ikut, kadang-kadang tak betul. Saya lebih suka guna google map,” komen Sarifahaini.

“Walaupun guna waze atau google map sekalipun, kita mesti juga percaya dengan firasat dan fikiran kita. Sebolehnya study (belajar) dulu jalan dan kawasan tu macam mana, kecik ke besar, private road (jalan persendiran) ke public (awam). Jangan ikut bulat-bulat map tu,” komen Shasha. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... reta-ikut-belakang/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.071066 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list