CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8147|Reply: 0

Atletico layak Piala Kelab Dunia 2025

[Copy link]
Post time 18-4-2024 10:20 AM | Show all posts |Read mode

ATLETICO masih boleh bergembira apabila layak ke Piala Kelab Dunia 2025 biarpun gagal ke separuh akhir UCL musim ini. – AFP

DORTMUND – Harapan Atletico Madrid untuk mara ke pentas separuh ahir Liga Juara-Juara (UCL) buat kali pertama sejak edisi 2017 tidak kesampaian selepas tewas 4-5 secara agregat kepada Borussia Dortmund awal pagi semalam.

Ketua jurulatih Atletico, Diego Simeone enggan me­nyalahkan anak-anak buahnya yang dilihat bekerja keras sepanjang perlawanan di Signal Iduna Park itu.

“Misi kami ke sini untuk melakar kemenangan, tetapi apa yang Dortmund pamerkan sangat mengejutkan. Kami meraih keputusan positif pada aksi pertama ­ming­gu lalu, tetapi mereka berjaya ­mendahului 2-0 pada awal perlawanan.

“Namun, pemain telah me­nunjukkan reaksi sebenar untuk bangkit 2-2, namun momentum tersebut tidak dapat diteruskan apabila kami sedikit leka se­hingga pasukan tuan rumah berjaya menambah dua gol yang membunuh emosi pemain,” katanya.

Sementara itu, kapten Atle­tico, Koke mengakui cara mereka tersingkir kali ini adalah sesuatu­ yang menyedihkan kerana membuka ruang buat Dortmund melakukan ­ke­-
bangkitan.

“Bola sepak adalah sukan yang kejam. Kami sepatutnya boleh mara ke pe­ringkat separuh akhir, tetapi cara mereka mendapatkan gol adalah hasil kesilapan kami sendiri yang sepatutnya boleh dielakkan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Atletico mendapat khabar ‘suka dalam duka’ apabila disahkan ­la­yak beraksi pada Piala Kelab Dunia edisi 2025 susulan kegagalan Barcelona mara ke separuh akhir UCL musim ini.

Atletico mara hasil kedudukan ranking lebih tinggi dan menjadi pasukan ke-11 Eropah yang bakal bersaing pada kejohanan berprestij di Amerika Syarikat (AS) tahun depan.

Sebelum ini, 10 pasukan te­lah mengesahkan tiket ber­saing pada Piala Kelab Dunia 2025 seperti Chelsea, Real Madrid, Manchester City Bayern Munich, PSG, Inter Milan, Porto, Dortmund, Benfica dan Juventus.

Setiap pasukan bakal diberikan dana sekurangnya €50 juta (RM254.8 juta) dengan satu lagi slot Eropah bakal menjadi milik Arsenal atau Red Bull Salzburg. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... a-kelab-dunia-2025/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.065390 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list