CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6551|Reply: 0

Safawi, Akhyar perlu buktikan dahulu

[Copy link]
Post time 18-4-2024 02:49 PM | Show all posts |Read mode

SAFAWI (dua dari kanan) dan Akhyar (dua dari kiri) menjadi sandaran terbaik Terengganu meraih keputusan cemerlang musim ini. – TFC

PENGENDALI Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner akan memberi ruang seluas-luasnya kepada Safawi Rasid dan Akhyar Rashid untuk membentuk masa depan yang lebih cerah bersama kelab itu.

Walaupun hadir dengan reputasi besar sebagai pemain kebangsaan, namun Steinbruckner masih belum ada kata putus dan kedua-duanya perlu membuktikan diri untuk diberi peluang membarisi kesebelasan utama.

“Saya kenal mereka sebagai pemain yang bagus dan memiliki kualiti tersendiri. Saya, pasukan dan seluruh warga Terengganu mengharap­kan sesuatu yang lebih baik daripada mereka.

“Ini peluang buat mereka untuk membantu kami menjadi pasukan yang lebih baik,” katanya.

Pada saingan Liga Super musim lalu, skuad Peteh sekadar menamatkan aksi di tempat keenam, namun Terengganu tampil cemerlang dalam kempen Piala Malaysia apabila muncul naib juara selepas tumbang 1-3 kepada Johor Darul Ta’zim di pentas final.

Dalam aksi Piala FA, Terengganu berjaya melangkah sehingga separuh akhir, manakala nasib berbeza dialami pada kempen Piala AFC apabila wakil kelab Pantai Timur itu sekadar mampu beraksi di peringkat kumpulan.

Dalam masa sama, Steinbruckner mengakui ayam tambatannya, Ivan Mamut bakal berdepan tugasan mencabar pada saingan Liga Malaysia 2023/24.

“Pada musim pertamanya, dia menjaringkan banyak gol buat pasukan dan saya jangkakan dia mampu sekurang-kurangnya mengulangi pencapaian sama. Tetapi ia bukan tugas mudah ke­rana pemain dan kelab lain sudah mengenalinya

“Tugas saya sekarang adalah untuk menyiapkan pasukan bagi tampil lebih baik sebelum memulakan pertandingan sebenar,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... lu-buktikan-dahulu/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.066907 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list