CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5638|Reply: 0

[Melaka] Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir

[Copy link]
Post time 17-4-2024 04:19 PM | Show all posts |Read mode

ANTARA mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara di Balai Raya Bukit Balai. FOTO BERNAMA

Melaka: Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) diarahkan supaya siap siaga dan pada masa sama segera menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir termasuk di sekitar daerah Alor Gajah, hari ini.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, beliau sendiri telah meminta Setiausaha Politiknya Abdul Hakim Abdul Wahid untuk turun padang menyantuni penduduk terjejas dan menyalurkan bantuan awal di Taman Masjid Tanah Ria, Masjid Tanah.

"Saya berdukacita dengan bencana banjir ini dan berharap semua penduduk bersabar dengan ujian yang berlaku dan dalam masa sama, terima kasih atas bantuan awal berbentuk makanan kepada mangsa oleh Japerun Lendu.

"Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pejabat daerah juga diminta untuk siap siaga dan segera salurkan bantuan awal kepada mangsa banjir," katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya, hari ini.


Antara kawasan terjejas banjir ialah Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai, Kampung Padang Keladi, Kampung Taboh Naning, Pekan Lubok China, Kampung Sungai Jernih, Taman Masjid Tanah Ria, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Durian Tunggal, Kampung Brisu dan Kampung Pulau.

Setakat 12 tengah hari semalam, sebanyak 55 mangsa daripada 14 keluarga terjejas banjir telah ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Balai Raya Bukit Balai, Alor Gajah.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ntuan-mangsa-banjir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.057836 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list