CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2553|Reply: 4

[Politik] Samakan politik negara serupa rejim Korea Utara, Chegubard akan lawan MCMC jika ditahan

[Copy link]
Post time 17-4-2024 09:45 PM | Show all posts |Read mode
CYBERJAYA – Aktivis pembangkang, Badrul Hisham Shaharin meluahkan hasrat bersedia ‘lawan’ Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) jika ditahan agensi itu.

Bahkan, beliau yang juga Pengerusi Sekretariat Pembela Tanah Air (Peta) menyifatkan suasana politik negara ketika ini telah menyerupai pemerintahan kejam rejim Korea Utara.

“Kalau ditakdirkan dia (MCMC) guna kuasa tangkapan, saya tiada masalah malah berjanji akan sedia menawarkan perlawanan terbaik demi rakyat kita,” katanya kepada pemberita sebelum hadir bagi memberikan keterangan di MCMC di sini bersama-sama Salim Iskandar di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Mereka dipanggil bagi disiasat di bawah Seksyen 233 akta berkenaan yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM50,00 atau dihukum penjara sehingga satu tahun.

Turut dipanggil ialah Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo yang memberi rakaman percakapan atas kes sama di Balai Polis Setapak di ibu negara.

Mengulas lanjut, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Chegubard mendakwa tidak tahu-menahu kenapa dirinya diminta datang dan bagi kertas siasatan untuk kes apa pula.

Pada 9 April lalu, Badrul Hisham hadir ke Unit Siasatan Jenayah Terkelas di Bukit Aman kerana satu hantaran menerusi akaun media sosialnya yang didakwa berbaur hasutan.

Walau bagaimanapun, beliau enggan pula menyerahkan sebarang komputer peribadi yang digunakan untuk memuat naik status tersebut kerana menyifatkan ia salah guna kuasa. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2024 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya sokong cikgu.

Saya pun pernah kena, hanya sbb bagi pandangan  dkt ig menteri dia, hahh terus officer MCMC call. Nampak sangat tak boleh terima negative comment puak ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 17-4-2024 11:07 PM
Saya sokong cikgu.

Saya pun pernah kena, hanya sbb bagi pandangan  dkt ig menteri dia, hahh terus  ...

Kesingapuraan kerajaan madanon semakin terserlah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Jgn Korea Utara .. Palestin pun ko tak pernah sampai lagi mau sembang. Kalau kt KR dah lama ko merepot kurus kering kena torture tendang perot berlemak berlapis yg mcm kek Sarawak tu.
Poodahhhh!!!

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 09:30 AM | Show all posts
Bodohnya cytro PN..buat fitnah dgn kritik pon tak tahu beza..kalo zaman Mahafiraun dulu selamat dah ko kena  sumbat dlm lokap ISA tanpa dakwa-dakwi.


takat kena panggil dgn mcmc yg mcm inteview keje tu pon dah nak menggelupor samakan dgn korea utara bagai.Lemahhh!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.244158 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list